MEH LAH KLIK...

Sunday, December 28, 2008

blog menghina...

salam dan hi

emm... 2-3 hari ini ada lah dikhabarkan bahawa terdapat sebuah blog yang menghina Islam dan Nabi. dikhabarkan juga bahawa pemilik blog ini ialah seorang perempuan yang mempunyai nama melayu-Islam, beralamat di Selangor. aku tahu kisah blog ni melalui siaran buletin utama tv3.

tak tahu lah sama ada perempuan itu diainaya atau bagaimana. tapi menurut beberapa reaksi dari blogger menyatakan blog itu ditulis oleh bukan Islam dan perempuan yang namanya terpapar sebagai pemilik blog itu terainaya. aku cuba mengakses blog tersebut tapi tak berjaya. mungin sudah dipadam atau disekat oleh pihak berkuasa.

jika penulis blog sebenar sudah memadamkan blognya itu, maka jelas lah dia tu sejenis penakut, sejenis yang cuma pandai pukul curi, seorang yang tiada maruah kerana baling batu sembunyi tangan. dan juga tidak bertanggungjawab.

entah lah kenapa ada manusia yang sanggup melakukan penghinaan sedemikian. Orang bukan Islam mestilah menghormati pegangan Orang Islam dan Orang Islam juga mestilah menghormati pegangan orang bukan Islam. Jangan lah bukan Islam memasuki urusan hal ehwal agama Islam. kerana itu adalah perbuatan biadap dan tidak hormat. Orang Islam mestilah diberi kebebasan sepenuhnya untuk beramal ibadah dan menunaikan tanggungjawab terhadap
agama. adalah menjadi kewajipan orang Islam untuk menegakkan dan mempertahankan agama.

tak perlu lah menghina2 ni. kerana hasilnya cuma sengketa. aku ingin ingatkan kepada diri sendiri dan saudara2 ku tingkatkan lah keimanan kepada Allah SWT. banyakkan ilmu pengetahuan, dan gunakan lah akal fikiran. jika tiada ilmu kita akan jadi lemah dan ditindas.

No comments: