MEH LAH KLIK...

Tuesday, December 2, 2008

semi d no more

fuhhhhhhhhhhh....

punya lama saya nda pigang internet. lama juga hampir seminggu rasanya aku nda berhubung kait dengan dunia maya ni. blog pun nda update. hal ini kerana, modem di rumah disyaki telah rosak binasa. manakala aku pun memang sibuk berpindah rumah ni. ya kami telah dipindahkan dari kawasan suburb yang glamourous ke kawasan yang biasa2 punya glamour kerana masalah birokrasi.

urusan berpindah menghangkut segala harta benda telah selelsai semalam tapi konci nya belum setel. maka aku tapau lah dulu kunci rumah semi d bersama kunci bilik sekali. apa pun aku sangat penat. aku menjadi badang mengangkat katil ke tingkat bawah. sekarang ni bilik boleh dikatakan officially single. dulu aku memang tinggal seorang diri dalam bilik. tapi hal bilik dulu tu sebenarnya 2 in 1 cuma aku tak ada roomate (roomate lama suda tersingkir akibat bawak husband dia masuk dalam bilik... memang cilakak!! padan muka dia).

bilik sekarang ni ok saja. lantainya mosaic tu aku cukup tak berkenan. oleh kerana lantai tu bukan aku yang pasang, bukan my parents yang keluar duit. aku main belasah saja kasi calar balar. bilik mandi??? senang cerita lah bilik mandi di rumah semi d dulu aku lebih suka. tapi ok jak pun walaupun banyak kekurangan, boleh juga mandi dengan selesa, disamping mencuci kain. selebihnya tu biasak lah kan... enggang sama enggang pipit sama pipit, rumah terrace manakan sama dengan rumah semi d. terima saja apa yang ada.

aku dulu memang ada bercadang2 jika rumah terrace ini sangat teruk keadaannya aku ada plan untuk menyewa tempat lain. memandangkan kira ok juga lah bilik ku itu. so continue saja lah. lagipun aku selalu balik untuk berhujung minggun bersama keluarga tercinta. nanti lah aku sambung mengelap mengemop menyapu segala. kerana bahu ku sakit sekarang ni, hanya mamapu menaip saja (hahahaha).

oh ya sekarang ni aku mengupdate blog dengan menggunakan kemudahan mega lab perpustakaan ums. kena register dulu. memamndangkan aku pelajar yang sah, maka tak ada masalah sangat. lagipun sekarang ni cuti sem, tak ramai yang guna library. memang kalau waktu kuliah pun tak ramai sangat guna mega lab ni walaupun kompite beratus2 nak jugakkkkkkk bawak kompite sendiri. senang katanya...

bila pindah rumah telefon pun kena pindah. so kena contact orang telekom untuk setelkan wiring segala. so part yang tu belom selesai lagi. maka, aku tak boleh nak bercanda mengupdate blog dari atas katil.

ok lah kejap lagi aku post entry lain (kalau aku nak lah...) nak post yang ni dulu, sebab aku nak baca blog orang jom bloghopping!

No comments: