MEH LAH KLIK...

Tuesday, November 18, 2008

my skin like baby's skin, amazing!!!

sir richard branson

uweekkk.... haram jadah gitu tajuk title. tak ada lah my skin like baby skin. korang ingat tak dalam tahun 2001-2002 ada iklan sabun dove. dalam iklan tu seorang perempuan (nama dirahsiakan), berkata. kulitnya semulus kulit bayi selepas menggunakan sabun tersebut. ending skrip beliau tu lah... 'my skin like baby skin, amazing!!!. mesti korang tak ingat.

next up, apa hal aku letak gambar world famous virgin('s boss) tu?? sebab before aku lelapkan mata lepas subuh tadi, aku teringat2 dia ni. tak tau kenapa. penangan orang billionaire kan... tak ada kena mengena aku boleh ingatkan dia.

sebut pasal skin skin ni kan.... aku dah bertukar kepada garnier. tak lagi memakai ponds. kerana... tenpoh hari ponds tertinggal di kampung, bila aku singgah guardian untuk beli baru, aku tak jumpa ponds aku berkenan sebaliknya ada garnier. harga lebih kurang aku beli lah garnier. sama juga fungsi nya untuk menghalang muka berminyak. tapi aku rasa still juga boleh deep fry ikan kat muka. berminyak hokeh. kena pakai selalu kot?? tak ada lah tiba2 effect garnier tu boleh buat muka aku berubah menjadi fasha sandha. hahahahahahaha... aku guna yang warna biru bukan kuning. aku tak suka dengan pencuci muka dengan kesan pemutih. ala2 pakai klorok saja rasanya. ya muka kau putih. kerana kulit kau terhakis. tak yah lah nak putih2 kan muka ni... aku rasa lah. if you are insisted, what can i do. aku bukan pekerja kementeria pencegahan pemutihan muka. still my skin is not like baby skin. aku dah 20 something baby apa nya lagi??? nanti lah ada duit ribu2 nanti aku buat facial di kedai dengan neutrogena, dermalogica, damoskis... segala bagai.

eh... terlanjur bicara pasal pemutih muka ni..... kan ada sekali tu aku tgk dalam realiti tv orang amerika. nama keluarga di rahsiakan. mereka ni kaya nak mampos. satu scene tu the daughter bawa ex bf nya ke rumah. kira2 nak mandi kolam entah apa entah... parti or sumthing. tapi si ex bf tak ada baju tukar. so si daughter tu bawa pg masuk closet bersaiz bilik tidur. dia suruh saja si ex bf tu pilih2 baju kat dalam tu. banyak gila baju macam kedai baju. kat tepi2 ada sejenis alat kosmetik. alat kosmetik ni milikan ayahnya kot, tak pasti lah siapa punya. so si daughter suruh try kat si ex bf tu. si ex bf tak lah try2 terus, dia tanya2. apa bahan yang digunakan untuk buat bahan kosmetik tersebut. si daughter kata foreskin. hahahahaha senyum aku. apa hal lah nak buat kosmetik guna foreskin??? kontoversi kalau kau buat kat malaysia ni hokeh...

si ex bf dah geli2 gitu. nak letak somebody's (or many bodies) foreskin extract kat muka. kau tak pelik kah?? daughter tu kata berkesan lah kosmetik foreskin tu untuk melembutkan kulit wajah dan membuang garis2 halus (lebih kurang lah ya.... ).

si ex bf sebagai remaja belasan tahun yang curious, pun tanya lagi. 'how they obtained the foreskin?'. 'pergi hospital, collect satu2 ke?'. aku rasa hospital jual foreskin ni kat kosmetik kompeni. tak ada nya nak bagi free2 macam tu. sebab kompeni kosmetik kan komersialkan benda tu. sejauh mana keberkesanan foreskin menjadi alat melembut kulit wajah tak tahu lah pulak.... but kosmetik jenis tu lebih mahal lah... banding kosmetik minyak sawit korang.

kisah barangan kosmetik yang aku pernah encounter ada lagi 2-3 cerita. ada sekali tu aku baca katalog jual kosmetik, kata ada satu serum (anggap aja serum) yang berkesan untuk membuang parut, scarface, birth stretch, surgical scar... dan serum ini dibuat dari placenta kambing. kes dalam drama bersiri nip/tuck, lagi pelik krim muka dia.

renung renung kan... selamat bermekap!
..........................................................................................................................................................................

aku lagi cuak buat disertasi dari ambil exam. ada orang kata dia dah tak boleh lagi ambil exam lepas abis bachelor deg. tapi kan kat malaysia ni memang adat kau kena ambik exam sampai pencen. lagi pun viva voce tu pun sejenis exam juga. oral punya lah...

aku tak kisah nak jawab2 soalan atas paper ni. bukan kerana aku bagus. tapi kerana aku pemalu *erkk... (hahahahahahahahah ya benar aku pemalu hahahahaha). aku tak suka present segala barang. assignment, conference apa tah lagi thesis. semua aku tak suka. kalau kau nak berkomunikasi saintifik dengan aku, sila baca teks yang aku tulis. nak tanya, sila hantar email. aku nak bentang2 aku tak suka. tapi tak boleh nak elak juga. present tetap kena present.

tak lama lagi aku nak exam ni. entah lah... redah saja. exam jak pun bukan nya kena berada di barisan hadapan perang di baghdad. (ceh nak senangkan hati sendiri).

eh.... kat luar rumah ni sedang kelantang kelentung maintenence baiki rumah. takut aku. ya lah kan buruh asing ni kau tak boleh percaya sangat. aku dah kunci semua entrance. dah seharian tutup tingkap ni. kunci pintu, tutup langsir. rimas juga. tapi keselamatan lebih penting.

No comments: