MEH LAH KLIK...

Tuesday, December 9, 2008

kunci kepada hati

hari ini sepatutnya berjalan lancar. apakan daya hidup seorang manusia selalu ada dugaan. mula aku drive dari putatan macam biasa. then sampai rumah kf... pun macam biasa. zup aku ke ibtp. lepas tu aku masuk lab2 dan bilik berkenaan. tapi tak ada kunci untuk bilik id 2 aku pun tebalkan muka pinjam ke pejabat. aku ni anak tiri ibtp so paham2 lah ya... dapat juga kunci nya itu. aku pun hangkut lah spesimen sekotak nak identify lah kononnya ni kan... so aku cilok slaid2 dan coverslip yang ada makmal sebelah... kebetulan tak ada siapa guna. then aku try buat 3 sampul dulu. so ok jak lah.... tak lah smoothy... dah lama tak buat kerja ni kan... dengan terkial2 aku nak on mikroskop lagi... dengan terkial2 nak buat slaid lagi... apa pun semua nya macam biasa....

tiba2 ada orang masuk. memang penghuni lab tu lah, kyle jefferson a.k.a KJ(bukan nama sebenar) dia ni memang mesra alam flora... so dia memang suka bertegur sapa. baik juga orangnya. KJ tiba2 kata ASTAGAAA.... dalam keadaan panik macam ada orang nak beranak. 'kenapa kau alih benda ni'. aku terkejut lah juga... rupanya mikroskop tu tak boleh alih... aku pun tolak2 cover n damage control. oopss... aku kata aku tak sengaja.. tak nampak pun label 'jangan alihkan' tu... but KJ maintain cool... tak ada lah dia meroyan nak hempok aku semata2 aku tersilap. kan aku dah kata dia baik orangnya. sebab benda tu tak boleh dialihkan kerana sudah di calibrate katanya...ok salah aku dan aku bersalah. harap2 KJ tak lah lapor kepada sesiapa terutama sekali Bree Hodges tak boleh tahu menahu hal aku tolak benda tu tadi.

aku tolak benda tu kerana tadi aku tak selesa nak pakai. meja tinggi kerusi rendah. selain aku kena bergerak2 ke kiri kanan. hentam saja lah labu. benda dah jadi. bukan aku configure atau re configure ap2 just tertolak saja... tu pun ta sampai lah 50 cm dari tempat asal... releks (nak sedapkan hati).

bila dah agak2 aku bosan menelah spesies apakah aku sedang examine dibawah mikroskopm tu. aku pun siap2 lah nak kemas2. aku letak balik kotak spesimen aku ditempat asal. tutup semua mikrokop. pasang cover dia. dan sedaya upaya memastikan semuanya kelihatan tiada bekas kehadiran ku. bila aku balik aku singgah beli makanan dan terus ke rumah. sampai rumah aku sedari kunci hilang. so aku selongkar2 kereta still tak ada. dengan perut lapar, aku marah selain dari memaki light2. mana lah kunci ni.... em.... nasib baik hausmet dah balik. kalau tak mau aku pecah pintu buat kali ke 4 dalam tempoh 4 tahun. dikira secara purata aku pecahkan pintu setiap tahun. aku cari juga segala poket. segala lantai kereta... still tak jumpa. mahal tau aku duplikate kunci tu rm 6. sampai 'bersih' karpet kereta aku buka kerana nak cari kunci.

aku sedih, sedih marah carut dan semuanya ku buat dalam dose yang kecil sahaja. lagipun itu replaceable kunci. cuma yang buat aku sedih ialah key chain itu merupakan cenderamata pemberian kakak dari singapore. tu yang aku agak kecewa. aku cuba bertenang dan baring2. nasib baik lah hausmet sudi nak pinjamkan kunci beliau untuk diduplikate.

pukul 3 aku ke ibtp lagi.... zup zaap fast foward nanti aku cerita.....

then odw balik tu my pa call. aku pun kelam kabut lah pergi kedai duplikate kunci tu. yang siyall nya pula si locksmith tu ajar anaknya macam mana nak buat duplikate kunci guna kunci aku. maksudnya lambat lah segala urusan duplikate. aku dah carut 'S**t S**t' beberapa dozen. try buat muka tenang, takut kalau aku buat muka marah dia naikan harga kunci tu. dah siap kena lah aku rm 9.50. ya agak cis bedebah. aku duplikate 2 kunci berlainan. harga besi dah mahal tahap siyall ke??? sampai harga duplikate kunci macam bedebah aja mahal nya....

terus jumpa my pa... dia kasi duit cash... yang aku sangat perlukan. thank you pa, i love you. nasib baik kalau tak parah aku minggu ni terpaksa dug out segala tabong dan duit tersembunyi yang aku ada. aku ada lagi lebihan cash yang berstatus liquid. cuma masalahnya dalam dollar brunei. aku nak pergi penggurup wang tapi jauh di kk. maka agak bahaya untuk tangki minyakku. tunggu lah hujung minggu ni mana tau aku lalu depan penggurup wang dan lantas terbuka hati nak convert balik duit tu ke dalam nilai ringgit malaysia.

diharap aku ketemu balik dengan kunci. bukan kerana kunci tu tapi kerana key chain nya. sememangnya aku ada bad omen dengan kunci. sekian....

Norah Hendon

No comments: