MEH LAH KLIK...

Tuesday, December 30, 2008

turunkan harga ayam

sewaktu harga minyak mahal dahulu, dari sebesar-besar orang berpangkat MP sampai lah sekecil2 orang marhaen jalanan mendesak supaya harga minyak diturunkan. ketika itu tiada lain selain dari harga minyak, harga minyak, harga minyak.

hingga didebatkan di televisyen harga minyak turun jika jadi perdana menteri (you know who). sekarang ni Alhamdullilah, harga minyak sudah turun. tak payah pun si pendebat jadi PM tapi harga dapat turun. terbukti dia bukan lah entiti yang penting dalam menurunkan harga minyak. walaupun harga tak lah semurah dahulu kala, tapi yang penting tak semahal seketika tak lama dulu.

harga minyak naik dipolitikkan. pelbagai istilah digunakan 5 billion, subsidi, populist, dan lain2 menjadi bahan pengayaan kosa kata khalayak dan juga politikus.

dan sekarang aku nak politikus ni berdebat turunkan harga ayam. jika harga minyak boleh didebatkan kenapa tidak harga ayam. jika boleh memikirkan strategi menurunkan harga minyak. nah sekarang fikirkan strategi menurunkan harga ayam. minyak bahan yang tak boleh diperbaharui boleh diturunkan harganya, jika itu boleh maka silakan turunkan harga ayam.

semasa berkempen politik atau pilihan raya bukan main lagi harga minyak boleh turun. sehinggakan ada yang sanggup berbondong-bondong berkumpul dengan anak bini untuk protes harga minyak. nah... adakah minyak hitam yang kamu sanggup perjuangkan itu boleh dimakan??? tidak. sekarang aku demand, kepada orang2 atau kumpulan yang sanggup berdemonstrasi memprotes kenaikkan harga minyak, sila kan berbondong2 untuk minta harga ayam diturunkan. 'Turunkan Harga Ayam'.

apakah faktor yang menyebabkan harga ayam mahal? ramai yang kata kos penternak yang meningkat atau orang tengah yang mencari untung yang berlebihan. apa pun alasannya pengguna terbeban.

aku rasa dalam banyak2 burung, ayam lah burung yang paling laris dijadikan bahan makanan manusia. dan walaupun aku rasa daging ayam tu rasanya membosankan tetap juga memilih ayam sebagai sumber protein. dan aku percaya ramai juga begitu.

Turun kan Harga Ayam!!!

No comments: