MEH LAH KLIK...

Saturday, November 8, 2008

naga bertapa dalam belukar

lelaki gelang getah
ceh apasal blog ni asyik error ni.....

aku baru nak bercadang tak nak mencarut. anw, cakar penunduk naga sebenarnya ada 18 jurus. aku cuma ingat 2 jurus tertinggi, iaitu bertungkus lumus sepanjang hari dan naga bertapa dalam belukar. lagi 16 tak ingat. ada siapa tahu??? mungkin ada juga 1 jurus lagi iaitu 'gaya naga mengepakkan sayap'

cakar penunduk naga boleh dipelajari satu persatu dengan membaca komik kepewiraan hong kong.

nanti aku ceritakan hikmat2 lain, seperti hikmat mencuci tulang sumsum, hikmat badan kebal lonceng emas(untuk komik moden hikmat ini dikenali sebagai hikmat badan kebal titanium) hikmat api durjana(jurus spesial dewa durjana), 6 gaya pemusnahan, hikmat belantan tiga penggal, dan lain2 lagi....

nampak sangat aku seorang yang bosan dan membosankan. mood belum mari lah. sampai aku cerita pasal cakar penunduk naga. memang tahap isap gam betul ni. jangan salah sangka itu hanya metafora. apa motip aku nak isap gam. kesannya irreversible. tak payah. cukup2 lah toksik napthtalene, toksik segala dalam pesticide, toksik2 domestik.
..........................................................................................................................................................................
aku suka sangat dengan lagu T.I terbaru, whatever you like. sampai tadi aku ikat duit kertas aku dengan getah. konon2 ikut cara T.I yang popular dengan gelang getahnya itu. perasan kan aku?? walaupun duit ku duit cop agong berwarna biru dan bukan bermuka benjamin franklin berwarna hijau. aku still perasan seharian konon2 aku ni ada stack on the deck.... fuh.... memang lah stack on the deck tapi bill nya seringgit bukan seratus.

ada sekali tu tym aku driving, bila terdengar saja lagu ni, aku tiba2 bagai dapat aura lalu aku berani memotong kereta yang bergerak slow didepan. entah apa lah yang best sangat lagu tu. tapi aku suka.

lagu si coldplay lagi lah.... ala lagu viva la vida.... aku ada cerita ari tu... goosebump babeh!.
..........................................................................................................................................................................

entry sebelum ni adalah entry aku bersikap buruk sangka. atau suspicious, bukan lah aku nak menegakkan benang yang basah. apa pun memang tak elok berburuk sangka. nak buat macam mana dah tercurang. so teruskan saja. nak undur balik pun. rasanya tak jauh beza berundur atau teruskan, alang2 mandi biar basah kan......

detour: tadi aku nak upload gambar di fb... pun asyik error merror. apa jadi dengan line ini??? lembab.

hari tu masa awal bulan raya, aku selalu membebel dengan pasal, 'tangisan tidak akan menyiapkan thesis mu' kali ini aku ada bebelan baru iaitu 'hanya dengan bekerja kita boleh menyiapkan kerja' so tak ada point nak marah2 berlebih2 sebab kerja tak siap dengan hanya marah2, mencarut2, menangis2, mengadu domba,. marah2 mencarut2 tu semua short relief. kejap saja. sebab frust here n there. habis mencarut2 marah2 menangis2 semua tu, tengok2 kerja masih belum siap. the real relief bila kerja sudah selesai.

nak marah nak mencarot semua yang pasti mesti buat kerja.

ada persoalan nak membanding2 master by research lebih baik dari master by coursework? alasannya... banyak lah bertimbun2. aku tak lah nafikan 100% dan tak lah sokong 100%. pendapat aku ialah, master by research kau tumpu pada satu saja, contoh kau buat pasal 'kajian perbandingan 18 jurus dalam cakar penunduk naga'. so kau hanya akan tahu pasal cakar penunduk naga yang 18 jurus tu saja. kira2nya kau akan master jurus2 tu saja.

tapi untuk buat master by coursework, kau akan belajar beberapa jenis hikmat. contohnya semester ni kau akan belajar kursus fizikal seperti; hikmat mencuci tulang sumsum, badan kebal lonceng emas, juga kau belajar, kursus sampingan seperti; resepi racun nenek merbok, ilmu halimunan, teknik akupuntur lepas tu kau ambik exam. walaupun sebenarnya kau suka fizikal, tapi kau wajib ambil bidang kimia spt resepi racun tadi tu lah.

pro and kontra;

mstr by research akan master gila2 dengan bidang yang mereka kaji. tapi disadvantage nya mereka tak tahu menahu selain dari itu. jika kajian pasal cakar penunduk naga, so dia akan tahu pasal cakar penunduk naga semata2. dia tak payah nak stretching jika nak buat cakar2 penunduk naga. kan dah master. cakar naga, buah naga, sang naga, eraagon.. dungeon n dragon dia tahu. once kau tanya pasal hikmat api durjana.... konfem jawapannya 'aku cuma buat cakar naga' atau 'itu kau kena tanya dewa durjana'

mstr by coursework pula, dia akan tahu secara general, hikmat mencuci sumsum tulang, hikmat badan kebal, dan boleh bagi resepi racun secara teori, selain tu dia tahu lah akupuntur tu sikit2. keburukkannya dia tak master semaster2 nya lah bidang yang dia kaji, contoh; kaji pasal 'deskripsi hikmat mencuci sumsum tulang' so dia buat deskripsi saja jurus2 tu saja tak ada lah nak kaji pasal sumsum tulang..... so jika tanya apakah itu sumsum tulang? konfem jawapannya 'saya buat deskripsi jurus mencuci sumsum tulang bukan pasal sumsum tulang'.

sekian pelajaran dari pendekar gunung harimau dan naga



btw; cantikkan koleksi serangga ni. ha ini koleksi serangga milik bekas roomate ku dulu, nabilah a.k.a bee. dia buat cantik elok saja. sebab tu aku ambil gambarnya. dia pergi bnyk field, bnyk lokasi utk collect semua ni. dari sungai congkak sampai ke bukit fraser, sampai ke perlis dia pg. ini gambar tahun 2005/2006. aku punya koleksi sekarang sangat buruk... hahaahhahaha

2 comments:

ning5044 said...

hahaha! mmg cantik koleksi butterflies member mu tu.. mcm dalam muzium punya!!!

aku ketawa start dari entry ko yg mula2 tu.. hehe! lucu ko merapu2 tu.. gelang getah. jurus? lonceng emas?? hahah! nice2...

Farhan said...

Utk ko tido lena...

Jilid 28 (Pengemis Sakti)
Naga Terpencil Jangan Dipakai
Naga-naga Tidak Beraja
Sabungan Kilat dan Petir
*bertungkus lumus sepanjang hari
*naga bertapa (Bertempur) dalam belukar
Penyesalan Naga Ganas (Melampaui Batas)

Jilid 39 (Pengemis Sakti)
Naga Terpencil di Bendang
Naga Di Angkasa 9 Lapisan
Naga Terbang di Angkasa
Naga Melonjak Di Jurang
Naga Melaung Di Paya
Naga Sakti Mengoyangkan Ekor

Jilid 44(Pengemis Utara)
Gaya Menunggang Enam ekor Naga
Gaya Naga Mendarat Perlahan-lahan
Gaya Naga Mengharungi Sungai Besar

Jilid 65 (Dalam Gua)
Naga Awan Tidak Berjerejak
Timbul Fros Datang Salji
Raungan Naga Berkumandang Jauh