MEH LAH KLIK...

Thursday, November 13, 2008

hari khamis malam jumaat

hari berapa ya... oh hari selasa yang lepas kan aku beli hadiah untuk diri sendiri. dari beberapa minggu lepas aku benar2 nak pencil case baru. actually dah lama juga rancang2 nak beli. cuma lately dah betul2 decide nak beli. tadaaa... dah beli. sebab pencils & stationery aku terabur. aku memang ada pencil case. cuma tak boleh tampung. so aku beli 1 lagi. yang pencil case lama tu dah lama dah tym aku 2nd year lagi, dan mahal sikit. haha. kali ni aku beli yang murah2 design pun conservative jak. berwarna khaki (my favret kaler). ada gambar teddy bear dan berharga rm6.90. murah jak... tu pun lebih 15 minit rasanya aku cangkung pilih2. sebab nak yang termurah dan tersesuai dengan kehendak aku. aku nak yang besar sbb nak letak segala stapler, dawai kokot, klip kertas, liquid segala mcm. dan pencil case yang baru ni bukan nak bawa jalan2 cuma letak atas meja. boleh ja aku letak kole satu sbg bekas pensil. tapi aku nak pencil case lah juga. lebih praktikal kononnya. yang pencil case lama tu aku plan nak bawa gi exam yang bakal menjelang tak lama lagi.

aku ni kedekut juga sebenarnya... sampai punya lah lama aku banding2kan harga tu. ya lah nak jimat duit kan... tapi kalau korang tanya my siblings, itu lah jawapan mereka utk gambarkan attribute yg ku mliki. kedekut. ada 1 lagi barang aku beli hari selasa tu, iaitu magic board utk anak buah. magic board ni kan tulis tak payah guna ink, dan kalau padam, kena tarik saja satu benda mcm zip utk padam contengan itu. mainan budak2 ni sebenarnya. aku nak beli 2. 1 utk anak buah, 1 utk aku lah (hahahahahahahahahahahah). murah saja rm2. so oleh kerana ada jual 1 saja tym tu. aku beli lah utk anak buah dulu. hahaha.... nanti2 aku beli utk aku. yang lebih besar.

aku suka magic board ni, sebab bila kau rasa nak menconteng, tak payah guna kertas, jimat duit beli kertas, jimat ink, dan kurang lah pokok2 yang terkorban utk kertas. cuma benda ni lebih kpd toy dan tak sesuai kau nak buat utk salin nota kuliah.

..........................................................................................................................................................................

sebelum aku on kompite ni, aku baru baca pasal teori Motoo Kimura. dia dan kawan dia gariskan 5 prinsipal berkaitan teori itu. aku baca2 pergh..... sampai prinsipal ke 3, aku dah start bersilat. mengelamun saja lebih. baru aku tahu kewujudan teori ni. walaupun setelah aku google teori ni dikemukakan sekitar 1960 an atau 1970 an. ini non darwinian evolution ni. apa2 lah... tak berapa nak paham sangat. kalau dah dia siap tulis amino acid, histone, segala barang enzyme.... hemoglobin. aku molekular ni memang dari dahulu kala agak lambat nak paham.

esok kelas akan berkisar sekitar teori dan segala extended story lah kan... gene2, software, key in data. nak kira berapa jarak persaudaran manusia dgn chimpenzee(tp kat gambarajah dia tulis 'pan'....) berapa banyak persaudaraan gajah dengan ikan paus. cicak dengan moyang badak sumbu.

tadikan clumsy aku terserlah. entah lah kenapa aku gatal tangan nak pegang kotak simpanan cover slip kaca tu. tiba2 benda tu terlepas dari tangan. berterabur kau.... huhu... tak pecah. nasib baik cikgu tak marah. dah lah lab tu lab orang punya. jabatan beruk-ologi punya. pergh... aku tak sempat kemas. sebab kan aku sibuk nak perhati macam mana nak guna kompite mac tadi. tak kan lah aku nak kemas barang tym cikgu mengajar benda susah tu. lagipun sayang tak ambik perhatian kerana bayaran kelas ini mencecah rm250 sejam. mahal hokeh!. berbaloinya, ialah aku dapat tau teori si kimura, dan juga guna kompite mac.

kompite mac ni tak lah aku meleleh nak dapat. cuma ya lah software tu mahal gila ofkoz. aku rasa yg jabatan beruk-ologi punya software tu pun tak berapa latest. lesen software jabatan yang beli lah kot.... apa pun... nanti kan aku bercadang juga nak buat something yang membuatkan aku kerja dengan DNA, maka harus aku belajar psl software tu. aku ni tak suka molekular, lagi gatal nak buat dna kan.... nanti jatuh bangun sendiri, menangis kesat air mata sendiri, tertekan kaunseling diri sendiri lah jawabnya. sendiri yang gatal sendiri2 kan....

ironically, aku bayar mahal utk tahu teori yang aku susah nak paham... hahahaha... tak apa lah. dah minat evolusi. hentam saja, darwin tak darwin yg penting evolusi.
..........................................................................................................................................................................

nak dijadikan cerita, tadi aku pergi beli minyak. siap2 isi minyak. kereta tak boleh start. pergh cuak. nasib baik tak ramai orang. aku pergi pun bukan peaks hour kereta kawasan likas-inanam-sulaman ni habis minyak. so tak lah kena hon2. cuma ialah kereta tak boleh start. terparking lah aku beberapa ketika di pam no.7. aku dah pandang kiri kanan mana tau lah kan tiba2 ada stranger baik hati tanya apa masalah aku. damsel in distress gitu. tapi haram... sorang pun tak perasan betapa aku berpeluh2 nak hidupkan enjin. aku call abang. tapi dia tak angkat. tgn kiri pegang hp, tangan kanan sibuk try2 start.

ikut sejarah kereta tu pernah tak boleh start di stesen minyak yg sama. sampai terpaksa panggil budak kedai minyak tu tolong tolak. huhu... aku dah bercadang2 nak panggil orang kat sana tu. dalam cuak2 tu otak tengah ligat berfikir siapa aku nak call kalau betul2 tak boleh start ni. ya lah kan abang aku tak angkat telefon td. dan andai dia dpt rescue pun aku kena tunggu setengah jam. aku try2 alhamdulilah, dapat start. menggeletar aku seketika. sampai aku matikan radio. bila dah drive, abg aku call, tapi aku ignore. bukan kerana aku marah sebab aku tak boleh angkat telefon tym driving. biasak lah adik manja baru nak belajar driving kan....

alhamdullilah, dah sampai dengan selamat di rumah. terus aku cuci kain beberapa helai. ada lagi kat laundry basket tu.. hahahaha...

yg tadi aku tengah berfikir ligat nak call siapa tu bukan apa. nanti aku main call sembarang, nanti org kata 'apa lah yang aku boleh buat???, aku bukan boleh start kereta kau pun'. malas lah kan... nanti nampak bangang jak aku. sebab tu tadi aku teragak2 walaupun kecuakkan terserlah dengan gigilan tibia. nanti orang cakap 'kereta rosak call lah mekanik kereta yang kau call bukan mekanik apa hal'. paranoid nya aku. percayalah pengalaman mengajar aku supaya lebih berparanoid.

aku punya plan tadi aku nak tolak saja kereta tu ketepi (dengan bantuan orang ramai). then aku tumpang lah org yg aku call mintak rescue tu balik. kalau abang aku tadi konfem dia akan selamatkan aku dan keretanya sekali. aku huhu... selamatkan diri sendiri dulu. aku takut hazab gila nak keluar sorang malam2 ni. dah beberapa kali juga aku keluar malam isi minyak sorang2. takut2 pun aku pergi juga. siapa nak temankan aku???? blog aku?? blog ni cuma tpt mengarut, tolong teman tak boleh lah.... aku tak isi minyak siang sebab ramai orang lah.. dengan kereta yang berpotensi untuk di hon tu.. n kan tips kata baik isi waktu malam sebab minyak kan evaporate dgn cepat masa panas.

lagi satu kalau aku isi minyak siang, tangki bnyk minyak, tak pasal aku melarat ke mana2 entah...

so moralnya; take care your own arse, kepada people yang rolling their eyes tu pedulikan.... (aku nak mencarut ni tapi kejap lagi lah....).

p/s: korang perasan tak entry sebelum entry ni tak bertajuk. aku lupa letak tajuk rupanya. tak apa lah kan biarlah tak bertajuk.

No comments: