MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 26, 2008

real girl eats meat

a lot of meat. tadi tercapai lah idaman nak makan burger besar di new york new york restoren. besar memang besar sebiji tu portion makan 4 orang. tapi tadi kami bertiga saja. so aku makan for 2 lah tadi. hahaha.... dan kenyang hingga lewat petang. aku tak makan malam. sebab tadi masih kenyang. cuma masalahnya sekarang dah hampir pukul 1 pagi. aku lapar lah pulak. dah agak dah kes ni.... em... nak makan roti canai lah pulak... tak pa lah esok2 kita cari makan.

aku tak berapa lelap semalam. aku rasa berapa minit aja aku tidur malam tadi. masa aku nak solat subuh. memang lapar. aku teguk plain water. nasib baik tak gastrik. bila bangun (lepas subuh tidur balik lah ni) untuk nak pg exam, aku minum sedikit choco nestum. ok sikit, then setengah jam aku jawab soalan dah datang balik kelaparan aku. wei.... serius lapar. so jawab sampai pukul 12. balik... aku pg check line internet kejap. sebab mereka kata line tak elok. time aku check elok molek saja pun. aku sembahyang zohor. elok2 aku beri salam abang aku call, ajak makan. zuppp zappp.... tu pasal aku boleh belasah makanan untuk 2 orang tadi. laparnya sejak malam. setakat burger tu... huhu... tapi yang roti burger tu aku ada tinggal sikit tak makan. sebab tak larat.

lepas ritual melahap burger besar berdaging tebal beroti tebal kami ke putatan. ke putatan sebab ada beberapa hal nak diselesaikan disana. otw aku tidur. tidur yang siap enak2 begitu. paham2 lah kan last nite aku songsang2 mana 180 darjah pun tak boleh tidur. actually boleh saja aku tak ikut ke putatan memandangkan aku agak meyampah nak mengadap kompite dalam bilik manjang. aku pun ikut saja lah ke putatan. putatan pun putatan lah..... janji jalan2. dah siap. nak patah balik likas. aku pun sambung balik enak2 empuk2 gitu tidur didalam hujan dan jam... kalau aku jadi driver tadi mesti aku geram sebab penumpang enak2 tidur. tapi aku tahu my bro paham yang aku baru saja tidur dalam kereta tu untuk tempoh sehari.

balik lepas sembahyang asar (yg dibuat dihujung waktu). aku tidur balik (tak elok tidur tym tu setan banyak). nasib baik tak terbabas sembayang maghrib. aku bangun around 6.40ptg aku maghrib. then aku on kompite. terus mata segar semula....

pukul 9 mlm baru mandi, sebab aku layan internet sejak lepas maghrib. then sembahyang isya'. lepas tu buat kerja2 produktif, menyental bilik mandi dan jamban dan sinki. tak lah sental sampai ke tulang. light2 aja. tak suka lah bersepah2. selain tu upacara laundry service. ada lagi laundry aku tu. aku buat berperingkat2. tak larat lah beb... abis semua tu... sambung balik ler... internet nya.sambil layan calciyum fernleaf berperisa vanilla. aku minum jus oren juga nak balance kan meat intake hari ini. entry blog malam ni aja dah 4 termasuk yang korang tengah baca ni... hehehehehe.... begitu lah betapa aku sayang mr.B ku...

oh pasal burger berdaging tebal tu. daging memang chunky. memang real cow. rasa sangat daging. cuma less flavour. aku orang asian ya. tinggal di kawasan kepulauan rempah. so pendek kata daging tu rasa daging2. tak ada flavour seperti dalam rendang, masak kicap, masak sup, gulai pagong kampung pimping. absolute meat. cuma bubuh sehelai lettuce dan letak sos tomato atau cili. sedikit perasa bawang putih dan cheese. itu saja. kunyit2 halia2 bunga lawang cengkih kulit kayu manis rempah2 3 rasa, cili giling tak ada. chesse dia sedap tapi dia letak selapisan sahaja. (tamaknya aku....)

nama restoren pun new york new york, so kalau nak makan daging berperisa rempah ratus dari kepulauan rempah sila pergi kenduri kawin atau kedai mamak. secara otomatiknya burger itu tak dikelaskan dalam 'hidangan untuk tamu tamu di jannah'. dia menang kat portion yang besar dan absolute meat tu saja, dari segi flavour, sedap lagi bergedil sebesar penumbuk..... aku rasa lah...

aku suka lime lemonade berkarbonat yang aku minum tadi. tajam saja rasanya bila masuk mulut. seram juga aku sebab aku teguk minuman tu masa perut berdentum dentum minta diisi dengan carbohydrate dan daging. tapi ok alhamdullilah ok saja perut ku di sirami lime lemonade berkarbonat itu. oppss... acid production increase rapidly, aku nak makan megi pulak... taddaa....

No comments: