MEH LAH KLIK...

Friday, December 19, 2008

mi no spik inglish. mi just after eat megi

aku baru lepas menulis literature review. dalam english. aku dah tulis literature review atau ulasan ke perpustakaan atau ulasan literasi atau ulasan sastera dalam versi bahasa melayu. maka aku terjemah lah ni kiranya. kenapa aku gatal nak tulis english ni, sedangkan aku rasa macam tercekik nak tulis dalam english ni. hahaha. ada lah sebabnya tu. i wont elaborate any further. (tudiaahhhh..... tulis english tu).

memandangkan grammar english aku tahap kontra grammar charles dicken maka, aku terpaksa merujok hukum tatabahasa dan nahu inggeris. nasib baik dengan kepesatan pembangunan teknologi serta kejayaan kajian MIT di amerika, aku google saja soalan.... ada lah jawapan terkeluar nanti. aku pun terkial2 lah rujok balik nota2 yang sudah didomainawamkan itu. nampak sangat english aku sudah teroksida. tu lah pasal.... orang beli buku english aku pun nak beli buku english, orang baca buku english sampai tamat ke kulit belakang, aku baca sampai muka surat 15 (ayat ini terinspirasi dari skrip zulhuzaimy dalam impak maksima). lepas tu *gagoh baca cerita pasal kawin,cerai, talak, rujuk, dan perlakuan kriptogamia selebriti tempatan.
apa pun macam aku tulis sebelum ni. buat sikit2 tapi berterusan.

hari hari angkat besi, kurangkan makan nasi,
sikit sikit lama-lama hilang boncit. (hehehehe)

aku minggu ni nil attendance untuk lab. kerana kereta tak ada. masuk bengkel. menurut kaka (bukan seorang pemain bola brazil), my pa nak pinjamkan kereta lain, agar senang anakanda pergi membuat bergerak. tapi aku decided nak bercuti sempena cuti krismas pada minggu hadapan. kerana hakiktnya mmg aku sedang bercuti sem sekarang ni, cuma aku saja rajin nak buat proposal.... konon lah (padahal 15 jam sehari main game di fb). so afta xmas lah aku masuk lab... a week after.. sem baru pun bermula. Insya Allah.

perkembangan lain, aku sejak hari selasa tak berjalan keluar dari kawasan rumah ni. walaupun petang hari selasa aku ada jalan kaki sampai bastop depan tu... tapi keseluruhannya aku memang memerap dan terperap di rumah. aku cuma keluar untuk sidai pakaian dan angkat pakaian yang sudah siap di sidai. ikut kan hati nak aja aku sidai di dalam rumah... supaya aku tak payah keluar rumah langsung. tapi kalau aku buat cenggitu maka makin naik lemak lah lemak yang ku ternak ni.

aku menghabiskan masa menghadap fb, fs, secara berselang. dan juga blogging dan blog hopping. sambil2 buat proposal aku... semua buat depan kompite. hal2 bilik air dan solat jak aku buat tpt lain. off kompite masa tidur. hehehe (tak tidur sangat ponn).

ok lah... nak kemas2 dan angkat seluar yang aku sidai pagi tadi (pagi lah sangattttt..... hahaha)

p/s: road tripping to Kudat this weekend!

1 comment:

Nama saya M said...

hari hari angkat besi, kurangkan makan nasi,
sikit sikit lama-lama hilang boncit. (hehehehe)

ko memang layak buat sastera melayu. kehkehkeh