MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 5, 2008

marah, kesabaran, rasa menyampah, dan blogging lagi

tadi ada kah patut aku flip marah tak tentu pasal. ada pasalnya. tapi aku rasa tak kukuh. sampai aku rasa aku agak jahat walaupun sebab musababnya agak longgar untuk aku bertindak macam tu. clearly lah aku agak marah2 juga. susah aku nak taip sini.... macam mana.

tadi aku telefon kampung, cakap sekejap ja, sekadar updating hal ehwal semasa di kampung. tambahan pula my ma demam2. n about berita keluarga semalam. actually sebelum sembahyang maghrib tadi, kaka telefon, dia suruh balik minggu ni. memang minggu2 pun balik. walaupun utk satu malam. nasi lemak buah rambutan kerana kasih hamba turutkan. nak mereda2kan keserabutan ni salah satu ubatnya suara ibubapa. suara orang2 yang kita sayang tapi tak terucap.

aku marah2 pasal kerja2 yang menimbun ni. bila hujung2 sem ni as expected kerja bertimbun. tiba2 aku dimaklumkan bahawa markah lab mesti dihantar guna softcopy. then paper tu kena pindahkan. sebundle kau.. aku rasa hampir 2-3 kilo juga tu. aduh... satu hal lah pulak. esok terpaksa lagi aku selesaikan hal ehwal lab yang belum berapa nak selesai. aku sangka aku dah basuh tangan bersih2. rupanya masih bersabun2 lagi. ceh...

aku tak nak lagi jadi demo utk sem depan. ada orang menyangka kerana duit dan pembayaran. bukan, ternyata itu anggapan serkap bocor. materialistik bertopeng saja yang berfikiran macam tu. after all sedikit sebanyak tentu ada sifat materialistik dalam diri kita semua. andai aku hanya berfikir pasal duit dan pembayaran, sudah pasti tak kan ku susah kan diri buat kerja2 begini. ya aku suka duit. tapi aku pun tahu mana berbaloi mana tak. dalam kes lab ni bukan kerana duit, wang, usin, pitih, atau apa2 saja yang mereka nak panggil.

kerja ni praktikally senang saja. yang penting kau tahu apa nak buat dan ada basic dalam apa yang kau buat. cuma time consuming (part ni lah yang berbaloi yang tak berbaloi). untuk semata2 aku jadi demo tanpa ada komitmen lain, 3 buah lab pun aku sanggup cover. oleh kerana aku ada komitmen lain, yang lebih memerlukan perhatian maka sebab tu aku tak nak jadi demo2 ni lagi. aku tak nak lah eat more than i can chew, nanti tercekik sendiri. biarla aku jadi orang biasa. bukan RA bukan demo sem depan. more time with myself, with kompite, boleh pg supermarket waktu petang2.

all in all aku bukan demo yang baik. aku suka saja jadi demo ni. tapi tu lah masa untuk jadi demo tu susah aku nak imbang. memanglah seminggu kerja 3 jam saja. tapi sebelum masuk lab mesti bersedia, at least sehari awal inform lab asst. utk sediakan bahan, sebelum lab mesti baca apa yang nak buat, datang lab at least awal sejam utk set up bahan, balik lambat sbb mesti tolong kemas lab, marking paper. nah kan lebih dari 3 jam semua tu. then aku kena balance dengan jadual waktu kelas. tambahan pula masa aku jadi demo tu aku naik bas. fuh... beb penat. then balik rumah nak menghadap assignment, printing2 nota, (tak baca lagi tu), baca journal, susah sikit lah..... bukan tak boleh. boleh. cuma mesti pandai nak imbang.

yang susah sikit, bila jadual waktu kelas terclash dgn lab. yang ni aku kena personally jumpa org2 yg berkenaan untuk atur semula jadual. tak pun sms. then dengan perkara ini saja cukup mencemar reputasi. easily boleh dilabel pelajar bermasalah, walaupun buat full time. 2-3 kali kes ni berlaku. bukan salah sesiapa. just lack of something here and there. cuma kadang kala kita dengan diri kita saja, so mesti pandai tak care your arse. if not, people will kick you around.

ya itu lah penting sekali. kalau kita tak tercover our own arse, macam mana nak jaga orang2 yang kita suka. bukan maksudnya kita mesti jadi selfish. take care diri sendiri itu saja.

.........................................................................................................................................................................

aku dan driving. aku memang tak cekap driving, at least bergerak juga kereta tu. cuma mati2 enjin2 ni memang bukan perkara asing. ini satu kelemahan? aku akui. tapi bila tiba2 ada orang bercakap in front of public, 'ha tadi mati enjin' or 'parking tersenget' atau 'bawa slow gila....' aku kadang2 tak kisah. tapi dalam tak kisah, ini boleh jadi modal kemarahan di lain hari. seperti hari ini. andai ahli sedarah sedaging yang kasih tak terucap pun aku boleh marah mencarut2 jika kutuk2 aku pasal ni, apa tah lagi yang bukan ahli. aku mengaku kelemahan dan kekurangan diri sendiri, tapi bukan bermakna boleh selamba hell nak mengata aku in front of my nose or behind my back.

..........................................................................................................................................................................

aku tak kisah menangis jika aku sedih. sedih menangis. sesuatu organik dan biasa. tapi aku tak suka, menyampah gila2 jika aku terkeluar air mata kerana marah. ya.... marah sampai menangis ialah kemarahan tahap karma yang lebih teruk dari marah baling pinggan mangkuk, kerusi meja.

aku tak berapa selesa terkeluar air mata kerana terharu atau warm. bagi aku perasaan warm ini adalah baik, positif. jika terharu menitiskan air mata bagus juga, cuma aku tak selesa dlm situasi tangisan terharu ni.

emo... perkataan sekerat yang aku tak suka nak guna. atau dengar.... contoh 'tadi jla emo...' cuba ganti perkataan tu dengan ayat penuh seperti 'tadi jla beremosi'. atau 'tadi jla marah tiba2'. 'tadi jla moody.' anything as long as jangan associate nama aku dengan perkataan sekerat tu. kalau emosi kata emosi. bukan emo. (macam nama orang pun ada). ini pun boleh jadi modal kemarahan di hari lain.

emo ialah ejekan. jangan ejek ekspresi perasaan ku dengan perkataan emo. aku marah.

frankly, aku memang sayangkan barangan milik ku. contoh baju bajan, kerongsang, alat tulis, cawan, sudu garfu. adakah aku kedekut??? aku consider diri sendir sbg emotionally attached dengan barangan yang ada terutamanya yang diberikan oleh famili. sebab tu aku tak berapa suka terima hadiah dari orang lain. sebab ni lah... emotionally attached dengan barangan. even sepit kain hilang pun aku boleh terasa sedih. tak lah menangis... just terkilan gitu...

aku pernah sms kawan ku after 12 am mengadu nasib. semata2 aku tak jumpa kerongsang pemberian my ma. yang termisplace,, hanya dijumpa beberapa bulan kemudian. pernah patah balik ke dewan kuliah sebab nak cari sapu tangan yang tercicir, hampir2 terlepas bas. malangnya tak jumpa sapu tangan tu. sapu tangan tu sapu tangan lama, sejak tadika lagi. my pencil case tertinggal di dewan exam, esoknya sanggup jalan kaki semata2 nak cari balik. tak jumpa juga.

sebab tu bilik aku banyak sampah. even pembungkus coklat sejak tahun 2000 pun mungkin ada dalam simpanan, tak masuk lagi botol2 plastik, even botol shampoo kosong pun aku ambil masa bulan2 nak get rid off. yang plastik ni lebih kepada my concern for environment.

dompet aku walaupun dah lusuh. aku tak sampai hati nak tukar. well memang ada hati nak tukar, cuma sayang kan yang sekarang ni. walaupun aku almost everyday bitchin' about nak beli handphone baru. deep down aku sayangkan henpon yang ada sekarang.

ini lah sebabnya aku reluctant nak pinjamkan barang. just in case something yang tak diingini berlaku terhadap barang2 tu. aku akan rasa sangat sedih. dan mungkin marah. pernah sekali tu aku pinjamkan kaset eminem kpd rakan sekolah, sekali dia pulangkan tulisan pada kaset tu suda pudar2. masih boleh guna tapi tidak sempurna. time tu aku punya marah, aku kutuk mamat tu depan2 gelfrennya, umpat2 belakang jangan kira lah berbakul2. sudah lah time tu aku memang suka sangat dengan eminem. sebab tu aku memang berhati2 nak pinjamkan barang. sebabnya, aku tak nak marah2 orang lebih2 sangat.

sekarang ni nasib baik ada blog. at least aku dapat luahkan sebahagian kemarahan dalam blog ni. tak perlu aku nak marah berdepan2. nak jaga hati kononnya. ya lah tu..... hahaha... ayat 'kita sudah dewasa, kalau tak puas hati cakap depan'. aku tak berapa setuju. come clear ni bagus, cuma ada part yang kita kena diamkan dalam diri, atas alasan nak being nice, atau jaga hati. ada org kata hipokrit. tapi dengan famili kita ada kita berterus terang semua hal kaw2 punya terus terang. ada perkara juga kita diamkan. masing2 tahu masing2 lah hal ni.

perlukan lebih banyak kesabaran....ya aku perlukan lebih banyak kesabaran.

........................................................................................................................................................................

tadi aku dengar radio, dj tu cakap arab dengan caller. first time aku dengar radio dalam bahasa arab. mirically aku masih boleh tangkap apa perbualan mereka. walaupun tak lah 100% kira2 paham lah juga. my arabic is rusty already. tapi at least aku paham the caller tu orang sarawak belajar di nilam puri kelantan. dia belajar tarbiyah islamiyah dan bercita2 menjadi ustazah. dia nak sambung belajar di um tahun depan. caller juga buat shoutout, ucapan semoga berjaya kepada rakan2 nya dalam peperiksaan.

aku paham pun sebab yang cakap tu orang melayu. jadi pelatnya pelat melayu. cuba pak arab yang cakap konfem aku tak faham langsung =). pernah aja orang algeria or lebenon cakap arab dengan aku masa tunggu bas. terpaksa aku jawab dalam english. sebab nak cakap aku tak pandai nak susun ayat. pas tu dia tanya 'kau boleh baca bahasa arab kan?' aku jawab 'boleh, kan Al-Quran dalam bahasa arab'. cuma pemahaman tu minimum lah....

4 comments:

sumandak bayu said...

Salam sis,,

hampir sama lah keadaan kita aku lagi lah dah 2 hari demam mungkin badan dah semakin tua sampai antibody dalam badan dah tak kuat sangat kot....

Setiap bulan aku meti demam dan part di kepala lagi tu berdengut-dengut sampai aku tak larat nak pigi keja..... kena lagi bos kat tempat keja aku macam tak paham bahasa..... seolah-olah aku ni kaki tipu kalo bab sakit......

nak tension ape lah sangat kot ni dah kira periuk nasi.......jadi LAYAN ja LAH kerenah BOS ni nak buat ape... hehehe sekadar berkongsi ceta Sis

Jlascanteen said...

itu lah... macam2 pula kena minta. saya sudah marking paper semua. still ada saja yang nda lengkap.

ni ada lagi assignment tertangguh. macam2 sudah lah kelas belum siap2 lagi.

kalau ikut memang mau marah saja hari2 tiap2 masa.tapi mesti sabar sabar sabar. marah pun bukan kerja boleh siap

sumandak bayu said...

salam sis,

kita kena tanam moto ni... marah-marah pun keja tetap siap baru orang salut kat kita sis....jan la ko mara karang aku hiburkan dengan lagu sumandak tamparuli mau.....

Jlascanteen said...

boleh tiada hal tu...