MEH LAH KLIK...

Wednesday, December 10, 2008

kau pernah copy paste kamus perkataan demi perkataan??

aku pernah.

aku baru sahaja copy paste kamus glosari lumut. dan hatta 'A' pun belum siap. tadi web itu sudah error dan hang. ya 'A' pun belum siap. penat aku tau....

mo saja aku fotostat... masalahnya orang lain nak guna kamus yang ada tu. aku tak boleh cilok sesuka hati bawa ke kedai fotostat. dalam erti kata lain disebabkan berebut2 nak guna glosari tu lah aku gigih cari sendiri. dan kamus glosari yang ada tu cuma ada terjemahan ke bahasa inggeris. yang aku copy paste ni ada terjemahan ke dalam english, french, german, spanish, Portuguese dan latin. masalahnya mereka yang buat glosari online ni macam tau2 saja ramai nak benda tu so dia tak buat dalam bentuk helaian. kau kena click perkataan satu demi satu untuk tahu maksud. tak nak dia kasi senang2 download dalam bentuk pdf atau word... penat tu dia type code html sebiji sebiji... maka aku terpaksa copy paste sampai server kebun botani tu merajuk. belum siap 'A' dah merajuk... kalau siap sampai 'Z' tak tahu lah...

jika kau nak akses glosari tu secara dalam talian memang senang. kau tak payah ambl kelas bahasa latin pun kau pasti boleh guna. masalahnya aku nak hangkut glosari tu ke hulu ke hilir ke bukit ke gunung ke tepi ke tengah... maka aku kena ada versi bercetak yang olskool. supaya senang dibimbit, tanpa ada karen dan jaringan internet pun aku boleh belek dan akses glosari tu dengan mudah. ini lah contradiction dalam teknologi.

em... nanti aku teruskan usaha copy paste lagi. banyak barang aku nak copy paste ni sekarang. dari nama lumut, penulis nama lumut, sampai lah literature dimana nama itu diterbitkan. kau jangan main2 dulu soalan viva voce aku ialah pasal satu literature yang bernama Netekunje.... (aku pun dah lupa macam mana nak eja) Netekunje tu ialah nama journal dalam bahasa belanda.

dulu masa di ukm, ada banyak folder2 yang mengandungi printed version profile nama lumut. sebenarnya maklumat tu di ambil dari laman web sebuah kebun botani yang terkenal di amerika.. sejak aku guna folder2 tersebut. aku bercita2 untuk mempunyai sendiri folder2 seperti itu. hakikatnya bukan senang kau nak cetak spesies demi spesies profile nama lumut tu. pertama2 memakan masa yang lama, kedua siapa nak sponsor toner dan kertas. ke3... aku tak tahan lah nak click nama2 lumut ni dari 'A-Z'. seingat aku dulu Penyelia aku susun ikut alphabet genus. aku pun nak ikut macam dia juga. yeah... suatu hari nanti.. bila aku cukup wang dan masa untuk membuat folder2 tu... bila siap. aku simpan 1 original untuk aku dan fotostat version untuk herberium lumut ums.

dan aku juga kalau ada kesempatan nak folder kan literature yang ada mengikut alphabet nama penulis. macam yang Penyelia aku buat juga. yep... aku harap aku dapat sumbangkan sedikit untuk kemudahan pembelajaran lumut. setakat ni literature dalam koleksi cuma satu fail sahaja... so tak perlu lagi lah folder ni. tapi bila dah ada 8 fail... jenuh lah kau nak cari nama2 penulis tu kan...

mula2 cari nama lumut2 lepas tu cari nama penulis lumut. ini part senang ni... nak part susah. emm... lebih baik kau apply kerja di servay parkwell supermarket. kerana.... hahahaha tak apa lah. malas aku nak cerita.
..........................................................................................................................................................................

tadi aku agak proaktif. hahaha... bukan senang aku pro aktif. sesungguhnya (perghhhh sesungguhnya tu) aku suka buat lab tanpa diselang seli dengan kelas. kerana aku memang tak ada mood dan minat langsung nak buat lab sambil terkejar2 nak masuk kelas. sejak selasa aku sudah berjinak2 semula dengan lab.

aku tak lah duduk dalam lab dari 8am-5pm. aku datang lab pukul 11am balik pukul 1pm. datang balik pada pukul 3pm balik lebih kurang after 5pm. tapi tak lah sampai5.30. 5.30 aku dah drive pulang ke rumah. malangnya jalan jam... emm tak suka lah jam2 ni (siapa lah suka jam... taukey minyak petrol dan diesel suka lah kot...) aku dalam lab lebih kurang 4 jam sahaja. ok lah untuk permulaan ni kan... aku pun malas nak tertonggeng awal2 ni dalam lab. kerana no matter how hard i tertonggeng buat lab sekarang. lab work tetap abis akhir2 semester hahahaha.

aku punya skill id dah semakin pudar lah... buat 2 hari ni aku mula dengan yang senang2 saja.. tu pun aku cuma dapat beberapa sampul sahaja. entah kan betul entah kan tidak. bertambah parah aku sorang2 sekarang ni. dulu masa aku buat benda ni aku ada segerombolan member (5 orang saja) yang amat gigih, gred A berderet2... pointer mantap dan sharp. yang selalu jadi mangsa untuk beri pandangan berkaitan kerja ku. kira kami kerja sama lah juga.

si Asma dulu, dia pukul 8 or 9 dah ada kat lab. lunch dia balik kejap lepas tu datang balik... sampai pukul 6. malam dia sambung menaip2 atau pun study... walaupun hari ada kelas, dia tetap pergi jenguk lab sejam dua... weekend dia datang.

aku dulu duduk lab 2 jam dah berpinar2 biji mata. lepas kelas harammm lah aku nak masuk lab.. nak2 tym tu lepas kelas ada kelas lagi. then gap2 antara kelas tu aku lebih sudi habiskan masa mencuba segala jenis makanan di kafe. walaupun hari2 aku makan benda yang sama dan dah rasa semuanya... ada gap aku betul2 berehat bukan nya nak buat kerja lab. kadang2 saja aku sebelum kelas german pukul 5 petang tu pergi lab sekejap... buat slaid atau sentuh2 sikit spesimen aku. tu pun sebab Asma masuk lab.

kesudahannya waktu akhir semester aku gigil cuak katak gabra depress sebab id belum habis lagi. id tak habis aku nak tulis apa kat result. ha... kat part ni lah aku terhutang budi dengan penyelia. dia yang tolong id kan segala spesies aku tak pernah kenal tu... banyak ooo... spesies yang susah2 lah. dicampur yang dia kena verify (spesies aku dah id tapi masih tak tau betul ke tak) maka kesimpulannya dia id semua. bukan aku sorang tapi kami ber5 orang. sorang ada lebih kurang 300-400 sampul... kali 5 korang tau buat math kan... ha bribu2 sampul tu.

tapi penyelia aku id cepat yang amat. setakat 1 site tu dia boleh abiskan dalam 2-3 hari saja pun... memang pantas.. zup zapp.... kami tinggal buat kan slaid sahaja. tu pun kalau slaid daun hancur, dia yang buat slaid baru. bukan macam aku id 1 site makan masa 1 semester. dia id 5 sites 2 minggu siap. nampak tak jauh langit dan bumi skill mengid lumut.... banyak lagi aku kena belajar ni.

oleh itu aku nak kayuh perlahan2.. sikit2 lama habis lah spesimen yang 2 kotak tu dikenalpasti.

..........................................................................................................................................................................

emm... berbalik kepada kamus lumut... tadi kan aku jumpa kamus yang aku pernah guna dijual di Amazon. harganya yang baru usd 300+ kalau yang 2nd hand dapat separuh harga. even yang 2nd hand pun harganya mencecah 300-400 ringgit. aku pernah guna kamus tu dulu. ya memang aku suka.... masalahnya mahal sangat.. nak beli kat kedai di malaysia ni tak pernah pula aku jumpa.

yang glosari online aku copy paste tu pula... yang terbaik. kerana sudah dilink oleh beberapa laman web. aku juga rasa itulah glossari online free yang terbaik. tambahan pula ada terjemahan german. kenapa aku kisah sangat dengan terjemahan german??? kerana ada kerja yang pengecaman yang memerlukan aku untuk merujuk buku yang ditulis dalam bahasa german. hukum der, die, das, aku dah tahu, akusative, primitive pun boleh lah sikit2.... cuma masalahnya istilah lumut dalam bahasa german tu.... emm... alangkan istilah english aku tak tahu ini kan pula german.

..........................................................................................................................................................................

tadi aku dinner makan makanan yang dimasak oleh hausmet. sedap... kebetulan aku lapar. aku pun makan dengan lahapnya... thanks untuk hausmet aku. aku lambat makan tadi sebab aku sibuk cuci kain...

No comments: