MEH LAH KLIK...

Thursday, November 6, 2008

misteri posing tamalia

sebenarnya tamalia ni kawanku. saja ja letak tajuk tu. tak ada apa niat jahat. aku rasa dia tak baca sangat blog ni. tamalia ni cantik orangnya. (cantik2 mesti taken kan, huhu... jgn marah tamalia gurau2). kalau dia ambil gambar dia ada trademark posing. tak apa lah... nanti2 aku cerita pasal kawan ku ni lagi. hanya jika dia beri approval untuk aku tulis lebih lanjut pasalnya.

..........................................................................................................................................................................
tadi aku pg isi minyak, takut2 juga sebab sudah malam. aku ni driving siang pun gagap2 ni kan pula malam. lebih lah terabur. alhamdullilah, tak ada apa2. lepas isi minyak aku pergi mengambush rumah kawan ku, dekat saja, kami tinggal kawasan sama.

aku dtg sebab tadi dia tolong aku buat jenayah. nak ucap terima kasih lah ni. tak sengaja dia terlibat sama. kebetulan. aku tak rancang pun nak babitkan beliau. dia tolong pegang ehem ehem saja. selebih crime aku yang jalankan. huhuhu terima kasih ayang.

bila jumpa mesti nak bercerita panjang2 larut2 malam. aku pun sebenarnya bosan dan kesian dengan diri sendiri kerana asyik bercerita dengan mr. b. saja. jadi tadi kami pun borak panjang2. sekarang ni kawan2 semua dah sibuk dengan hal masing2. nak jumpa pun tunggu hari raya, tu pun andai sempat jumpa. semua bizi kan.

honestly lately aku agak bersikap provincial. sayang sangat dengan kampung ku. bangga bukan main. kampung ku bukan lah gempak sangat. tapi ini lah satu2 nya tempat i can call home. sudah 11 bulan aku berulang alik, scara nomad, weekdays di kk weekend di kampung tak pun di putatan. hampir setiap minggu mcm tu. tak lah beban sangat. cuma kadang2 tu penat juga.. nomad untuk 3 buah rumah. sebab tu sayang ku terhadap kampung pimping membakut bertambah2 kot???...

lepas saja aku abis belajar dari ukm dulu. aku rasa sayang aku terhadap kk, sabah, kampung halaman bertambah2. aku rasa kk lah town yg paling sesuai utk settle down cari kerja. aku tahu ada bandar2 besar lebih hebat. personally aku lebih suka kk. dekat dengan kampung aku cuma 1 jam lebih drive, and ada kemudahan yang standard. mungkin korang tak setuju. ya hujan batu di negeri sendiri hujan emas dinegeri orang.

berbalik pasal pillow talk dengan ayang tadi, kami cerita macam2 especially hal2 bertukar2 gossip pasal rakan2 sekampung. siapa couple siapa, siapa sudah kawin bertunang segala2. biasalah cerita perempuan mesti juga nak ada selit hal2 rumahtangga, mas kawin segala ni.

bila bergossip2 ni keluar lah lidah brunei kami yg pekat2 ni. haha... aku ni belasah saja. memang bercakap dengan kawan yang nda paham dialek brunei pun aku hentam saja. ya lah selalunya tak terkontrol kan, slipped jak perkataan brunei tu.

tapi bila taip entry aku tak guna bahasa brunei. atas sebab pemasaran dan juga sudah pasti aku akan ketawa2 bila baca teks dalam bahasa brunei pekat. contoh; 'enjuakan, bukan iya bekawan sama si anu. liatu jua aku teliat bisidia bejalan sama2' . speaking boleh lah.... jankan bekerapak bekunyanyang pun boley.

atu tah berunai banar.

cerita pasal guy here n there. cerita pasal girl here n there. sebenarnya ramai juga rakan2 baya2 kami yang sudah kawin n berkeluarga. rasanya baru sekejap kami, sama pergi sekolah dulu. sesi pagi sesi petang. sekarang ni memang susah sangat nak jumpa rakan2 lama ni. walaupun kami sekampung. mungkin ramai dah pindah untuk settle down tempat lain.

last raya aku terjumpa si mohamad, rakan sekolah rendah masa tu kebetulan aku beraya dirumah ayang. aku pun ada situ sama. lama juga aku mo ingat balik. nasib baik ingat. nanti orang cakap sombong pula. ada juga aku n mohamad cerita2 sikit. tanya2 kabar. we both sudah gemok berbanding dulu. hahahaha who doesnt kan???

aku memang tak berapa suka dengan reunion yang dirancang. sebab biasanya akan menyebabkan frustration kpd pihak penganjur. biasanya ramai yang tak akan datang untuk reunion yang dirancang. so raya lah waktu terbaik untuk jumpa taulan.

andai ada rakan2 sekolah atau sekampung yang terbaca blog ni, contact2 lah... aku pun mau tahu juga kabar kamu semua.

walaupun susur galur keluarga di kampung pimping tak diketahui sepenuhnya. tapi biasanya aku menganggap sesiapa yang ada kewarganegaraan pimping sebagai saudara. tak kisah lah sanak saudara betul2 atau macam mana. asalkan sekampung pimping aku anggap saudara. (kan aku dah kata aku bersikap provincial). yang penting mereka pun sudi bersaudara dengan aku.

aku mmg kampung2 punya orang. dressing pun kampung2. nda kisah lah. selesa juga begini. untuk perihal rakan2. bukan aku tak suka nak cari rakan baru. aku suka. cuma tak seghairah mana. aku lebih suka pelihara hubungan ku dengan rakan2 yang sudah ku kenal. jika ada rakan baru pun ok. tiada masalah. rakan baru pun boleh meluaskan networking. tapi aku hargai rakan2 lama. terutamanya yang aku sudah kenal sejak sekolah tadika. friends n foes from past. yang ada background lebih kurang dengan aku.

penting untuk kita menghargai apa yang kita ada. bukan terkejar2 kpd yang tak pasti akan jadi milik kita. jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. yang terbaik ialah yang dikendong terjaga dan dapat apa yang dikejar. dua2 sekali hangkut. kawan baru n kawan lama, semua pun ok.

tadi aku ada baca blog seorang pelajar utp. jika dinilai dari entry2 yang ada, pendapat aku pemilik blog tu seorang yang ada vision dan mission. bagus seorang anak muda yang energetic punya hala tuju macam tu. disamping itu dia juga pentingkan keluarganya. nasihat ibu dan ayahnya. aku rasa his parents memang ada baca blog anak mereka tu. bagus. jarang2 juga ketemu dengan blog spt ini. apa pun aku harap yang terbaik untuk blogger dari utp tu.

sebut pasal blogger, terima kasih kepada sumandak bayu, yang sering melawat dan menghantar komen ke blog ni. nanti sy pun akan lawat blog suria pagi milik sumandak bayu.

..........................................................................................................................................................................

sekarang ni aku terlayan2 dgn satu stesen radio ni. dulu aku mmg nda layang sgt stesen yg ni. tapi entah macam mana terlayan. kebetulan reception utk radio ni sentiasa bagus dalam bilik ku (nda garai2 nya urang berunai). aku rasa banyak ilmu yang boleh diperolehi dari dengar radio ni. sambil2 nak hiburkan diri. walaupun hiburan nya bukan my taste sangat, tapi rancangan ilmiahnya aku sangat tertarik. dulu my roomate suka dengar radio ni malam2.

ya stesen radio ni memang lebih banyak info dan ilmu banding stesen radio yang diatas carta. banyak iklan dan dj menjerit2 tak pun mengarut2.

sesuai stesen radio ni dengan aku yang cepat marah ni. hahahahahahahaha.....

p/s: perlukan lebih banyak kesabaran dan ketenangan.

from left: azlie, basir rahmat, siti, ain, ain's niece (sit on the floor), joy, jura, cumi, me, sirul, siti's mom.

yang ni chronicle kawan2 yang aku selalu jumpa, at least hari raya.

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam Sis

hebat sungguh ceta ko ni... siap boleh buat movie pendek 30 minit... salut la sama ko Sis... teruskan enjoy pula sumandak bila baca blog ko ni...

Buatkan hati Sumandak mau ja balik kampung cari kawan-kawasn lama di Sandakan......

Jlascanteen said...

mesti kalau bloggin tulis entry panjang2.... baru puas. haha... thanks for the comment