MEH LAH KLIK...

Tuesday, January 6, 2009

entry kutuk mengutuk

ok sebelum aku teruskan dalam arena kutuk mengutuk, meh aku nak tunjuk sikit promo kit terbaru dari nike untuk pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. gambar2 ini aku ambil sendiri dari sebuah butik nike, ini gambar2 poster. senjata yang digunakan cumalah camera telefon. untuk paparan poster yang lebih cantik dan jelas, sila google sendiri.

secara peribadi, aku memang suka dengan teknik2 (aku tak tahu teknik apa) yang digunakan dalam penghasilan poster promo yang sebegini cantik. macam gambar dibawah ni ialah split skin.. atau kulit tersiat. aku rasa mula2 dia ambil gambar pakai baju, pastu dia ambil gambar tak pakai baju, lepas tu mereka cantum2 edit... so jadi lah gambar split skin tapi bawah kulit yang tersiat itu bukan isi daging atau tulang, tapi jersi pasukan kebangsaan.

ini gambar Zaquan Razak, national striker, begitulah caption bagi poster ini... aku rasa editing department buat kerja yang cukup baik untuk kasi up muscle2 model ini.
ini kalau korang tak tahu, korang mesti tahu, nama dia telah dicatat dalam laman2 blog gossip berikutan perlakuan kriptogamia nya. ok ini Aidil Razak, National defender... mula2 aku tengok poster ini, aku ingat cristiano ronaldo, serius... aku mmg sangka c. ronaldo. tapi apa jadah ronaldo pakai jersi kebangsaan. kecuali lah malaysia dah ikut cara singapore, ambik 2 orang brazil kasi ic singapore pastu menang piala tiger. ha.. malaysia kalau nak kasi ic kat pemain bola, jangan alang2, ambil wayne rooney terus tak pun.... frank ribery.. tak pun kaka

yang last ni aku tak berapa ingat namanya, Nazarudin Yusof.. national striker. lebih kurang lah ya... emm.. kesan dawai kawat berduri itu mengurangkan effect separa kurang sopan seperti 2 gambar twin di atas. hari tu faizal tahir jadi kes.. tapi poster besar2 tak berbaju ni tak jadi kes. kesudahannya.... baju dah cantik, nike pula tu. atau pun nike fit... rambut dah cacak, gel dah bubuh se tube. tapi main tak juga mcam ronaldo... itu bahana berat gel rambut lah tu... hehehehehe

aku dah tinjau baju jersi pasukan bolasepak malaysia, nike fit, ada 2 jenis yang aku nampak tu, satu yang belang seperti diatas, satu lagi warna biru dengan kolar merah. sesuai untuk badan atlet, dan untuk yang suka tengok bola tapi tak main bola serta ada sindrom boncitness... ehem... faham2 lah ya. aku dah kata sesuai untuk badan atlet. namanya pun baju sukan. nak beli? senang cakap, aku tak mampu dan tak nak beli pun.. hehehehe

note: tiada deal dengan Nike, maka ini ada lah iklan percuma untuk sebuah konglomerat.
..........................................................................................................................................................................

emm tadi masa aku lunch, macam biasa lah kan.... aku layan internet. so aku buka suaramembakut. terkejut aku bila ada berita pengetua sekolah di smk bongawan 2 sabah yang tunjuk kuasa tak bertempat menghalau murid2 balik, hanya kerana murid tak bawa duit nak bayar yuran.

kalau aku buat sedikit siasatan boleh saja aku tahu nama pengetua tak senonoh ni. tapi aku malas nak follow up. berita tu pula bukan sabah local news paper yang khabarkan tapi surat khabar nasional, berita harian.

apa nak jadi lah pengetua smk bongawan tu, dia tak update maklumat atau dia sengaja nak tunjuk lagak dengan orang kampung (smk bongawan ialah sekolah luar bandar), bukan kah smk bongawan 2 tu sekolah kerajaan, maka pendidikan di sekolah kerajaan adalah percuma untuk rakyat.

memanglah pengetua itu ketua di sekolah, tapi dia tak boleh lah sesuka hati nak halau murid yang belum bayar yuran pada hari pertama persekolahan. pengetua smk bongawan 2 ni tak patut nak halau2 orang, sekolah tu sekolah untuk rakyat, bukan sekolah dia. apa kau ingat jawatan kau 44 atau 45 atau 52 kau boleh nak halau2 murid sesuka hati semata2 kerana belum bayar yuran. cis bedebah...

apa salahnya beri tempoh untuk murid menyelesaikan bayaran yuran. faham2 lah sekarang ni ibu bapa betul2 memerlukan duit kerana sesi persekolahan baru bermula. beri lah sedikit masa untuk ibu bapa menyelesaikan yuran itu.

aku syorkan supaya pengetua smk bongawan 2 meminta maaf secara terbuka dan bertulis kepada murid dan ibu bapa murid yang terlibat. kerana perlakuan sombong pengetua smk bongawan 2 itu sangat tidak patut dan tak sejajar dengan langkah KPM untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. sekolah adalah milik rakyat, bukan milik pengetua.

pihak sekolah semestinya berbincang dengan pibg sebelum memutuskan harga bayaran yuran aktiviti sekolah untuk mengelakkan bebanan kepada ibu bapa.

tapi dari beberapa cerita2 dalam internet, bayaran yuran tambahan bagi sekolah kawasan bandar lebih membebankan.

aktiviti apakah yang sekolah tu nak buat sampai cas yuran mahal2 ni????

..........................................................................................................................................................................

tadi kan... pejabat cps agak kelam kabut. pejabat ni bukan milikan aku, tapi, aku berurusan di kaunternya. emm... aku tak lah nak tiba2 meroyan nak diberi layanan royal. oleh kerana aku bukan lah nak rush2 sangat. jadi aku tunggu lah.

agak ramai juga orang yang berkunjung. bukan sahaja ibu bapa sibuk nak hantar anak masing2 pergi sekolah, kami pun sibuk daftarkan diri masing2. kat tpt aku belajar ni, kau kena bawak cash seribu ringgit malaysia in order to be registered. dan sudah tentu ada pengecualian dan kes2 khas. cuma secara umum untuk mendaftar kau kena bayar seribu ringgit...

walaupun demikian jika kau ada alasan munasabah dan juga mendapat tandatangan pengesahan pihak tertentu, tiada lah sesiapa nak halau kau dari pejabat tu jika kau belum dapat selesaikan duit seribu>>>>> pengetua smk bongawan 2 sila ambil perhatian!!!!.

dan tandatangan pelepasan tu bukan lah bermaksud terlepas dari bayar tapi cuma tangguh bayar. dan biasanya dia beri tempoh sehingga akhir semester. >>>> untuk perhatian Pengetua Smk Bongawan 2.

emm... aku tengok pejabat cps tu tadi kesian dengan akak staf yang handle kan pasal lejar aku. memang dia agak sibuk kerana orang memang serbu kaunter sejak kemarin. bos admin cps dah tukar orang... aku pun tak pasti siapa. dengar cerita bos baru ni lah yang hold aku n gang punya result, sedangkan jabatan aku dah hantar result siap2. sama ada bos admin baru belum dilantik rasmi atau sedang masih diulit cuti tahun baru tak sudah2 aku pun tak tahu.

terima kasih lah dengan akak staf bahagian kewangan yang selaraskan balik lejar aku dah overcharge sebanyak 500 ringgit malaysia. emm... aku perasan semalam lagi cas terlampau tu.. tapi aku tahu clerk kaunter tu silap. kerana masa tu orang memang ramai. sampai dia minta tolong dengan ofis boy. hehehe aku takut, bila ofis boy yang key in kan pendaftaran lagi lah silap di sana sini. biasanya kita lah kena alert sebab nak salahkan kerani tu pun tak ada guna sangat, sebab memang mereka tak tahu sangat tu... (baik pulak aku kali ni...).

ada lagi beberapa tak setel seperti... duit refund aku... itu dan ini... sekarang ni aku berkira sangat dengan duit ni. emm.. sebelum ni pun berkira juga. cuma sekarang dah bertambah2 pula. bukan berkira apa... cuma aku nak pastikan duit tu kalau keluar pun sebab yang konkrit. bukan duit aku habis 500 ringgit semata2 kerani salah taip.

emm.. aku dah bank in kan cek td. harap2 selewat2nya minggu depan clear lah bayaran aku tu.. hehehe... tak sabar nak merasa duit sendiri.

2 comments:

Nama saya M said...

"malaysia kalau nak kasi ic kat pemain bola, jangan alang2, ambil wayne rooney terus tak pun.... frank ribery.. tak pun kaka"

kalau kaka sudi duduk malaysia aku offer dia jadi jiran aku. :D

Jlascanteen said...

diharap kaka dan isterinya juga akan menghargai pelawaan anda.