MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 19, 2008

fashion commentary

ada satu ketika tak lama dahulu aku suka sangat dengan polo tee. bukan smestinya berjenema polo. tapi jenis tee polo. biasanya aku beli yang murah2. aku ada beberapa warna dalam simpanan, baby blue, baby pink, stripped melon, dan mocha. suka yang amat sangat. sampai aku rasa tiap2 malam aku pakai. kenapa tiap2 malam bukan tiap2 hari2. sebab biasanya siang masa aku tinggal asrama aku akan pakai baju tee lengan panjang, senang nak keluar tak payah tukar. malam, baju polo tu boleh cover dengan pakai sweater. boleh saja aku pakai sweater utk cover lengan waktu siang, tapi aku tak selesa nak pakai baju 2-3 lapis masa matahari bersinar2.

sekarang ni dah tak berapa pakai. still pakai. cuma aku selalu pakai t shirt biasa. ada orang kata, t-shirt dan jeans ialah staple in modern wardrobe. pak arab, orang putih, orang tak putih, orang kaya, orang tak kaya, semua pun ada t shirt. jeans tak pasti pula. sebab aku rasa ramai perempuan yang tak pakai jeans. ya... dulu ada beberapa orang yang aku kenal kata mereka tidak ada seluar jeans. aku pun cuma ada sepasang seluar jeans yang berfungsi. itu pun pakai 3-4 bulan sekali. jarang lah. aku tak berapa selesa pakai jeans sebab aku rasa ketat semacam. walaupun jeans yang aku ada tu ukuran waistnya lebih 2-3 inci dari ukuran sebenar *erk... apa motif aku nak reveal ukuran waist. apa pun.... still aku tak berapa pakai jeans.

seluar aku suka, cotton slack, atau cargo, atau khaki. aku sangat suka khaki. dan colour earthtones. tak kisah lah orang kata colour earthtones outdated. aku tak larang. aku pun dah kata merah jambu itu lapuk. walaupun ramai kata pink is the new black. tak kisah lah... masing2 ada citarasa. aku bukan anti pink. ada saja aku barangan pink. contoh terdekat ialah sikat rambut yang berada di sebelah kiri ku sekarang. aku bukan fashion freak. atau pink freak. jauh sekali aku nak mengaku sebagai hygiene freak. orang perasan bersih saja mengaku hygiene freak ni.....
ni pula gambar design atau simbol mi scusi. kira ni design rock, metal apa ntah. aku suka coldplay, so tak lah sangat akau minat tengkorak2 ni. lagipun dah trauma tengok segala jenis bangkai katak, sembelih tikus, siat bangkai burung semua ni.
ni kawan aku. dia ni suka pakai baju polo. macam2 warna dia ada. yang ni colour hijau. jenama seed rasanya...


tengok, ni colour cranberry pulak. dia ada beberpa lagi, yang warna hitam, warna putih kolar merah, warna biru. pendek kata berwarna warni lah koleksi polo tee beliau. tu belum masuk t sihirt round neck. tak ingat pulak jika aku pernah nampak dia pakai v neck. oh dia pernah pakai turtle neck sekali. sekali tu saja aku nampak lah... selain... t shirt2 biasa saja lah rasanya.

aku juga setuju material fabrik yang dia prefer. ala yang cotton tapi dia mcm lubang2 halus tu... cuba korang imagine sendiri. baju ni sesuai lah ketika cuaca panas, banding kain cotton biasa. bagi aku lah. lebih ventilated, disamping, cepat kering bila di jemur.

No comments: