MEH LAH KLIK...

Tuesday, December 9, 2008

dianaktirikan

dalam entry sebelum ini aku bicara pasal kisah mumbo jumbo birokrasi kan... tapi aku tak cerita terus aku fast fowarad... ni nak cerita lah ni.

nak dijadikan cerita tadi aku pun dengan baiknya tanya pasal hal kerusi meja dan lain lain dengan seorang pegawai. dengan berbincang lebih2 kurang, kami bersetuju dalam beberapa perkara. malangnya apabila ke topik berkaitan alat2 maka aku dikehendaki mengisi borang dan meminta tandatangan seorang kakitangan teknikal. tapi kakitangan tersebut bercuti panjang. oleh itu aku agak em... ok lah aku agak menyampah (aku try cari ayat tak berapa kasar ok). yang menambah kemenyampahan aku ialah apabila pegawai itu membangkitkan kembali kata2 'jangan keliru dengan sistem'. dalam hati aku berkata; 'kau dengan sistem kau boleh flush diri sendiri ke dalam jamban. sistem bertahap hanjeng macam tu entah bagaimana korang dapat sijil iso...'

dah lah kunci aku hilang tadi.... geram bercampur baur... segala2

tadi pula dalam bilik di mana kotak berharga diletakkan ada seorang budak undergrad. senang cakap tadi aku rasis.... so paham2 lah ya, budak itu punyai profile ca.ya.nun.alip. dia pandang aku kerek semacam bila aku masuk bilik tu untuk ambil barang. siyalll seh... tahu lah kau ada kunci. tapi kau kena ingat aku pun student bername tag macam kau juga... aku peduli apa kau duduk situ siap pack lunch lagi... entah kan nak buat kerja entah kan nak bodek penyelia. ya lah sepanjang aku lalu lalang kat situ yang aku nampak dia cuma on kan kompite. lepas tu tengok2 gambar. then baca journal yang ditulis oleh seorang jepun dalam bahasa inggeris. lepas tu tengok draf disertasi beliau. main sms, main game henpon... tu saja. pendek kata kerja yang beliau lakukan dalam lab tadi semata2 boleh dilakukan dalam bilik tidur. iaitu konon baca journal dan taip disertasi tapi diselang seli dengan balas sms dan main game serta makan.

korang jangan percaya sangat jenis student macam ni... dia ingat dia pakai contact lens maka dia pandai lah... (yang pakai contact lens tapi tak berkenaan jangan pulak terasa) cilakak siyall pun banyak juga dorang ni. yang aku jumpa tadi tu jenis yang bijak mengampu tu... rajin2 tu rajin lah juga rajin sikit aja dari aku. nak kata aku rasis memang aku agak rasis lah tadi... atau pun korang boleh lah kata juga busuk hati... tapi korang tak ada kat situ tadi so korang tak boleh nak buat andaian lebih2.

memang aku dah tulis berkali2 kami ni dianaktirikan hatta budak undergrad pun lebih beruntung. aku bayar mahal tau.... so jangan nak lebih2 kerana aku akan bersikap kasar. setimpal dengan harga mahal beribu2 ringgit tu... so kalau ca.ya.nun.alip. yang tak grad lagi tu nak bermuka kerek. dia boleh sembamkan muka kerek dia ke dalam longkang najis... kerana dia memang kaki ampu tak sedar diri. para pegawai nak lebih2 dengan aku... kau tungguuuu....

lagi satu, claim aku belum dapat lagi. kawan aku suruh follow up. emm.. esok lah. mereka ni memang cilakak sikit kalau bab membayar2 ni. aku nak study cara Tony Sopranos kutip hutang lepas tu buat praktikal kat mereka yang enggan bayar balik duit aku. em... setakat latex glove, scaple dan plastik tu aku boleh cilok lab punya (aku dah bayar banyak kan...). tinggal nak beli klorox saja lagi.. dan mungkin juga pisau pemotong daging dan shovel.
..........................................................................................................................................................................

aku paling jijik kalau aku terpaksa mengampu. ya tak dinafikan aku pernah buat. in order to survive, di dunia ini kejujuran itu ialah penting tapi kemahiran untuk terus hidup tanpa mencabul borderline kejujuran itu ada lah satu bonus. maka adalah aku tegaskan ampu yang aku lakukan sangat mild kerana aku memang suck dalam licking arse ni...

ada satu perkara dalam bersosial yang aku selalu buat tapi aku sangat suck juga, iaitu berpura2 ramah tamah atau sangat interesting untuk berbual. ala yang macam artificial smile yang selalu dibuat oleh pramugari. korang perasan tak pramugari airasia yang mekap tebal sampai menaikkan harga minyak sawit tu... kalau welcome korang masuk flight mereka senyum... tapi bila korang nak loading hand luggage ke dalam compartment dia akan kata 'you should put it in the kargo' dengan senyuman. itu lah bermuka2 namanya... bukan nak tolong siap sindir... for the record aku amat sentap dengan sindiran. dia nak kita masukan segala barang dalam kargo kerana tambang luggage tu lah yang bayar gaji mereka... hahhahahaha...

apa pun nak selesa kena bayar lebih iaitu naik G5 macam dalam video clip T.I whatever you like... kan... nak murah kau kena lah datang airport 2 jam lebih awal dari waktu berlepas dan menunggu 2 jam lebih lama dari waktu asal kerana flight delay. kau hanya mampu terliur nak makan kacang dan megi kerana kantin atas awan mereka menjual barangan overprice. mungkin kah orang yang tak punya banyak wang mempunyai lebih banyak masa?????

dah lama aku tak fly... kalau tak silap last time ialah masa aku konvo tahun lepas. tak kisah lah kerana tempat2 yang aku nak pergi sekarang ni boleh dicapai melalui jalan darat. tahun depan (yang lagi kurang sebulan) aku rasa aku nak berjalan2 di penang... ya penang sahaja bukan paris. aku memang nak pergi europe. tunggu lah rezeki nanti ya...
.........................................................................................................................................................................

kesunyian... ya weekdays ialah hari2 sunyi buat ku. kerana aku hanya akan berteman kan kompite dan line internet yang lembab. kesunyian tahap aku taip entry 4 kali sehari. sehingga terasa diri yang amat loser. yang baiknya tadi bila check akaun nuffnang dah naik 3 kali ganda dengan blog ini menyumbang sebanyak rm0.75. bukan lah mencecah beribu2 tapi still blogging ni ada juga hasilnya.

walaupun blogging masih jauh dari gapaian untuk dilakukan secara sepenuh masa sehingga boleh bayar ansuran kereta rumah makan minum... apatah lagi mencapai status celebrity. tapi sekurang2 nya dalam beberapa perkara yang aku buat dalam dunia ini. blogging adalah salah satu perkara yang menghasilkan duit. ya dengan hasil mahsul usaha sendiri. seingat aku... aku memang suka dengan duit. (well who doesnt). cuma aku suck dalam mencari duit.

so walaupun ramai orang sekeliling aku melihat aku ni menghabiskan terlalu banyak masa didepan kompite. nampak sangat aku ni pemalas yang kuat makan dan hanya tahu buka facebook. tapi sebenarnya dalam aku buka2 facebook tu... aku mencari duit sebenarnya.

aku tahu salah satu cara menaikkan hit blog ini ni ialah dengan memuatkan segala sepak terajang dan caci maki hal rumah tangga artis2 pelakon2.. kisah video sekx artis, gambar kontroversi... kisah cerai berai rujuk talak nikah kahwin artis. aku tahu ramai yang 'buat duit' dari hal2 macam tu. apa kan daya aku masih belum sanggup berbuat demikian. walaupun begitu kadang2 aku ada juga memuatkan kisah2 artis dan glamourama dalam blog ini. contohnya perkahwinan ashraf sinclair dan bunga cinta lestari baru2 ini. aku cuma muatkan mana yang aku rasa aku nak sahaja. bukan main hentam keromo nak cemar blog ni dengn kisah cerai artis.

aku harap akaun nuffnang akan menjadi semakin gemuk dan gebu.

p/s: emm... still nak beraya. apa kan daya aku dah balik kf yang boring ni...

2 comments:

sumandak bayu said...

salam sis,

macam mana dengan trip Sis p Brunei... ni alamat email aku melinna_salleh@yahoo.com.

Ade ape-ape ja ko send pi email aku ya.....

Jlascanteen said...

trip ke brunei... bagus2 saja. thanks..