MEH LAH KLIK...

Sunday, November 16, 2008

tak salah kasut buatan gombak........

tahu kan pasal ashraf sinclair kahwin dengan bunga citra lestari. ha kat bawah ni adalah gambar2 mereka. mostly ashraf lah ya.

semua gambar dibawah ini diambil dari bashinlove.com. aku credit ya.. laman web ni. maksud bukan milikan saya gambar2 ini. photos below are taken from bashinlove.com.

aku bukan nak mencemar blog ni menjadi blog hiburan2 gossip. tapi aku nak highlight busana yang disarung oleh pengantin dan keluarga mereka... cantik2 semuanya. ya aku suka... aku nak tengok lebih banyak gambar aisyah sinclair. tapi sikit saja mereka letak dalam bashinlove.com tu... after all, not her yang kawin, abang dia kan....
untuk majlis resepsi di jakarta ni, baju mempelai, aku tak berkenan lah sangat. tapi tak kisah lah kan, bukan aku yang bayar bukan aku yang pakai. mcm crowded lah baju mempelai. apa pun both are beautiful kan.. sarung lah apa2 pun hensem juga ashraf tu... my favret dalam gambar ni baju yang dipakai oleh ayah sinclair. baju hitam, siap ada rantai tu.. suka lah baju tu. baju 2 org lelaki ditepi kanan dan kiri pun ok. but the head gear tu i tak suka.

this one is better. baju yang ashraf pakai masa nikah ni aku lebih suka banding baju yang dia pakai masa resepsi di jakarta. cantik dan menarik. dan aku rasa mahal pun ya... cantik lah baju ni... err... you may kiss the bride (alamak tergossip pulak). berani cium berani nikah gitu...

matched colour... dengan sampin. terbayang aku andai ashraf pakai songkok kaler conservative hitam. sesuai tak??? songkok putih pun ok juga. ashraf pakai apa pun cantik... hahahahahaha... oh ya yang kanan tu his brother rasanya... brotherly love... abang kawin adik jd bestman. jaket ashraf tu sangat cantik...

gambar terbaik bagi aku dalam banyak2 gambar dalam bashinlove tu ya... tak tau lah yang ni posing atau candid2 tapi nampak sangat menarik dan aku sangat tertarik dengan photo ini. ya disebalik jaket ashraf, dia pakai baju yang lengannya berbutang (baju melayu biasanya tak berbutang lengannya). fokus dengan cincin gambar ni. token of love..... =)

perasan tak aku cuma komen2 baju lelaki. sebab aku memang tak berapa nak pandai komen baju2 perempuan.

gambar resepsi di malaysia, mereka belum upload dalam bashinlove. tapi aku dah tengok dalam blog2 lain. ada 2 majlis, satu pakai baju melayu, dan another bertema english wedding. jaket ashraf dalam english wedding tu aku suka warnanya. (semua lah bah, suka dengan ashraf hahahahahahaa). malas lah pula nak download2 lagi. sebab baju2 mempelai dalam both malaysian reception cantik2.

aku buka peminat ashraf atau bunga. cuma kebetulan ada gambar2 mereka kawin dipublish di internet, dan gambar2 tersebut cantik2 semuanya. baju2 si bunga tu, tak tau pula macam mana nak komen. so tak ada komen. bunga cantik orangnya. ya... kedua2 nya cantik.. selamat berkahwin kepada mereka.

big credit for bashinlove. for more photos of ashraf and bunga's wed go here.

p/s: .....kasut buatan gombak kan cantik.

2 comments:

Nama saya M said...

tak salah kasut buatan gombak,
tak salah bini buatan indonesia! hahaha (^_-)

Jlascanteen said...

bini buatan indonesia pun cantik hahaha