MEH LAH KLIK...

Sunday, December 28, 2008

Cinta Terpampang di Papan Iklan


tudiah.....

ada orang kahwin bentang banner depan rumah yang bertulis 'Majlis Perkahwinan Mopi & Jojo' atau 'Majlis Resepsi Kuhsan & Gekki' . banner tu kiranya sign board lah, ni rumah orang kahwin. maka senang lah para tetamu nak kenal pasti mana satu majlis yang mereka dijemput.

tapi yang gambar kat atas tu pula dia tak pasang banner. dia letak iklan di papan iklan ataupun billboard. nak bagitau se-Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran dan kepada pengguna jalan raya bahawa mereka berkahwin. aku rasa kos untuk pemasangan billboard pengantin ni bernilai ~MYR 30, 000. sah lah mereka ni golongan berduit. tak apa, ini citarasa dan kemampuan dan juga kehendak masing2 untuk mengumumkan perkahwinan masing2.

oh ya. gambar ini di ambil di simpang lampu isyarat berhampiran Tanjung Aru, KK. aku dah beli hp berkamera. tu yang sibuk testing kamera dalam telefon tu... hahahahahahahaha.... (korang nak kutuk.... suka hati korang). Akhirnya....... dapat juga beli.

ramai juga rakan yang tak umum/beritahu majlis perkahwinan atau pertunangan mereka melalui telefon atau kad jemputan. tapi mereka upload beberapa keping gambar majlis mereka itu di laman rangkaian sosial seperti fs dan fb. ataupun mereka post shout out, seperti 'i am enggaged!!' atau 'i am married'. ada juga post kan dalam aplikasi event di dalam fb. ada juga yang post bulettin. aku tak kisah.... masing2 ada cara sendiri untuk mengumumkan perkahwinan atau pertunangan atau bayi baru mereka. mungkin mereka dah malas nak hantar sms kepada rakan2 atau tak ada pun nombor telefon rakan2 maka laman rangkaian sosial menjadi tempat untuk berkongsi cerita. ramai juga yang umumkan melalui blog.

seperti Perkahwinan Mawi & Ekin baru2 ini. mereka mendapat deal dengan stesyen tv berbayar untuk menyiarkan majlis pernikahan mereka. Itu cara masing2 atau lebih tepat rezeki masing2. macam aku yang tinggal di Sabah ni dapat lah tengok majlis nikah itu. apa yang penting majlis berjalan lancar. dan pasangan dah sah bernikah. tak perlu lah wartawan kecoh lebih2 bahawa mereka tak dapat masuk untuk membuat liputan kononnya ini lah kontroversi dan segala macam entah2 apa. wartawan disekat lah apa lah.... apa yang penting semua orang nak majlis perkahwinan berjalan lancar dan kurang masalah. tak perlu lah wartawan siarkan berminggu2 kisah mereka dihalang membuat liputan. tak payah gaduh, kan sekarang ni ramai orang kahwin. tiap2 minggu ada majlis kahwin, siang dan malam. jika tak dapat buat liputan perkahwinan Mawi & Ekin, pergi lah buat liputan majlis2 kahwin lain. majlis kahwin juga kan... hahahahahaha

apa pun kepada semua pasangan yang melangsungkan perkahwinan atau pertunangan pada musim cuti sekolah bulan disember ini, tahniah diucapkan.

No comments: