MEH LAH KLIK...

Monday, January 12, 2009

hari isnin yang basah

mula mula aku tulis wet wet monday. tapi memandangkan teks seterusnya aku nak tulis dalam bm, maka aku tulis lah tajuk hari isnin yang basah.

hari ini cuaca hujan pagi di KK. emm... basah dan basah disana sini. aku pun lambat bertolak balik ke kf tadi kerana bangun lambat yang disengajakan kerana hujan. Alhamdullilah selamat semuanya. walaupun baru aku sedar masa aku unpack barang tadi aku lupa bawa tuala tangan/muka dan juga sehelai seluar track suit. ada alasan kenapa aku harus balik kampung hujung minggu ni. lagi.

tadi sewaktu bloghopping, aku dapat tahu dari weblog kahuna ada satu weblog yang mereview blog lain. aku malas nak mention nama blog tersebut, kerana... hehehe... entah lah.

secara rawak aku baca entry2 yang terhidang, review yang dilakukan lebih kepada bersifat kutuk. (dan dan ni ada lah orang akan tuduh aku generalised. dan memang aku generalise....tak ada masa lagi nak baca terus menerus segala entry dalam tu. ). manakala komen komen pula mencecah beratus2 satu entry. ada yang 300+ dan mungkin juga sampai 600... menurut kahuna juga, (aku tak baca semua ok). blog yang aku selalu baca seperti green apple dan redmummy juga tak terlepas dari di review. tak syak lagi blog itu mempunyai pengikut dan pengomen tegar.

blog tersebut juga punya ciri yang tersendiri, iaitu pengomen sering menggunakan nama2 glamour yang sudah dispoof atau dipertingkatkan. contoh, sofia binti loreng. lebih kurang begitu lah.

nampaknya blog sudah bagaikan mcm orang buat filem atau tulis buku. ada penulis, ada pembaca dan ada pengreview. bagi aku ikut suka hati lah. dan aku rasa blogger redmummy dan green apple tu kebal dengan blog yang mereview blog mereka in harsh way. apa pun selamat memblog.

.........................................................................................................................................................................

tadi baru saja aku melihat gambar persandingan mawi-ekin di sebuah web milik orang industri. aku malas nak re-produce those pix here. as i am too lazy to do that. so you may find it out yourself. (butang baju mawi pakai baju horang harab tu cantik)

sebenarnya, semalam memang aku tonton juga rancangan siaran langsung majlis tersebut, yang gilang gemilang siap ada something like sarkas or acrobatic fire show. yang aku agak terasa( ??? tiba2 pulak). tema majlis itu ialah arabian night 1001 malam. emm... ni kiranya dari aladin ke abu nawas ke ali baba lah ni.... apa yang tak best ialah masa aku tengok sambil tukar2 channel tu... sebelah channel siarkan majlis persandingan bertema arabian night yang dihadiri oleh who's who dalam dunia hiburan malaysia. bila tukar channel sebelah, melaporkan berita dari timur tengah yang juga ada kaitan dengan dunia arab, iaitu kisah israel menyerang Gazza bertalu2 tanpa belas kasihan.

itu lah kisah arabian di stesen2 tv malaysia, parti kahwin dan sebuah berita kesengsaraan rakyat palestin yang dibunuh beramai2 oleh pihak israel the landless.

disaat rakyat gazza terkial2 mencari perlindungan dari serangan roket dan peluru israel the landless, di malaysia pula ada sekumpulan orang tengah merayakan malam arabian night.

aku cepat lekang bila dihidangkan dengan siaran2 sedemikian, kerana kisah berita Gazza diserang tu sangat menyedihkan manakala kisah parti 1001 malam pula agak mengecewakan (kerana skala yang terlalu besar dan tak sejajar dengan tujuan perkahwinan itu sendiri). aku lompat pergi channel wayang, maka sekelorga lah tengok titanic. emm... agak amaze juga tengok mereka buat filem bersungguh2.... apa pun tak lah tengok dari A to Z kerana durasi yang terlalu panjang. kami siap tinggal kan tv tu utk makan malam lagi... abis makan baru sambung balik nonton sambil tukar2 cahnnel.

emm tak cukup dengan aksi leonardo di caprio yang berlari2 di dalam kapal nak karam tu.... dah larut2 malam aku sambung nonton pula blood diamond, juga lakonan leonardo dicaprio. bila ku banding2 kan... emm.. he is very sharp actor. tertarik buat ke sekian kali nya. entah berapa kali pula aku nonton blood diamond... perasaannya masih lebih kurang sama seperti kali pertama dahulu.

dan dan tu juga aku teringat, bahawa dalam perhubungan romantik, leonardo pernah menjalin hubungan dengan beberapa model terkenal, salah seorangnya ialah model israeli.....

emm...... israel lagi????

No comments: