MEH LAH KLIK...

Tuesday, November 25, 2008

esok exam aku tertidur baca nota nota

kalau dah esok exam jadi apa jadah lah aku mengupdate blog??? senang saja, aku sayang my mr. b. apa2 pun esok ada satu paper lagi. the half portion untuk penilaian semester ini. dan aku rasa tak best.....

mungkin kah perlu meningkatkan unsur ibadah dalam diri? aku cuba. ya....

oh ya... mungkin minggu ini aku berhujung minggu lebih awal. hari khamis aku nak buat pasport. emm... gambar belum ada lagi. dulu aku ada gambar tapi dah lupa aku letak dimana... mungkin di rumah. so esok atau lusa aku kena setel gambar2 pasport ni. supaya urusan buat pasport pada hari khamis berjalan lancar.

ada ketenangan lebih jika bersama keluarga. berbanding tinggal sorang2 di kawasan suburbia yang terkenal ini... yang mewah tu jiran2 aku bukan aku.... oh.... aku asyik terfikir2 relevan kah aku membeli dslr yang memerlukan up to 3 ribu ringgit malaysia tu???? atau aku patut beli jongkong emas saja untuk perlaburan yang lebih bijak.

update kesedihan terkini. seperti yang ku jangka earphone mp3 ku memang tak tahan lama. maka aku perlukan yang baru??? ada sesiapa nak sponsor.

doakan kecemerlangan pada hari esok. dan yang paling penting ketenangan jiwa, or..... ya aku perlukan kecemerlangan itu. buat masa sekarang kecemerlangan itu sedikit sebanyak membantu memberikan sedikit ketenangan.....

some eye candy for fan of good looking man in fashion (if any);
the new mr bond??? aussie, Hugh Jackman, in classic black tuxedo and bow tie.

ther real mr. bond. no suit just sweater???? still look good.... oh no still look smokin hot.
apasal pakai sweater ni bond? suit kau dah abis terkoyak masa berlakon aksi ke??

senang cakap, straight foward nak pakai baju macam ni kalau nak nampak cantik, first n foremost body kena cantik, muka kena lawa, ya agak kejam dunia fasyen kan??? tapi lantak lah siapa nak pakai2 duit masing2 badan masing2 citarasa masing2. kedua2 lelaki diatas dimasukkan dalam senarai 40 sexiest man alive... lantak lah.. tapi baju si daniel tu aku suka... classy classic blue shirt.. sesuai dipakai pada hari isnin atau selasa.

pix above are not mine. randomly downloaded from other website.

No comments: