MEH LAH KLIK...

Friday, November 21, 2008

jahat kah aku???

malam tadi aku dah taip penuh satu entry, about this and that. bila publish.... error lah pulak. tak apa lah.... tak pula aku memaki hamun lepas tu. insaf kejap kononnya.

serabut lah kepala ni. biasa lah minggu nak exam kan.... apa pun itu cuma exam (yang berharga beribu2 ringgit untuk dibayar). harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

sejak masuk ums ni aku jadi mcm careless dgn akademik. bukan macam tapi memang. contoh terbaik kes slip exam. dulu2 masa ukm, lagi 2 minggu nak exam, aku dah siap2 ambil. simpan elok2 semua tu. sekarang, exam isnin, baru tadi pukul 10 30 pagi aku ambil. tu pun kudos to my niece yang tertekan my number guna hp kakak. kalau nda nda bangun lah tadi. alamatnya... petang karang pukul 3 baru ambil. walaupun bila masuk exam tak ada nya pun orang nak check slip tu. sebab kami 3 orang saja, boleh ingat by first name saja pun. but it is compulsory kan.... ialah kot... care less

kelas yang lambat selesai juga memburukkan persiapan exam. cikgu2 ok saja pun. ada yang so-so. tapi sekarang ni nak ambil orang seperti datin menjadi contoh, kerja dengan gigih walaupun pangkat beliau pernah jadi pengarah dan sekarang, dekan. datin lunch pun dia siap pack awal. memang untung ums, jika semua staff ada kualiti kerja macam tu.
..........................................................................................................................................................................

tadi aku ambil cash kiriman my dad from my bro, untuk belanja makan minggu depan. mentang2 ada cash, aku tadi ajak my bro makan di 1borneo. burger besar gabak tu lah idaman, kononnya. tau2 dia malas nak berjalan ke 1b. aku pula takut nak parking sorang2 di sana. seram, sudah lah ada pekerja binaan selalu lalu lalang di parking tu. ikut hati karang, terpaksa aku bayar mahal guna valet. nak selamat kononnya. plus aku rasa tak terhabis aku burger harga 35+ tu sorang. nak melepaskan gian, tadi aku singgah lah McD. dekat saja dgn kf kan.... tadi around 11 am, still dlm mode serving breakfast. tapi aku tanya, aku nak set biasa, tak nak breakfast yang portion sikit2 tu.

akak kaunter pun suruh tunggu sekejap. aku pun merambu ramba tunggu disana. tak ramai orang. tapi stesen minyak tu boleh tahan banyak keretanya. masa menunggu tu, ada family, grandma, moms, 2 kids. mereka tengah membeli2 lah yang kids 2 orang tu aku assume budak sekolah rendah. aku dah tuduh2 2 budak tu ponteng sekolah, walhal cuti sekolah dah mula. hahaha jahat tak aku???.

tambahan pula tiba2 bunyi budak nangis. aku dalam hati mengata2 'angkat lah telefon tu'. tapi the mom sibuk buka purse dia (nak bayar makanan). tak angkat telefon juga. rupanya, yang nangis tu infant yang masih merah, mak tu gendong. huisy begitu aku tak ada peri kemanusiaan, aku ingat mak tu tengah gendong handbag. then bunyi budak nangis tu ringtone hp dia. jahat tak aku.... memang tak sensitif langsung. dah lah anggap baby dalam gendongan ibu tu handbag, tak cukup dengan tu siap kutuk (dalam hati) mak tu tak angkat hp. walaupun sebenarnya bukan bunyi ringtone, tapi bunyi infant sebenar.

kesian pula aku tengok kat the mom tu, ya lah her baby still very young. sebulan dua. macam tak abis pantang lagi aku rasa. then nak kena drive pg bawa the other kids plus her mom pergi makan pula. jumpa pula orang tak berperikemanusiaan macam aku. yang tak pasal2 tuduh anak2 dia ponteng sekolah dan sejenis handbag. tak cukup itu, tangisan bayi itu aku tuduh bunyi ringtone. sorry ya kak... saya lapar tadi, ingat nak makan burger saja. tak ada pula rasa kasihan belas bila lapar ni. common sense semua tinggal secoit saja tadi.

bila drama lebih kurang 7 minit tu tamat. aku pun order lah. tup2 aku kata nak set nombor sepoloh. burger baru 'Big n Tasty'. tak pasti lah baru ke tak, but first time aku makan. dalam gambar bukan main besar lagi. sekali aku buka saiznya cuma regular (bagi aku). still aku tak abis2 nak membanding dengan whopper burger king dan burger besar di restoren new york tu. kira2 saiz whopper jr. yang aku makan sbg snack tempoh hari.

balik2 aku makan. alhamdullilah kenyang. tak berapa jauh beza dengan kenyang makan burger kecik2 kat McD tu. sbb tu aku malas nak order quarter pounder, kerana still kecil aku rasa. tambahan pula aku lapar tahap hilang common sense tadi. aku rasa aku kenyang pun sebab aku tonggang coca cola yang manis bergula banyak ni. dan kentang. cuba minum air masak, huhu.. masak nasi lah aku jawabnya...
..........................................................................................................................................................................

nampak sangat kan.... aku betul2 nak hp baru, sampai bunyi tangisan seorang bayi yang sangat organik itu pun aku sangka bunyi ringtone yang menjengkelkan.

something need to be done, to fix me!!

No comments: