MEH LAH KLIK...

Friday, December 26, 2008

tumpang glamour

lelaki gambar diatas ni aku pernah jumpa hidup2. bukan aku stalk. tapi lebih kurang kebetulan terserempak. aku tak tahu pun dia ni seorang peserta hero remaja 2007, dan dia berjaya mendapat tempat ke-3.

nak dijadikan cerita dia ni dulu tinggal di sama kolej dengan aku di ukm. so aku selalu terserempak dengan dia masa tunggu bas, naik bas, dan juga di cafe. ada sekali tu aku terserempak dengan dia di mid valley atau klcc, aku rasa masatu beliau sedang bekerja. tinggi budak ni. dan dia tak bergaul sangat lah dengan orang. yang aku tahu dia ni akan turun di bastop fakulti ekonomi dan perniagaan. belajar program apa tak tahu pulak aku.

sebelum ni aku pernah nampak muka beliau ditemuramah dalam rancangan Oh lelaki untuk siaran astro. tak tahu pula bahawa dia ni seorang model. nak cerita glamorama beliau boleh klik ini.

oleh kerana dulu aku tak ada mp3 player, dan hp pun tak ada aplikasi mp3 mahupun fm radio, (nak bawa walkman, malu pulak aku). bila aku tunggu bas dan kebetulan dia ada, aku selalu lah cuci cuci mata tengok beliau.muka nya boyish. bajunya berjenama... hehe (sambil tunggu bas ni ramai juga lah jadi mangsa perhatian aku) selalunya nike, kasutnya everlast (macam stalker pulak aku). oleh kerana aku pernah jumpa dia sedang bekerja di sebuah mall semasa hujung minggu. maka aku pun perasangka baik, aku dulu assume dia beli yang branded tu semua kerana dia sanggup bekerja hujung minggu. dan sekarang ni katanya dia dah sign kontrak dengan KRU. baguslah....

tak kenal pun. sebab honestly muka dia sombong semacam. memang tak boleh agak lah muka dia tu. tapi dalam hati tak tahu lah pula kan... kalau aku tahu dia ni model or hero remaja mesti aku tegur sapa dulu. to this guy, dont worry i wasnt stalking you. kebetulan sahaja kau tunggu bas dan aku tunggu bas. dan kita kebetulan sekampus dan sekolej.

ex-UKM tak ramai yang jadi artis glamour atau model (bukan mcm Uitm hehehe). so bila ada sorang ni mula lah aku bertepok sorak tak tentu pasal. tu lah namanya tumpang glamour. nak juga kata kenal kan.....

dalam Murai.com kata nama dia ni Lee. so Lee lah kot. ada nama penuh tu, Lee ni nama glamour. so kalau Lee ni terjumpa blog ni, jangan segan tinggalkan komen ya.. hahahahahahaha...

gambar di ambil dari sini.

No comments: