MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 12, 2008

peraduan sepatah kata

babak dari filem Gunong kasi patah belakang.

aku kan asyik terkenang satu perkataan ni tau, aku tak pasti mana aku cedok. most likely from my bloghopping activity lah ni. or entah mana entah yang pastinya aku asyik teringat2 kan perkataan ni.

'Broke-backing'

meaning: err..... korang pernah tengok filem brokeback mountain?? maksud perkataan ni ada sama2 dgn filem tu. dan maksud disini nothing to do with the difficulty of climbing the mountain.

so sesiapa yg nak teka apa maksud perkataan ni sila2 kan.... maksud ikut thesaurus aku ya.. bukan oxford.

aku juga ada belajar beberapa perkataan baru2 sekarang ni.

fortuitous
pristine
benevolently
aegis

aku punya lah terkial2 nak paham. sampaikan aku terbuat abbreviation untuk 'leaf litters' jadi lift. (aku tgk kamus utk spelling abbreviation ni). teruk la aku punya spelling, sampai 'label' aku eja 'lable' walaupun 12 zofijillions kali dah aku tulis perkataan tu.

selain dari perkataan yg tunggal aku juga terjumpa beberapa terminology atau analogy yg baru atau aku tak biasa dengar

contoh

green gold

meaning: the priceless rainforest which is rich with biodiversity. play major roles in ecosystem, socio-economy and utilitarian values.

power kan vocab datin, datin yg tulis paper ni.... mantap lah. suka aku baca walaupun aku tak berapa nak paham.

..........................................................................................................................................................................

aku suka baca biography. tapi aku rasa aku tak pernah beli buku biography. not even david beckham's. dulu waktu aku selalu pergi kedai buku. aku selalu baca buku biography berdiri. maknanya tak pernah lah aku baca biography sesiapa sampai habis. sekerat2 gitu. biasanya aku akan baca biography david beckham. tapi kan.... banyak sangat lah biography beckham ni. kisah mcm mana dia dulu2. mak ayahnya. dia ada kakak nama lynda, ayah nama ted, mak dia kerja hairdresser. dulu siap mertua dia semua aku ingat. tapi ya lah dah lama tak ambil tahu ni tak lah ingat. korang google lah ya....

aku rasa sekarang ni beckham buat biography berperingkat. bukan mcm dulu kisah dia dari kecil sampai kawen anak 3. pas tu kena red card lah. tattoo ada berapa.. sekali harung. sekarang ni dia cerita pasal idup di sepanyol sebuku, idup di LA sebuku, ni dengar cerita nak pindah italy betul kah??? on loan lah kiranya. sakit hati saja org LA... kan... apa2 lah. korang google lah ya. bnyk cerita dia kat internet. walaupun dia bukan athlete yg terhebat atau terkaya. dia still athlete paling banyak digoogle oleh ku (at least).

ni aku baru aja keluar dari wikipedia babe ruth. aku pernah come across nama ni dulu, tadi aku buka buku, aku terjumpa lagi nama ni. aku tk berapa ingat siapa. but i am sure he was american. yep athlete. korang google lah sendiri.

not long ago... may be past 2 weeks atau last week, aku boleh2 google arjun rampal semata2 sebab dj radio tersebut nama arjun rampal sbg hero dalam filem yg dia suka. actually si dj tu bukan cerita pasal arjun rampal, tapi dia cerita pasal filem yg arjun berlakon. aku dan2 google kan si arjun rampal. sampai aku tau bini dia tu ratu cantik and ada 2 anak perempuan.

bila google si arjun rampal, boleh aku melarat google saif ali khan. aku suka saif ali khan sebenarnya. sejak aku tertengok dia dalam koffee with karan. time tu kajol pun ada rasanya. and dalam koffee with karan tu si saif ali khan tu cakap english better than karan n kajol. fluent all 3 memang lancar. jauh lebih lancar dari aku. tapi saif kurang sikit accent mumbainya. dan2 ni aku tahu atuk dan bapak si saif ali khan tu pernah jadi captain cricket team india. dan dia ada nawab descent. hensem tau saif ali khan. tak percaya google sendiri. mata aku lah ya... mata korang tak pasti.

nak cerita pasal siapa lagi ya.... hitler? aku tak pernah lah nak baca biografi hitler. sekarang ni aku tgh baca buku a ranking of the most influential people. dah lama aku beli, tapi tak abis baca lagi. biasak lah baca buku sekerat. dia dapat nombor 36. ok lah masuk ranking kan. subjective buku ni. mungking korang ada pendapat lain. so sesiapa yg ada pendapat lain untuk ranking top 100 tulis lah buku sendiri.

nak tau pasal hitler? hahaha... harus kah aku tulis google lagi? suka hati anda lah....

ada 4-5 bijik buku lagi aku tak abis baca. huhu... aku tym baru beli memang galak gila nak baca. tahan 2 jam fuhh... tu ah aku depan tv channel surfing. so jangan sesekali expect aku duduk diam di meja tu aku study, baca diversity sentiasa. baca nota. tak. biasanya aku merambu ramba baca wikipedia atau google apa saja terlintas di kepala hotak aku. curiosity gitu kan....

dari sikap aku menggoogle nama orang secara random ni lah aku dapat re-connected dgn bekas cikgu aku. kami siap exchange nombor phone lagi. (bangga tak pasal, but truthfully memang aku bangga.... bukan senang beb nak jumpa balik cikgu yang dah pindah).

tadi aku terfikir2 siapa nama anak2 lelaki shih huang ti... tak silap aku ikut komik maharaja petualang, dia ada 2 orang anak. the righful to ascend to the throne tak dapat jadi raja, yang sorang lagi tu pulak yang dapat. hua hai kah apa nama ntah.... kejap ya saya google

*after wiki,

yep betul nama anak tu dalam wiki. Hu Hai (dlm buku aku baca dia mention Er shih huang ti aja tak ada nama huhai). yang sorang FuSu. anak dia ramai. ni 2 orang yg tergelemer sebab entangled dalam perebutan takhta. dalam komik maharaja petualang, FuSu diarahkan membunuh diri kerana dia menentang ayahanda yang mengambil gelfrennya sebagai gundik. ceh mana tahan beb gelfren jadi mak tiri. tapi dalam wiki. sebab surat wasiat dipalsukan. si tuan penasihat 20% telah ikut camp si HuHai (anak yg lebih lemah, jadi boneka tuan penasihat 20% lah kiranya).

aku tak pasti mana betul, samada FuSu bunuh diri kerana gelfren jd gundik ayahanda, atau memang dia diarah dalam wasiat tipu utk buat begitu.

aku belajar sejarah china purba dari komik hokeh... boring buku sejarah. bagus lagi kau baca komik hongkong. yg translate lah... sebab tu aku tau 18 cakar penunduk naga. hahahahahaha

eh sebut pasal raja2 ni. korang pernah tengok man of the iron mask? si kembar yg jadi raja tu cuma kurung kembarnya, tapi tak bunuh. sebab kan... raja2 ada pantang tak boleh bunuh darah daging sendiri. nanti mcm ada curse or something

dalam cerita russian tsar pulak, ousted tsar akan diusir dari istana, but eventually akan dibunuh lah juga. sebab mana boleh ada 2 raja ni kan. nanti coup lah apa lah... mcm2. nak save bunuh aja, walaupun kadang2 tu anak dan bapak... bapak dan anak... kejam tau.

kesimpulannya; aku memang penyebok... apa kaitan tiba2 aku terpikir2 pasal nama anak shih huang ti??? tiba2 aku tergoogle arjun rampal, babe ruth?? aku tak minat pun baseball bagai ni..

dulu cikgu english aku masa ukm ada pesan. korang jadi lah penyebok. mesti busy body. tapi BUKAN busy body pasal laki orang kena tangkap basah. bini orang minta cerai. pasal siapa dating dengan siapa... tapi busy body pasal benda lain kiranya busy body IN A GOOD WAY.

at least itu lah yg aku paham dari pesanan cikgu aku. tak tau lah pulak dia maksudkan yg lain. al maklum lah cikgu cakap inggeris, dalam kelas mana ada subtitle mcm wayang. at least itu yg aku paham.

aku rasa since tu aku bertambah busy body. before pun aku mmg busy body gak... cuma bertambah2 selepas tu.. hahahahahahahahaha... both good way (aku rasa) and yang gossip siapa kawin siapa pun aku suka. macam siang tadi aku baca pasal ashraf sinclair kawin dgn bunga cinta lestari. ashraf tu hensem, pakai lah apa pun. baju melayu, baju indonesia, nampak hensem juga. hahahahahahahaha

nanti aku cerita pasal biras sun yat sen ya.... kalau aku nak lah ya.... nanti2 lah sebab nanti terhistory channelkan blog sendiri pula.

happy reading and busy body-ing

2 comments:

TEAM B.I.O.N.I.C said...

ko dada karaja ka sampai tulis pasal ni

Jlascanteen said...

ini lah bah kerja ku.

tu lah kau nda bawa aku tinguk wayang. tereview buku sejarah sudah ku... makin teruk sudah ni