MEH LAH KLIK...

Thursday, December 11, 2008

pantang larang artis Malaysia

emm.. banyak cerita pasal artis malaysia ni. gossip, skandal, kontroversi, insiden dan pelbagai lagi. apa pun itu tidak menghalang ramai yang hendak mencuba nasib di bidang glamor seperti ini. yang aku nak kisah kan disini bukan lah semata kisah artis malaysia tapi lebih kepada kisah artis dengan wartawan hiburan. ayat lapok nya... artis memerlukan wartwan dan wartawan memerlukan artis. lapok, lapok pun betul. ni ha.. pantang besar untuk artis Malaysia.

1) jangan cari pasal dengan wartawan (ingat kes fasha sandha kena hentam dengan wartawan... gang up mereka bashing fasha..)
2) jangan kawin tak kasi tahu wartawan (yang ni konfem buat wartawan meroyan)
3) jangan lambat layan wartawan (kesian ashraf dan bunga... sah betul wartawan melowww tu tak tahu nak hormat majlis. kurang ajar, kalau aku jadi host aku suruh aja bodyguard halau)
4) jangan tak jawab soalan wartawan (sah sah kau dicop sombong... ingat kes pieree... orang nak bekerja pun dia nak terjah lepas tu siap salahkan orang tak jawab soalan.. )
5) jangan tipu wartawan (kawin tak jemput pun dia boleh meroyan, agak2 kalau kau tipu mahu mendidih2 wartawan tu mengamok)

pendek kata kau kena berbuat baik dengan wartawan jika tak.... ha merasa lah kau kena bash, dihentam, di gam... di siarkan berhari2 dalam headline tabloid, artis kawin di sempadan thailand, artis bercerai, artis tak tinggal sebumbung dengan pasangan, artis berdating tengok wayang dengan peserta program realiti.

aku memang cukup menyampah asyik2 nak korek cerita pasal cerai berai orang.... boleh tak slogan kurang kan kontroversi tingkatkan prestasi tu diamalkan. nanti ayat lapok wartawan ialah... 'kami hanya menjalankan tugas' atau 'kami hanya melaporkan apa yang terjadi' lapok... tak ada alasan lain ke??? nak melapor melapor lah juga dah kerja kau... tapi hormat lah orang lain, maruah dan perasaan orang lain. bukan main serbu main terjah. dah tahu orang tu baru keluar mahkamah sahkan penceraian yang soal bertalu2 dengan bagai2 soalan tu apasal... sampai nak berjalan pun tak boleh. soal 2-3 soalan dah lah... ni tak langsung tak ada timbang rasa untuk berikan ruang kepada artis. memang lah bila jadi artis kononnya jadi miik masyarakat atau khalayak umum. tapi kalau kau tulis cerita kerjaya.. tak ada lah juga khalayak demand atau paksa kau tulis cerita seluar dalam. tulis cerita kerjaya pun orang baca juga.

orang baca pasal cerita seluar dalam artis kerana wartawan tulis cerita sedemikian. bukan khalayak yang minta. khalayak cuma membaca apa yang di tulis. terpulang kepada wartawan nak menulis.

gossip, skandal, atau cerita seluar dalam artis ni bagi aku cuma bagaikan perencah MSG dalam makanan.... tak ada nanti makanan jadi hambar.. tapi terlebih makanan jadi tak sedap. nak sebarkan atau laporkan kisah peribadi ni biarlah berpada secukup rasa. setakat artis tak nak beritahu dengan siapa dia bercinta tu biarlah... pergi lah cari artis yang sanggup berkongsi kisah cerita dengan wartawan, mesti ada punya... dan kalau wartawan tak dijemput ke majlis kahwin artis tu, tak payah lah nak hentam artis tersebut, kononnya artis tak menghargai wartawan. biarlah dia nak kahwin. korang tak malu ke minta dijemput ke majlis orang.... apa korang ingat korang tok kadi atau wali??? kalau tak ada di majlis, nikah kahwin tak boleh dilangsungkan???
itu majlis orang.. korang ada share apa2 belanja nak buat majlis tersebut?? tak ada kan... dah tu apasal marah orang tak jemput?? tulis lah cerita lain. tak payah nak hentam2

No comments: