MEH LAH KLIK...

Saturday, November 22, 2008

chicken run

macam biasalah aku baca 30 minit tidur sejam surf internet 5 jam. sangat lah tak produktif . tadi aku makan kangkung tumis sendiri, dan mcm biasa, haiwan paling popular untuk di makan, ayam goreng. sejak beberapa hari, baru hari ini aku makan sayur. sejak beberapa tahun, baru hari ini aku masak sayur sendiri. biasanya aku makan sayur jika balik ke rumah sahaja. my ma memang masak sayur simple, tumis sahaja. which is for me terbaik untuk memasak sayur. aku mmg tak berapa makan sup sayur, atau sayur berkuah2. kecuali masak lemak. kerana aku mmg suka makanan bersantan.

biasanya aku makan nasi dengan ayam goreng. atau dengan sardin straight from the can, atau segala mak nenek frozen processed food goreng. tadi entah apa hal aku rasa aku perlu makan sedikit sayur untuk seimbangkan daging dan ayam yang aku makan dengan banyaknya itu. boleh dikatakan aku memakan hampir sekilogram daging ayam seminggu. aku cuba minimize kan intake processed food, hotdog, nugget, burger patty. aku nak makan real chicken, real daging, segala real..... tak mau 30% ciken, 40% tepung, 5% garam, 5% pengawet, 5% pewarna 5% air, 10%lain-lain perencah msg, selulosa, bread crumb, soya bean lah apa lah...

aku memasak sebab nak berjimat duit. ya , itu tujuan utama selain dari di kawasan kf ni memang tiada lagi kedai yang aku berkenan nak makan. malas pula nak ke riverside yg sebelah kf. atau 'kf atas'. sebab aku jarang berlegar disana... mamak di kf ni, sejak peristiwa mee mamak salah masak tu... aku malas nak gi situ. tanda protes kpd mamak yang masak mee goreng ayam walaupun aku minta mee goreng kosong. aku tak suka mee goreng ayam mamak yg bagi aku beperasa pelik.

walaupun hidangan tadi cuma kangkung tumis tawar dengan ayam goreng hangus diluar dan not to0 dry di dalam, secawan beras lah juga aku belasah makan tadi. lepas makan mencuci2 mengemas2, laundry service. 1 perkara aku tak suka masak ni ialah mengemas selepas memasak. hahahaha.....

idup sekarang ni bosan. aku call kakak aku 3-4 kali hari ni. semata2 nak cakap dan report kegiatan terkini ku, dan nak tahu kegiatan terkini mereka di kampung. walaupun kegiatan terkini ku cuma, masak, makan, baca, internet, cuci kain. dan kadang2 ke supermarket. my kakak, tengah sibuk2 berulit dengan our niece yang banyak ragam tu. banyak tonton tv tu, tak pun belajar alphabet, walaupun our niece baru 1tahun 5+bulan.

semua orang busy sekarang. mana nak submit proposal, mana nak exam, mana nak pindah rumah. ya kami harus pindah rumah. tapi aku nak tangguhkan tunggu sehingga kerja2 pemulihan kerosakkan rumah selesai. takut lah ada pekerja binaan lalu lalang di halaman rumah ku...

tadi waktu aku berwindow shopping, walaupun tujuan cuma nak beli washing liquid pinggan. tapi aku merambu ramba juga ke sektion lain, aku pun simbat, beli pensil kayu 2b jenama giant. murah beb 6 batang 50 sen. sedozen rm1. sahaja... berwarna kuning. aku ambil pack setengah dozen. ok juga sudah aku pakai, aku mmg suka beli2 pensil kayu. aku kalau duduk perhati pensil2 kayu yg di jual di kedai2. macam orang tak ada pensil nak menulis. tak pun macam budak baru nak ada stationery sendiri. padahal banyak lagi pensil2 aku mcm jenis jenama ada. yang hotel2 punya pun aku rembat. mekanikal pensil pun ada, cuma aku dah tak berapa guna. tak feeling katanya.... feeling apa pula ni???? suka hati aku lah...

aku punya aim ialah nak beli sharpner pensil yang letak dimeja besar gabak tu. aku suka benda tu. berharga kurang rm30. ya agak mahal untuk sesuatu barang yang fungsinya hanya untuk menajamkan pensil.

tadi juga aku beli gel mandian, tym2 aku nak berjimat cermat ni, shampoo, sabun, segala ubat gigi pun hampir habis semuanya. esok kelorga ku nak datang melawat katanya. so ada chance aku kopek duit sesiapa beli shampoo dan ubat gigi . ada aja duit aku lagi. tapi nak berjimat kan.....

aku ni minggu2 balik kg. cuma minggu ni saja tak, kerana isnin selasa aku exam. so penat juga tu. tapi aku dah merengek2 minta simpati suruh kakak aku datang sini. lawat aku kasi moral support. bawak aku makan best2. plus aku perlukan connection dengan insan. kerana sangat lah sunyi sekarang ni. yang ada peneman setia ialah kompite dan internet yang slow nak mampos ni. nasib baik aku belajar dekat dengan rumah tangga. so nak mengadu domba, nak merengek nak nak balik kampung, senang sikit. mungkin tu pasal lah aku belum ada rezeki nak masuk kolej ratu mary atau isketambola college. kalau aku tinggal situ sambil memikir2 tajuk research aku, kesat air mata sorang2, tak ubah macam kasim rindukan sabariyah rasanya. dah lah nak bercakap inggeris tersekat2 ditambah lagi dengan air mata bercucuran. nak telefon mahal, nak balik tiket mahal, tak terbayang lah aku....

semalam2 aku ada surf2 pasal pakar lumut di britain, jumpa seorang yang berkhidmat di kolej ratu mary. tapi dia ni lebih kepada evolutionary biologist dan bidang developmental. sesuai lah kan aku suka evolusi juga. tapi... bila baca tajuk paper yang dia karang, aku dah terpikir2 tajuk apa aku nak buat dengan dia. (berangan... yang sekarang ni pun tak siap hujung pangkal lagi!!!!). evolutionary biology, kang dia suruh aku cari evolusi lumut zaman jurasik ke zaman devonian... (atau vice versa atau mana2 zaman yang lebih dulu) entah2 apa... tak pun perbandingan perkembangan placenta dalam 3 genus lumut. erk.... muntah beb.... ni pun planning 3-4 tahun lagi ni. bukan tahun depan ya... yuran kolej ratu mary aku tak check tapi yuran untuk isketambola ialah 15000++ pound sterling/year sahaja (untuk sekarang lah 3-4 tahun lagi tak tahu). kecuali tiba2 aku ni jadi orang dari EU dapat kurang lah jadi 3000-4000 pound setahun.

aku kalau nak belajar pun taksonomi juga... buat revision taksonomi atau jauh sikit pun aku buat sistematik. masalah utama ialah, 1) kemampuan aku 2) duit 3)emosi dan perasaan. tak apa lah ini cerita 3-4 tahun lagi... so biarkan...
.........................................................................................................................................................................

galeri cuci mata di bawah.

i like men's formal apparel. pictures below are downloaded from other website. wedding jacket and brown wedding suit. oh yeah the collar called 'wing collar', my favourite. brown suit huh.... oh i loike!

sesiapa nak kawin dan memakai pakian bertema english wedding atau western, boleh lah tengok2 gambar dibawah untuk dapatkan idea. roughly, harga baju2 dibawah ni dalam lingkungan dibawah 400 pound sterling atau duit malaysia dia jadi beribu2 ringgit. tak mampu nak beli yang ni, tapi nak jugakkk, so jalan terbaik ialah korang pergi local tailor, dan potong ikut badan sendiri. fasyen boleh lah ikut2 yang macam dalam gambar ni. aku rasa kalau kau beli baju ni di on9 kau kena bayar dalam rm4000. tapi buat kat local tailor, kau belanja dalam dibawah rm2000 pun dah boleh dapat suit yang menawan, bersama dress shirt, lagi rm10-20 kau beli neck tie. kat daiso necktie rm5 sahaja... ok juga. if you are old enough to get married, you are old enough to have your own suit.



wedding jacket+dress shirt with wing collar+ necktie


brown wedding suit. with vest.

photos are taken from: http://www.clothing-for-men.com/page1.htm

3 comments:

Nama saya M said...

aku rasa kita boley bergabung tenaga menjadi wedding planner berjaya la. wah gitewww!! :D

sumandak bayu said...

Salam Sis

Lama tak masuk bloh ko.... aku outstation masuk kawasan kampung jadi bz gila btoi...
ape pun aku nak kongsi ceta kat Sis; adakah Sis setuju bila mana tahap keikhlasan kita berkawan dipertikaikan....

Sesuai atau tidak....

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Sumandak jemput Bro ikut serta Team Bloggers Pembela Negara banyak benda kita boleh ceta demi bangsa, agama dan negara