MEH LAH KLIK...

Thursday, December 11, 2008

susu dan hasil tenusu.

tadi kan.. macam biasa lah kan lab. hahaha baik aku minggu ni hari2 masuk lab walaupun masuk pukul 11 pukul 1 sudah blah. tapi pukul 3 aku datang balik. cuma hari ni punya sesi petang aku melepak2. sebab mereka ajak minum teh dalam lab. dah orang ajak, mula2 aku segan sebenarnya tapi lepas tu... aku terima sebagai menghargai pelawaan orang. cehwah... mereka hulur biskut.. aku ambil, hulur teh aku ambil juga... hehehe.... terima kasih. dah lama aku tak melepak minum2 teh ni. selalu aku minum teh dalam bilik sorang2. teh 3 in 1 sedap..... senang nak buat.

mereka rancak bersembang2 aku cuma duduk situ dan cicah biskut dalam teh... aku tumpang senyum2 saja lah. nak sembang aku tak tahu nak sampuk part mana.. tumpang gelak cerita orang. tak apa yang penting ada juga member lepak minum teh. aku memang suka melepak2 minum2 macam ni. borak pun suka juga. tadi aku silent drinker.. hahaha

tak lama dulu memang aku kerap melepak minum2 ni. sekarang ni saja aku lebih suka lepak minum teh sorang2 dalam bilik. bukan apa nak ajak orang nanti orang kata aku ni tak berhati perut. orang tu sibuk nak buat kerja.. aku sibuk juga nak ajak lepak minum teh.
selain dari cerita pasal lumut aku, study aku, aku tak ada benda nak cerita sekarang ni. cerita pasal apa lagi??? pasal hp gadget bodoh2 kot... tak pun pasal hobi ku iaitu... (emm aku ada hobi kah??? ya blogging) emm... cerita pasal artis2 ni boleh gak... gosip pasal artis ni macam rencah dalam perbualan seharian.. heheh bukan perkara utama. picisan remeh temeh.

walaupun aku dalam blog rancak menaip entry. kadang2 4 entry sehari. tapi personally aku tak adalah nak berbual dengan rancak dengan semua orang. aku bukan lah mesra alam flora. tapi dengan orang yang aku biasa atau dengan rakan2 yang memang aku kenal sejak sekian lama... aku memang rancak berbual dan memang borak kaw kaw...kiranya aku ni memilih nak berbual rancak dengan orang ni.

kalau dengan orang aku tak berapa biasa memang aku tak berapa pandai nak bercerita.. actually dengan orang yang aku tengok hari2 pun aku tetap tak berapa pandai nak berbual. tengok lah keadaan dan dengan siapa. selalunya memang slow.. lah. pemalu kah aku??? ada lah masanya tu... aku kata pemalu tapi tikamlidah kata aku anti sosial. anti sosial kah aku??? tak ada lah.... (rasanya).

nasib baik lah kyle jefferson a.k.a KJ tu jenis yang mesra alam flora. kalau tak mahu tak bertegur. sebut pasal KJ ni, entah bila ntah, sometime dis week, aku ternampak si KJ tengah layan siri tv Kyle xy. macam tau2 aja aku panggil dia KJ hahaha.... tak apa lah kebetulan tu. selain dari KJ ada juga orang lain dalam lab tu seperti Giovanni. Gio ni tak lah duduk dalam lab aku. dia ni datang dan pergi. tapi aku memang kenal si Gio ni. orang lain pun selalu keluar masuk, seperti yang sorang lagi tu emm aku namakan dia si Nicky... aku tak pernah berbual cuma sekali ja kemarin aku tukar kerusi dengan dia. Nicky ni cakap kejap macam lembut ala lembut lembut.... kejap macam macho... tapi ada accent kelantan dalam butir bicara Nicky. tak tahu lah kalau aku silap dengar. Nicky tak lah cakap siap tukar dia punya suffix.. seperti kelantan jadi kelate atau saya jadi kawe cuma ada sabdu2 dan half beat. memandangkan aku tak pakar dalam accent pantai timur.. so tak pasti lah Nicky ni orang kelantan ke tak. entah orang tuaran.... memandai ja aku tuduh dia awe kelate.

..........................................................................................................................................................................

kemarin kan che det tulis entry pasal langkawi. pasal kuda, dan pasal cheese. entry che det bertajuk Mozarella Cheese. aku suka entry non political che det. tengok..... walaupun beliau tulis pasal cheese still ada buah fikiran dan idea yang aku suka dalam entry beliau. betapa geniusnya che det. walaupun kita malaysia orangnya hari2 makan nasi dan bukan makan keju macam orang sweden still perusahaan membuat keju bukan sesuatu yang mustahil untuk dikomersialkan disini. kebetulan pula tikamlidah buat entry pasal dairy queen. sebuah kedai aiskrim di Brunei Darussalam. aku tak berapa suka makan aiskrim kerana manis. selain itu juga.. aku tak suka nak digest melamine banyak2. jika benar2 teringin saja aku akan makan makanan bermelamine. ha.. korang jangan tak tahu dalam aiskrim ada melamine. memang lah tak diharamkan kerana tak melebihi sukatan yang dibenarkan. tapi tetap ada melamine juga kan....

tadi kan... aku cari susu rendah lemak kotak kecil. sebab aku nak minum 1 go terus abis. malangnya aku tak jumpa jenama yang aku nak. aku pergi kedai orange pun tak ada juga. yang ada cuma jenama yang aku tersuspek mengandungi melamine pada paras yang tak dibenarkan dan susu tinggi lemak dan susu rendah lemak kotak besar. emm.... last2 aku tak beli. jimat duit aku.

aku teringin lah nak makan double whopper berkeju di burger king. uisyy... memang aku ni suka makan makanan berasaskan susu dan hasil tenusu asalkan tak manis sangat. sebab tu aku kisah pasal melamine.. sebab aku selalu telan benda2 yang berisiko tinggi mengandungi melamine.

p/s: buah pinggang rosak boleh dialysis, hati rosak kena cari hati lain- credit for dr. house.

No comments: