MEH LAH KLIK...

Thursday, December 18, 2008

live from my seat...

seorang lelaki telah menelefon radio hot sekejap tadi. beliau secara langsung menyatakan rasa sedih beliau bahawa perempuan yang dicintainya bertegas untuk mengahwini orang lain. beliau berjaya membuatkan 2 djs berasa kaget. lantas memujuk2 beliau untuk banyakkan berdoa. lelaki itu bertegas akan tetap menunggu perempuan berkenaan sampai bila2. panggilan beliau diakhiri dengan sedu sedan... rasanya air mata jantan telah mengalir.

Jlascanteen: pergh..... selama ni mmg ramai yang terluah perasaan secara langsung di radio hot. akak2 abg2 pun ada. rasa cinta rasa cemburu rasa tak puas hati semua ada. sekali tu ada akak mengadu dengan dj bahawa dia tak setuju suaminya pinjamkan duit dengan perempuan lain (yg di hint2 sbg mistress suami itu). apa pun akak tu lebih cool dalam memperkatakan berkenaan suami dan mistress suaminya yang nak pinjam duit itu...

kepada lelaki yang menangis tersedu sedan sekejap tadi secara lansung dr radio hot, banyakkan bersabar. tak apa lah take your time nak down sebulan dua ni. tapi jangan lah down lama2. cari lah cinta yang lain. kesian betul aku dengan lelaki ni. first time aku dengar lelaki tersedu sedan di radio kerana perempuan yang dikasihi nak kawin lain. '

to guys out there, it is ok to cry tapi jangan lah nangis tym buat panggilan ke radio yg tgh on air. kesian djs kan terpaksa jd shrink bidan terjun

No comments: