MEH LAH KLIK...

Monday, November 10, 2008

gaya naga naga kembar

ok kali ini tiada naga sebenarnya, yang cuma ada odonata, orthoptera, homoptera, blattodea, mantodea, hymenoptera, diptera, hemiptera, lepidoptera (kira jap cukup sepoloh tak?) ooo terlupa pula coleoptera. cukup kan 10... hah hambik.. sila2..

kan aku dah 4-5 entry mencarot2 pasal benda ni. ha ni dah hampir2 siap tinggal touch up, print, sign2 itu ini pulangkan barang2 semua. nak dijadikan cerita aku boleh pulak buat2 lupa nak bawa sweeping net balik sini. tak apa lah... silap2 haribulan jd hak milik pula barang tu.

huhu ikutkan sungguh2 memang senang berahak ja buat benda ni. oleh kerana aku openly reluctant nak buat, jadi lah susah mencarot2 sampai keluar cakar penunduk naga. sampai sakit telinga aku dengar aku mencarot.. hokeh.

kaka aku siap ejek aku apasalah kompol bangkai2 lipas bangkai2 lalat semua ni. assignmentlah.... apa kau ingat aku that nerd nak buat personal insect collection????. huhu lain kali. aku pun ada my own organism of interest, dan serangga bukan lah organisma itu.

aku ada juga kawan2 study serangga, kalau people yang study serangga ni aku kasik assignment tumbuhan ubatan siap dengan voucher specimen yang ber-id. mencarot juga mereka ni. konfem.

dalam carot2 tu aku berjaya collect dan identify family serangga suruk2 atau sesorok atau mole cricket. atau family Gryllotalpidae (fuh susah gila nak spelling). mula2 aku dah siap sedia dah nak misidentified binatang ni sebagai gegat. hahahaha ikut suka hati perot aja aku nak bagi nama. sesorok ni belong to orthoptera atau kumpulan cicada atau riang2 atau ngiang2. dan juga seekor cengkerik. ini lah tangkapan yang lain sikit. serangga lain2 cukup common. tak payah ambil entomology pun tahu itu serangga.

aku juga rasa kembang gula sikit tadi sebab my ma tanya pasal serangga. my ma kindy teacher, dia ada ajar mengenal serangga dengan anak2 5-6 years old. so aku bagi explanation atau teknik mengenal serangga termudah. ada 6 kaki itu serangga. selain 6 kaki bukan serangga. ini apply untuk normal condition, diform2 cedera2 mutate2 semua tak main ok.

happy juga aku, at least ada kegunaan juga aku kompol2 serangga ni. i told my ma then she will tell her pupils. kan mengalir informasi macam tu. aku suka aku suka =) senyum saja aku tulis part ni. sekarang even the most innocent 5 years old pun boleh belajar apa itu serangga. ada 6 kaki. jumpa labah2 dia tau itu bukan serangga sebab ada 8 kaki. ketam pun bukan serangga sebab ada 10 kaki. dan serangga itu bukan burung walaupun ada sayap. sebab burung ada 2 kaki dan serangga ada 6 kaki. ceh... ni nanti melarat cerita pasal cladistic pulak....

aku masih lagi dalam mood nak ngutuk orang yang perasan dirinya ala2 girly girlish... buat2 comel ni. aku memang malas nak mencarot semua. tapi, entah lah satu kelegaan mungkin?? tau tak elok tapi buat juga.

ok berbalik kepada kisah kutuk girly girlish ni. aku ni tengok setakat orang tengok blog pun orang tahu tak ada setitik gen girly aku ada. mungkin ada lah genotype tapi phenotype tak diekspreskan. so genotype tu aku tak tau menahu. yang aku tahu phenotype konfem tak ada.

girlish atau girly atau ayu atau lembik (hahaha) ni memang lah nampak comel, tapi kalau genuine punya girlish memang nampak comel. nampak ayu molek sungguh. memang berkenan. tapi yang aku nak kutuk highlight sini ialah girlish yang artificial punya.

mesti reader tau kan mcm mana, tak tau?? meh aku kasik contoh. kalau in public, nak nak depan lelaki, girlish yg artificial ni punya lah graceful mak aih.... tapi kalau depan member2 perempuan sama carot ja pun.
itu cth pertama. cth ke 2 ialah, ialah dia ni konon2 serasi gila dgn lelaki, apa lelaki tu cerita dia boley follow.kira2 good listener yg memahami lelaki. and semua lelaki dia claim boleh mengadu nasib kat dia. at the same time kononnya dia still maintain dia punya girlish (artificial) tu. so bola2 semua dia tak layan. videogame2 semua dia tak layan. tak nak ambik tau. sebab kalau nak ambik tau nanti hilang girlish. pas tu kalau posing for photo pandai buat2 girlish, atau woman-ly pose. walaupun pose gambar tu poser semata2. poser poser.

nak angkat bakul kata muka sendiri comel, kata lah terang2 tak yah nak berkias2 minta orang lain kata dulu. ikut stail aku, sama naik saja. go with the flow. kasi kembang2 kasi gumuk2. diri tu tak lah girly girlish mana pun.... biasa2 aja. tak payah lah try too hard.

nak flashy2 pakai pink semua barang tak menjamin pertambahan kegirlishan engkau. ya some man may look less masculine in pink. (kecuali lah kau jude law, pakai lah seluar dalam pink pun berebut perempuan nak, tak terkurang langsung masculinity jude law dgn spender pink. ya kah????). but pink wont make some girls be more feminine. aku dulu beriya2 tak suka pink. but over the years, aku nak warna warnikan almari aku, so aku pun start beli pakaian pink sikit2. ada juga yang diberi. tak lah banyak, kalau banyak dominan lah kaler pink so tak warna warni lah almari aku. cuma nak memeriah kan warna baju2. asyik pakai coklet bosan juga.

pink is just a colour. so tak payah nak berhormon kata pink is not just a colour, but an attitude. wohooo... nak pakai pink dari tudung ke kain dalam pun tak kan menyebabkan sesorang tu nampak lebih kewanitaan. kan aku cakap pink tu just a colour. ada sesiapa nak bantah???? how to measure kewanitaan???? ikut lah measurement korang, dari imanya atau dari percakapannya apa2 lah. asalkan jangan menilai semata2 seseorang tu pakai pink from head to toe then she is more feminine than others. (pergh... tercungap2 aku nak taip english)

aku juga tak setuju jika seseorang tu di label ayu, girlish kerana dia sgt clingy dengan boifrennya. (yo lah aku single, so this could be bias). bf itu bf ini... segala2 macam dunia ni berputar kerana dia dah declare dengan bfnya. hello awak tak nikah lagi kan???. malas lah nak tulis lebih2 nanti orang kata aku dengki dan berhormon pula.

next up siapa lagi aku nak bash ya??????

oh ya lelaki pulak, if you are old enough to start you own family, means you are old enough to feed yourself. tak payah lah bergantung harap dengan wife nak buat semua kerja memasak, mencuci mengemas hatta cedok nasi dalam pinggan pun tunggu bini. she is your wife not chore-whore ok!!. lagipun zaman materialistik sekarang ni mana lah wife merasa duit husband sangat. wife pun bekerja cari duit. so apa hal pulak lelaki still nak overlording wife. aku tak nafikan kedudukan suami lebih tinggi. tapi tak lah sampai boleh overlord perempuan yang juga bini sendiri. memang lah still suami yang tanggung banyak barang. tapi aku rasa wife zaman skrg pun tanggung sama juga. cover mengcover ni aku rasa biasa.

lelaki tak boleh nak overlord perempuan, walaupun husband and wife. sama2 lah bab house chore. aku memang feminis pasal benda2 macam ni. entah lah kenapa aku sangat menongkah arus. sedangkan environment di kampung halaman aku dipenuhi dengan lelaki2 yang feel less secure with their man attribute. sampai nak overlord perempuan tunjuk diri mereka tu boss. nak aku tulis bos gaurus??? aku dah tulis dah.

simple; lelaki jangan nak menindas. perempuan mesti bekerja supaya tak bergantung harap sangat dengan lelaki. nanti lagi perempuan bergantung harap dengan lelaki lagi senang lelaki nak overlord. sebab perempuan ada major liability iaitu: tiada income atau DUIT.

tengok aku dah terekspress berhormon aku punya feminis character; kat lelaki aku pesan sekerat saja, kat perempuan aku nasihat banyak kerat.

next time lah bash2 lagi. nanti bashing orang lagi nak keluarkan betul cakar penunduk naga jurus gaya naga naga kembar

No comments: