MEH LAH KLIK...

Thursday, December 18, 2008

nak jugakkk kan...

dah pagi2 buta ni nak jugakkk update kan....

macam ni ceritanya.. nampak tak beberapa entry aku blog dalam english. ya sebelum kutuk english aku yang buruk grammar terabur tu mari sini aku kasi tau kenapa. aku blog dalam english balik sebab aku nak kasi panas enjin.. dah lama aku tak tulis english. asyik tulis dalam bahasa rojak. hahaha sebenarnya dalam english pun aku masih guna rojak. nak english betul kau kena baca buku tatabahasa english lah kan...

aku ni dalam proses untuk taip proposal dalam english sebab tu aku kena warm up. terkial2 aku taip method tadi. tak abis lagi tu... tu pun nasib baik ada thesis bekas guru ku.. dia taip method dah siap2 cantik2 tinggal aku tukar grammar. susah tau.. aku lah susah kalau sesiapa yang bergraduasi dalam TESL tu mungkin senang lah kot. dia buat dalam bentuk past tense. sebab namanya pun thesis dah submit maknanya kerja dia dah siap dah. done kata orang putih. done 20+ years ago. aku pula buat proposal. maka kerja aku kononnya baru nak propose. belum buat. faham kan... tak faham kalu.. baca balik perenggan ini.

pulak tu aku ada masalah teknikal. masalah ni masalah kecil jika dibandingkan dengan data yang belum siap tu. (lama lagi nak siap tu.... huhu aku minggu ni tak masuk lab lagi). pasal indeks kesamaan. aku rasa aku tak boleh nak banding2 kan indeks kesamaan ni memandangkan method ku yang cuma opportunistic survey. tak payah lah aku huraikan lebih lanjut.

seram juga buat disertasi ni tapi tak apa... buat perlahan2. aku rasa perlahan sangat lah perkembangan disertasiku ini. aku risau ni menunggu result. apa pun lantak lah kan... doa dan tawakkal. (haha bunyi insaf lah ayat last ni).

aku belum masuk literature review. tengah kumpul bahan katanya... kumpul bahan apa benda dah terbabas jadual ni... aku nak print gantt chart tu tampal didinding sebagai hiasan. tapi... ada tapi lagi... aku akan buat segala aktiviti printing selepas result keluar. pun... tak payah aku hurai lebih lanjut.

nak pergi lab atau tak besok???
..........................................................................................................................................................................

aku baru habis compare hp sony ni k800i dan k810i. kedua2 nya dalam tenet cakap.. kurang dari rm800. uisy... 800 semua nya ya... aku target tu sajalah. memang lah k850i menawarkan spefikasi yang lebih baik dan harga yang lebih mahal. aku tertarik juga dengan t700. emm... aku rasa about rm 1000-1300 lah harga kedua2 hp tersebut.

aku mula2 memang dah jatuh cinta dengan Nseries keluaran kilang henpon siti norkiah. tapi apakan daya n95 atau n96 yang aku berkenan tu semuanya berharga 4 digit. aku nak pasang braces ni. so... braces lebih penting. katanya kan.... sebenarnya aku tak ada duit. dan tak sampai hati nak sedekah 2 ribu tu. tak kisah lah apa korang nak kata...

aku sekarang ni pakai sony t230. dah lama dah 4 tahun dah pun. bila n series yang sgt glamour dan mahal tu dah sayup2 tak kelihatan. aku aim e series juga produk kilang henpon siti norkiah. e71 lah kan... aku rasa rm1500++ boleh dapat kot... below rm2000. masalahnya budget aku ni sekarang below rm800. nak buat macam mana... tak kan aku nak samun kedai henpon kot...

harap2 sebelum bulan januari 2009 berakhir maka dapat lah aku beli henpon baru. kenapa aku sangat obses dengan henpon2 ni sekarang? abis tu aku nak obses dengan apa lagi??? david beckham? dah dah lah wei... tak larat dah nengok david beckham lagi. katanya... (padahal siang tadi aku tengok review fesyen rambut bininya untuk tahun 2008). itu bini dia.... bukan dia. kan sekarang ni bini dia asyik2 fesyen rambut pendek. so aku memang sejak sekian lama gemar fesyen rambut pendek... boleh lah tiru mana yang patut... hehehehe mula2 nak buat macam rihanna. tengok lah macam mana... alih2 fesyen rambut paul mccartney tahun 1964 juga yang aku ikut...

2 tu aja lah yang aku nak fokus beli walau apa pun terjadi... (tak agak lah ayat...) braces dan juga henpon. ya lah... aku hari2 ngetuk2 kibod kompite ni. main fb. mencarut2 maki hamun segala. apa salahnya aku beralih arah memfokuskan misi dan visi untuk membeli henpon n dan braces.

at first kamera dslr. tapi kan... honestly aku dah serik beli kamera. aku ada kamera dulu... mahal juga aku beli time tu. tapi dah rosak. and blame is put on me again and again. pantang aku nak beli barang gadget akan di mention kamera mahal dan rosak itu. padahal banyak tangan yang guna kamera tu. bertukar tukar tangan. macam mana dia tak rosak. tengok henpon dan laptop aku... aku saja yang guna... ok saja pun.. padahal usia laptop dan henpon lebih tua jika dibandingkan dengan kamera ku nikon yang dah kaput tu. sebab tu lah aku agak2 tak nak beli kamera lagi. oh... i miss you my black nikon coolpix..... ini lah gadget milikan ku yang terakhir ku beli. ada lagi kah yang lain..... oh ya aku ada beli powershot canon 2 minggu lepas. tapi bukan milikan aku. milikan umum. so... i considered nikon tu lah yang terakhir sekali. tu pun tahun 2006 or 2005... tak hengat lah aku... tym tu aku 2nd year.

apa lagi aku nak beli.... banyakkkkk.... tapi memandangkan aku nak pergi makan mcD pun fikir2 lagi (sebab kandungan kalori dan garam yang tinggi.... hehehehe sebab aku tak nak bazir duit sebenarnya...) so biarlah fokuskan kepada henpon dan braces. oh ya braces tu tak payah lah aku huraikan dengan lebih lanjut.

belum lah final mana satu henpon aku nak beli either se k800i or k810i or others... tapi budgetnya bawah rm800 saja. walaupun kedua2 model ni dah outdated. tapi... tak kisah lah... outdated pun outdated lah... tak kan lah aku nak pakai henpon prototype kan. fresh dari r&d department.. melampau lah.

p/s: i am addicted to gossip recently, abis semua laman gossip aku pergi... saja jak... hehehe

No comments: