MEH LAH KLIK...

Tuesday, November 4, 2008

naftalena bukan lah sesuatu yang elok untuk dihidu

ceh... 2-3 kali aku nak buat ayat inggeris, tapi asyik tekan backspace jak. ni ayat yang aku nak tulis tu; baru tadi aku sibuk melabelkan koleksi serangga ku yang sangat daif. belum siap2 lagi.

just now i was busy labeling my poor insect collection. not done yet. (betulkah?). bukan apa tak lama lagi aku nak tulis disertasi ni. SpV suruh buat dalam inggeris. jadi kita mesti berani menulis dalam bahasa inggeris. walaupun aku tahu tunggang langgang. tulis ayat sekerat pun aku tekan backspace 2-3 kali, ni penangan naftalena lah ni. ceh bau nya sangat lah aku tak suka. nasib baik etil asetat sudah abis. kalau tak mesti lagi tercemar udara dalam bilik ni. sukar nak berfikir dengan bilik udara tercemar ni. carbon2 tak main, ini naftalen, hazardous gila2. geram aku sebab terpaksa guna naftalen ni.

aku ni ikut salsilah memang tak ada kaitan dengan serangga dan koleksi serangga ni. cuma bila terpaksa buat assignment. maka terpaksa lah. bila terpaksa dan terdesak, kekreatifan tinggi diperlukan dalam seni kecurangan atau seni kelentongan kornering disana sini. (huh aku mencincang bahasa?? ). tak perlu lah aku dedahkan disini bahagian mana yang aku berlaku curang.

oh ya aku ada beli mp3 murah ari tu, aku ada cerita dalam entry sebelum ni. mp3 ni nasib baik murah, sebab aku tak tahu sangat nak tekan butang mana (bukan bnyk butang pun). entah mcm mana aku terset untuk lagu2 dlm tu supaya main intro saja. so spjg malam aku risau ala...rosak kah mp3 baru ku ni?? esoknya aku tanya kawan yang lebih dulu bermp3 dari aku. so dia godek2 kan rupanya masalah setting. sekarang sudah ok boleh dengar lagu dengan normal.

1gb saja simpanan lagu. jadi bukanlah banyak sangat lagu dalam tu. aku ingat nak delete lah sikit. nama pun mp3 murah, dia punya earphone, menyakitkan telinga aku. bukan sebab volume kuat. tapi sebab memang earphone tu tak selesa di pakai. nantilah aku cari2 tinjau2 andai ada earphone lebih sesuai untuk telinga ku. (mengada2nya!!). ikut rekod, aku memang tak berapa serasi dengan earphone, dulu masa aku guna walkman, aku rasa mau 4-5 kali ganti earphone. kan wayar earphone agak2 panjang, so mesti bila dah tertarik, terjatuh, terkelepet, wayar2 tu agak2 rosak, bila dengar lagu tenggelam timbul, belum masuk earphone terjatuh lalu pecah. harap2 panjang lah khidmat earphone kali ni. walaupun aku bercadang2 nak cari earphone yang lebih selesa.

berbalik kepada serangga,

bilik aku sekarang ni macam makmal entomologi buruk. ataupun aku sedang tinggal dalam makmal entomologi. tunggang langgang. padahal baru saja kemarin aku bersih2 susun2 barang2 dalam bilik ni. hari ni dah bersepah balik. aku kalau buat kerja mesti bersepah. di sana sini buku2 kotak2 bangkai2 segala macam. kejap lagi aku cuba susun balik. menyampah idup berselerak macam ni. tapi hidup berselerak juga yang aku pilih.

minggu lepas kelas yang aku ikuti ialah kelas mengawet tikus. tikus2 putih tu hidup2, mula kena pengsan kan dia, dengan chloroform (ini pun bahan hazardous juga ni). bila dah pengsan. terus letakkan kapas basah dgn kloroform dekat organ olfactory tikus2 tu, tikus2 tu akan inhale sampai mati. kejam kah? memang lah membunuh tu kejam. tapi kami bunuh dengan cara berhemah sekali mengikut piawai museum2 di seluruh dunia. macam mana nak bezakan tikus pengsan dengan tikus mati? tikus pengsan, ekor lembut lagi. tikus mati, ekor keras. penting ni, sebab, aku seram jika time siat2 kulit tikus, tikus tu bangun balik, sebab dia cuma pengsan tapi org dah siat kulit. kes ini pernah terjadi pada kawan aku yang belah katak pengsan, katak tu melompat balik, dengan perut terburai, dan menggelupur kesakitan. sedih beb....

then siat2 kan kulit (skinning) ada lah step2 nya tapi tak perlu lah aku nak taip. sumbat kapas. siaplah pengawetan. ada serbuk tepung juga digunakan supaya kulit tikus tahan lama, magnesium aku rasa serbuk ni. boleh pakai boric dan beberapa chemical lain juga. mana2 yang korang rasa kurang hazard bagi hidup korang. ikut hati, pakai tepung jagung saja. tapi nanti kulat,hama, ulat segala pest bersarang kat kulit tikus tu. mula2 aku tengok kulit tikus dah siap disiat dagingnya tu, macam carpet kepala rimau, atau kepala beruang, ha macam tu lah lebih kurang, cuma tikus tak boleh buat karpet. sebab kecil. 2-3 reban tikus perlu dibunuh jika nak buat karpet kulit tikus.

petang, pula kami sambung awet bangkai burung. oleh kerana bangkai burung ni tidak di urus dengan baik. kami suspek lambat masuk dalam freezer. agak busuk juga lah. tapi still maintain the 3-d form. cuma daging burung ni agak2 hancur. dah namanya bangkai kan... so yang ni susah banding tikus2 comel yang dah diawet.

dulu waktu aku first year, cikgu inggeris suruh buat assignment. tajuknya bebas, asalkan berkaitan dengan sains. subjek tu subjek english for sc. aku lupa entah macam mana, ahli dalam kumpulan aku yang paling senior (hensem ni, orang papar) cadangkan kami tulis paper pasal mummy. the mummy. oleh sebab dia paling senior, dan satu2 nya lelaki dalam kumpulan kami, dia pun lead lah pinjam buku, sebagai bahan rujukkan. next class dia pass kan buku tu kat kami. aku pun bertanggungjawab sbg org pertama yang akan estrak informasi dalam buku tu. gilir2 lah ni.

dari buku tu aku dapat tahu bahawa, orang mesir kuno mengawet mummy tak belah2 sangat. mereka guna chemical yang ada pada masa itu iaitu alkohol atau al-khammar(betul kah arab aku ni?). mereka penuhkan rongga2 terutamanya kepala dengan alkohol, lepas tu biar beberapa minggu. body mummy pula disapu dengan lemak haiwan (atau minyak tak ingat sgt). bila mereka agak alkohol tu dah berkesan. mereka cungkil otak mummy tu dari lubang hidung. tak lah keluar sebiji otak sekali gus. rosak lah lubang hidung mummy tu kalau macam tu. tapi dia korek sikit2. guna dawai bukan jari. horror kan, korek idung sampai keluar otak. rupa2nya alkohol yang mereka dah tuang awal2 tadi tu memamah/melarut otak, atau dissolve otak manusia. sebab tu dia boleh korek2 dari hidung. organ vicera mereka bedah lah. lepas tu jahit, kalau tikus kami letak kapas dan sapu tepung magnesium. tapi mumia mesir mereka sapu juga lah chemical, tak ingat pula aku apa. then mereka balut mumia tu dengan linen.

aku tak ingat lah chemical apa orang mesir kuno letak dalam mummy tapi yang paling aku ingat alkohol tu lah. alkohol2 yang diguna ni bukan sikit2 punya percent tapi paling kurang 75% tak pun absolute. so korang paham tak message i try to convey here? jangan minum arak kerana arak boleh melarutkan otak, melarutkan daging. mengeraskan sel2. sel kalau dah keras tu macam mumia lah. ada satu lagi bahan pengawet iaitu formalin, ni pun hazard. kalau nak guna pastikan concentration cuma 10% jangan lebih. yang ni lagi power dalm mengeraskan sel.

kerja mengawet2 ni bukan semua orang boleh buat. siapa tahan masuk kelas mengadap bangkai??? korang masuk kelas bawa kalkulater, pensil, notepad. ni masuk kelas siap ada gunting2 chemical2. sebab tu tak ramai yang nak handle koleksi haiwan ni. susah nak maintain. susah nak buat kerja nya. bayangkan korang punch card, lepas tu bunuh burung, siat2 kulit. lepas tu top up etanol dalam balang berisi bangkai katak, reptile, ikan2 yang busuk. hari2 sampai pencen. sanggup?????? tak ramai yang sanggup. hari2 menghadap bangkai.

sebab tu aku kerja dengan tumbuhan. at least tumbuhan kalau decompose pun tak lah sehazab haiwan baunya. still risky bussines juga sebab masih kena buat pest prevention guna pestisid yang beracun tu. apa lah aku membebel ni.... hish hish hish...

3 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Sumandak nak kongsi ceta pasal beli mp3... masa mula-mula aku truja jugak beli mp3 ni.....bukan alang-alang lagi Sumandak 1st beli di Singapura masa trip family.....

Tapi bila pikir harga mahal ke or murah ke.... sebenarnya sama saja cuma kualiti tu je beza dia..... ape pun layan je la....

dari Sis beli Mp3 baik lagi beli MP4 lagi HEBAT

Jlascanteen said...

kalau ikutkan nafsu memang mau beli ipod series. tapi terlampau mahal. tak berbaloi.

sy ni kalau gadjet2 ni kejap saja guna. lepas tu terbiar sebab tu terfikir2 kalau mahu beli yg mahal.

mp4? memang terliur. nanti lah bila duit berlebihan nanti beli juga tu 1.

terima kasih kerana singgah

Anonymous said...

salam....
aku ni tengah cari boleh awetkan burung gagak...
kau boleh x?
aku nk wat research pasal burung gagak ni...
puas aku cari xjumpa burung gagak da awet, ayam ad la....
please......