MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 12, 2008

aku memang sibuk

aku sibuk . segala macam jenis sibuk. yang terpenting ialah aku penyibuk.


carefree kids in Pensiangan, Sabah.


gambar atas ni, di ambil oleh tikamlidah. kamera dslr katanya. dengan lens 45mm nah.. kan cantik gambar tu. aku suka lah gambar jenis mcm ni. yang tiada pose buat simbol peace dengn jari telunjuk dan jari tengah.

kali ni aku nak menaip pasal musik. korang pernah dengar lagu 'Mantera beradu'. aku suka lagu ni. lunak suara M.Nasir. yang rapnya tu biasa2 saja. apa pun rap malaysia. ha... di malaysia ni kau tak boleh buat genre gangsta rap. sebab memang buruk dan tak sesuai. 50 cent boleh lah. korang perasan jd 50 cent??? dalam malaysia nama tu dah jadi RM 1.90 (dengan kadar dollar 3.8 untuk rm 1).

1 benda saja aku tak berapa suka lagu ni. sebab kalau tak silap pendengaran aku dia ada sebut 'kl kl kosa nostra'. kosa nostra atau cosa nostra.... apa kaitan KL dengan kosta nostra??? sicily, new york boleh lah kan.... KL??? ya lah kreativiti masing2 nak tulis lirik kan. seni katanya. tapi cosa nostra???

entah mengapa? (mungkin sebab aku penyibuk) aku memang sensitif sikit andai ada melibatkan cosa nostra ni. bukan sebab aku ni berketurunan sicily, atau bersaudara mara dengan al pacino. cuma pada masa aku menganggur kaw2 tak berapa lama dulu (sekarang menganggur saja kaww2 dah buang). aku sering menyibuk pasal cosa nostra. segala2 pasal cosa nostra. buku aku baca pasal mereka, tengok rancangan tv di nationalgeo, history chn, semua yang ada kaitan dengan cosa nostra. termasuk lah filem2 berkaitan. tak payah aku tulis kamu memang tau kan filem2 tu.... even pembunuhan kennedy (john and bobby) pun sampai aku terfikir teori (mungkin org lain pun ada terpikir dengan teori ni) kaitannya dengan cosa nostra.

kl atau kuala lumpur tiada kaitan whatsoever dengan cosa nostra. somehow aku hormat pasal benda ni sebab aku rasa ni adalah salah satu sejarah sicily. ada ritualnya tersendiri. yg berkaitan dengan katolikism. mungkin lirik tu di tulis sebagai rhyme saja. atau apa2 lah. tapi kan perkataan melayu banyak yg hujungnya -a. banyak2 perkataan cosa nostra yang terpilih.

agak2 apa yang nak dikaitakan dengan cosa nostra??? apa hal nya??? jika napoleonese pun tak kaitkan diri mereka dengan cosa nostra ini kan pula orang malaysia. napoleonese tu lagi terang2 org itali. hanya certain sicilian saja yang boleh guna cosa nostra ni. dan ofkoz their descendant kat merata2 dunia. especially new york lah.


tau lagu 'Cantik' altimet nyanyi. yang lagu ni aku suka juga. another lagu faizal tahir, 'cuba' lebih kurang lah tajuknya. lagu nyanyian aizat pun ok.

..........................................................................................................................................................................

korang tau sun yat sen?? ramai yang tahu ni... chiang kei seik?? dia punya general?? ha general ni dia sandwiched between sun and mao. general chaing pernah jd leader di china juga. tapi biasak lah kan time masih baru2 lagi republik tu. so bnyk lah hiccup here n there.

dulu aku ada tertengok wayang cina. aku tak tengok sampai abis. aku rasa aku tengok iklan saja pun... tapi dari iklan wayang cina yang di tayang di tv 3 tu lah aku tau bahawa general chiang dan dr. sun tu berbiras. mereka kawin dengan soongs sister. ada lagi sorang ipar mereka tak seglemer mereka. tapi ahli politik juga. yg ipar sorang ni kawin dengan kakak sulung, sun kawin dengan kakak tengah. chiang pulak kawin dengan adik bongsu.

aku selalu cuba2 relate kisah soong sisters dengan kennedys women. kira2 sun dan chiang bukan saja seperjuangan tapi juga berkeluarga. banyak lah lagi kisah struggle mereka ni. termasuk lah kisah struggle isteri2 mereka. ni lah reform. dari monarchy ke republik. yang reform2 orang asyik sebut di malaysia ni aku tak minat sangat. cakap lebih....



ni gambar kawan aku yang aku cilok dr fs beliau. dengan P.I.C ya... kawan aku yang perempuan pakai topi pink tu. dulu dia pergi china. time tu aku rasa masa 1st yr di ukm. bila balik dia bawakan cenderamata. siap dia pos kan lagi dengan beberapa gambar. cenderamata tu ialah bookmark. bookmark lain punya, special, bukan mcm bookmark biasa. sekeping besi. cantik, ada ukiran pasal dr.sun. aku tak tau lah baca sebab tulis cina aku tak boleh baca. mengikut kawan aku, dia beli ni di kawasan memorial dr. sun. dia siap kirim nota sekali 'kau mesti tau siapa sun yat sen ni'..... hahahahahaha tak ramai yang non-family beri hadiah utk aku yang thoughtfull mcm ni. book mark simple tapi dia tau lah apa maknanya andai aku dapat bookmark yang di beli di memorial political and revolution figure ni. thanks ning!

3 comments:

ning5044 said...

one thing... aku suka gambar budak2 tu. i mean.. quality gambar tu.. clear hbs!!! costa nostra?? apa tu?? hum... betul2 aku nda faham...

2.. ko mmg sentimental la... blh2 ko ingat pasal bookmark & nama sun yat sen tu.. aku sendiri pun sudah lupa.. sama betul ko dgn wan! hahaha! anyway.. thanks for appreciating... ;)

Jlascanteen said...

kamera mahal beb... tp pinjam punya lah.

hahaha... mesti lah!

TEAM B.I.O.N.I.C said...

olympus e500 dslr lens pakai 45mm flash standard punya... dan yg paling penting kamera pinjam