MEH LAH KLIK...

Wednesday, November 26, 2008

breasted apa nya pulakk........


single breasted tux+wing collar dress shirt+bow tie
double breasted tux+normal collar dress shirt+bowtie
double breased suit

single breasted suit

i prefer single breasted

p/s: photos are randomly downloaded

klise ialah perkataan lapok untuk digunakan

salam hai...

ceh bagus pulak aku bagi gretting. cerita hari ini ialah, tadi aku bangun lambat. mandi, sterika tudung, siap2 zuppp.. aku pg kedai gambar. nak bergambar sebab nak buat pasport esok. ini ialah kali ke 2 aku ambil gambar pasport dalam tempoh kurang 6 bulan. kenapa... sebab sekarang ni dah tak bagi negatif filem, so tak boleh cuci begitu sahaja.... lepas tu pula... dia tak bagi softcopy. haram jadah juga nak buat bisnes kan....

pukul 4 karang aku nak zupp pergi ambil gambar. ingat malam ni nak balik putatan. or not.... tengok lah macam mana. sebab kan.... senang saja rule by 1 word, internet. rumah putatan tiada internet. rumah kampung ada. so.... thats why i am a bit reluctant nak balikk putatan. tapi putatan ada astro boleh lah layan hbo. entah2 ada tayang planet of the apes lagi di astro kan..... aku suka bangat lah dengan planets of the apes sampaikan aku jawab exam contohnya ialah berdasarkan planets of the apes. versi mark whalberg

sebut pasal filem ni. aku tak pernah tengok yang versi original. setahu aku ending versi lama tu. hero tu terjumpa kepala patung liberty. so kat sana dia tahu bahawa dia tercampak ke masa depan. yang si marky mark pula endingnya dia jumpa statue jenaral thade the chimp... yang dianggap sebagai hero... pun tandanya dia tercampak ke masa depan yang depan lagi.

semester dah tamat, aku malas nak bicara pasal evolution. so anggap saja ini aku bicara pasal filem semata2 bukan evolusi. personally aku lebih suka ending yang ada kepala lady liberty tu banding patung jeneral thade.... CaLiMa= Caution Live aniMal. hahahahha

disclaimer: i am not nerd. aku saja suka dengan this particular movie sahaja. star wars, star trek, battle of glacatica. the enterprise aku tak suka langsung. walaupun aku tahu green blood is vulcan. tapi tak ada maknanya......
.........................................................................................................................................................................

mari mengutuk.... saja jak kan ... (tambah dosa lah ni)

kenapa try too hard to be the lady woman. atau ladies like. relax lah babe... tak payah lah flash2 kau... nak naik pelamin teramat sangat. kau suka resipi memasak. and simbol keperempuanan terlapok... iaitu meminati warna pink. so relax.... perempuan is perempuan asasnya sama, iaitu kromosom sexnya XX. then again, i must stress... warna merah jambu ialah terlalu klise untuk wanita.
..........................................................................................................................................................................

emmm..... i am not trying to provoke anything, but i still think that issue regarding fatwa on yoga is strictly for muslim. so others should not rise any issue try to question here and there. because this is muslim's affair, other should not interfere. it is your right to practice your religion. but it is also our (muslim) own right to practice our religion.

fatwa on yoga is nothing to do with non muslim. so why you are provoking that the council has no sensitivity toward other's religion????. the council has every right and responsibility to give the fatwa. it is you that have no toleration and sensitivity toward muslim.it is you that try to interfere muslims's affair. it is you that offended the council and muslims. stop provoking anything and stop being stupid. back off!!!!!!

as for my fellow muslimin and muslimat, it is our responsibility to protect our faith and religion.

real girl eats meat

a lot of meat. tadi tercapai lah idaman nak makan burger besar di new york new york restoren. besar memang besar sebiji tu portion makan 4 orang. tapi tadi kami bertiga saja. so aku makan for 2 lah tadi. hahaha.... dan kenyang hingga lewat petang. aku tak makan malam. sebab tadi masih kenyang. cuma masalahnya sekarang dah hampir pukul 1 pagi. aku lapar lah pulak. dah agak dah kes ni.... em... nak makan roti canai lah pulak... tak pa lah esok2 kita cari makan.

aku tak berapa lelap semalam. aku rasa berapa minit aja aku tidur malam tadi. masa aku nak solat subuh. memang lapar. aku teguk plain water. nasib baik tak gastrik. bila bangun (lepas subuh tidur balik lah ni) untuk nak pg exam, aku minum sedikit choco nestum. ok sikit, then setengah jam aku jawab soalan dah datang balik kelaparan aku. wei.... serius lapar. so jawab sampai pukul 12. balik... aku pg check line internet kejap. sebab mereka kata line tak elok. time aku check elok molek saja pun. aku sembahyang zohor. elok2 aku beri salam abang aku call, ajak makan. zuppp zappp.... tu pasal aku boleh belasah makanan untuk 2 orang tadi. laparnya sejak malam. setakat burger tu... huhu... tapi yang roti burger tu aku ada tinggal sikit tak makan. sebab tak larat.

lepas ritual melahap burger besar berdaging tebal beroti tebal kami ke putatan. ke putatan sebab ada beberapa hal nak diselesaikan disana. otw aku tidur. tidur yang siap enak2 begitu. paham2 lah kan last nite aku songsang2 mana 180 darjah pun tak boleh tidur. actually boleh saja aku tak ikut ke putatan memandangkan aku agak meyampah nak mengadap kompite dalam bilik manjang. aku pun ikut saja lah ke putatan. putatan pun putatan lah..... janji jalan2. dah siap. nak patah balik likas. aku pun sambung balik enak2 empuk2 gitu tidur didalam hujan dan jam... kalau aku jadi driver tadi mesti aku geram sebab penumpang enak2 tidur. tapi aku tahu my bro paham yang aku baru saja tidur dalam kereta tu untuk tempoh sehari.

balik lepas sembahyang asar (yg dibuat dihujung waktu). aku tidur balik (tak elok tidur tym tu setan banyak). nasib baik tak terbabas sembayang maghrib. aku bangun around 6.40ptg aku maghrib. then aku on kompite. terus mata segar semula....

pukul 9 mlm baru mandi, sebab aku layan internet sejak lepas maghrib. then sembahyang isya'. lepas tu buat kerja2 produktif, menyental bilik mandi dan jamban dan sinki. tak lah sental sampai ke tulang. light2 aja. tak suka lah bersepah2. selain tu upacara laundry service. ada lagi laundry aku tu. aku buat berperingkat2. tak larat lah beb... abis semua tu... sambung balik ler... internet nya.sambil layan calciyum fernleaf berperisa vanilla. aku minum jus oren juga nak balance kan meat intake hari ini. entry blog malam ni aja dah 4 termasuk yang korang tengah baca ni... hehehehehe.... begitu lah betapa aku sayang mr.B ku...

oh pasal burger berdaging tebal tu. daging memang chunky. memang real cow. rasa sangat daging. cuma less flavour. aku orang asian ya. tinggal di kawasan kepulauan rempah. so pendek kata daging tu rasa daging2. tak ada flavour seperti dalam rendang, masak kicap, masak sup, gulai pagong kampung pimping. absolute meat. cuma bubuh sehelai lettuce dan letak sos tomato atau cili. sedikit perasa bawang putih dan cheese. itu saja. kunyit2 halia2 bunga lawang cengkih kulit kayu manis rempah2 3 rasa, cili giling tak ada. chesse dia sedap tapi dia letak selapisan sahaja. (tamaknya aku....)

nama restoren pun new york new york, so kalau nak makan daging berperisa rempah ratus dari kepulauan rempah sila pergi kenduri kawin atau kedai mamak. secara otomatiknya burger itu tak dikelaskan dalam 'hidangan untuk tamu tamu di jannah'. dia menang kat portion yang besar dan absolute meat tu saja, dari segi flavour, sedap lagi bergedil sebesar penumbuk..... aku rasa lah...

aku suka lime lemonade berkarbonat yang aku minum tadi. tajam saja rasanya bila masuk mulut. seram juga aku sebab aku teguk minuman tu masa perut berdentum dentum minta diisi dengan carbohydrate dan daging. tapi ok alhamdullilah ok saja perut ku di sirami lime lemonade berkarbonat itu. oppss... acid production increase rapidly, aku nak makan megi pulak... taddaa....

Tuesday, November 25, 2008

akhir semester

walaupun exam sudah tamat tadi, tapi aku masih ada kelas pada esok hari. kenapa? tak payah lah ku huraikan, anggap sahaja special case.

aku harap dapat lepas semester ini. jika waktu dulu aku nak sangat dapat 4.0 pointer tapi sekarang ni harus realistik kerana sukar lah nak dapat 4.0. tu. apa pun bergraduasi dengan pointer 4.0 tidak jauh beza dengan bergraduasi dengan pointer 3.3. apa pun aku mash berharap mendapat yang terbaik, sebaik mungkin supaya aku boleh proceed ke semester depan dengan baik.

yang penting sekali proceed ke semester depan. dan bergraduasi dalam 1 semester away. aku nak tumpukan kepada disertasi.

oh ya... seperti yang ku war warkan sebelum ini. minggu ini hujung minggu tiba lebih awal. aku pun memang looking foward untuk menghabiskan masa bersama keluarga. mungkin take a break. seminggu. then baru proceed macam biasa. isnin-jumaat di kf hujung minggu di kampung.

atau pun aku akan korbankan masa hujung minggu di makmal, jika perlu. so aku nak enjoy betul2 cuti ni. tambahan pula ada beberapa road trip dalam perancangan. so just hop n drive ok...

memang lah hal ehwal akademik diberi keutamaan. tapi sekarang ni nak luangkan masa bersama keluarga. kaka pun sudah balik dari johore. so my sib semua ada disini. bukan tak nak bersama kawan2 cuma aku lebih pentingkan keluarga. blood is thicker than water.

walaupun begitu. aku juga ada perancangan untuk berkelah bersama rakan2 sekampung. yeah friends since yesteryears, yang come just slightly after my family. bukan tak nak tambah kenalan baru. ya kawan datang dan pergi. cuma since kami masih tinggal berhampiran, dan belum ada komitmen, apa salahnya aku luangkan masa bersama mereka.

hidup di kampung memang macam tu. semua pun dianggap saudara. apa pun aku rasa segalanya ok saja. walaupun tak dinafikan aku merindui masa bersama rakan2 di matrik labuan n ukm. sali, rakan di bangi akan berkahwin pada bulan 12 ni. adibah, juga rakan di ukm, ajak aku balik semenanjung, since sali nak nikah. yeah she the first among us. i hope adibah will be next. ramai girlfriends nak pergi majlis yang bakal diadakan di terengganu. wah pasti meriah. sorry girls... first of all masalah duit. lepas tu aku tiada masa nak bertandang ke terengganu. lagipun aku sudah punya plan road trip sendiri. cannot wait sali, upload her wedding's photo. aku kan suka gambar2 kawin ni. oh ya... my former classmate, emiliya syakira juga sudah berkahwin. tak tahu sangat, tapi earlyn november rasanya. tahniah.

walaupun pada awalnya, road trip tu aku nak lakukan secara solo. tapi rupanya family pun ada rancangan yang sama. beberapa minggu lepas aku ada ajak rakan di ukm, fahmi, untuk jadi rakan road trip. aku nak cover west coast of sabah, including ranau. sadly, masalah duit. aku tahu fahmi ni jenis advaenture. sesungguhnya kalau aku ada duit berlebih, kau fahmi tinggal bawa baju, dan lesen memandu saja, sewa kereta minyak, makan minum, tempat tinggal semua aku sponsor. selain fahmi, aku ada ajak cikgu rafiq.

apa pun its good to go somewhere else other than kf-putatan-kampung pimping. ya hampir setahun sudah aku hidup berkisar dan berputar di tempat sama. jika ada duit lebih, nak saja aku berhujung minggu di langkawi. dulu aku benar2 nak berhujung minggu di singapore. tapi selepas, melihat keindahan hotel 4 seasons di langkawi. wah.... aku terasa nak ke sana. tapi mahal lah, ya... bali??? emm.... not my favourite.. but we'll see. apa pun penang. yeah... i always want to spend my weekend di penang.

cerita pasal kawan2. last sunday, bumped to my former classmate from matric college, joe. dah kurus dia sekarang. joe tak lah pernah gemuk, selama aku jumpa dia. tapi dah semakin kurus banding dulu. cuma hi2 saja, bertegur. at least dia tegur juga aku, kan.... dia bekerja sekarang. masa jumpa tu dia jalan dengan his youngest bro. abang long rasanya joe ni. sekejap saja masa berlalu, jumpa joe masa 2004. then baru last sunday tu ketemu semula. wish him all the best.

rakan2, jika ada yang baca, sama ada anda ku kenal sekampung, atau sejak tadika, atau sekolah rendah, menengah, across kat mana2, matrik kolej, UKmalaysia, bangi. aku sentiasa nak jumpa kamu semua semula, walaupun aku jarang nak sms, apatah lagi nak wish bday. hahaha.... apa pun jangan segan2 nak tegor kalau terserempak. ya... aku dah tembam dah tom tom bam.. aku make peace with myself. memang takoot la kalau naik atas scale. but i bet korang masih kenal aku... kan??... hahaha

for those who wonder where i am??... now i am residing at ums likas. you may find me strolling at near giant supermarkets. so go to giant, mungkin kita akan terserempak. beside, aku mmg selalu on9 cuma ym saja jarang2 buka. fb, fs, blog lah yang aktif sakan.

summer is everyday


long sleeve checkers

short sleeve checkers
short sleeve checkers
nehru collar white shirt



summer shirt for men

p/s: photos are downloaded randomly

yoga is forbidden for muslim

haram is haram. no matter what you say. except in the state of darurat (insurgency). then it is other way around.

malaysia national fatwa council has declared yoga is haram to be practiced by muslim. since the practice is associated with hinduism. dont get this wrong, dont see this from politic point of view. the council is right. if you are referring to wiki, yoga aim is range from improving health and reaching moksha. whatever it mean, it is part of hindu practice. and muslim should not take part in any practice that could effect their faith.

my dear brothers and sisters, i believe there is other exercise than yoga that can be practiced for health benefit. personally i accept decision made by national fatwa council, regarding declaration of yoga is forbidden for muslim. this is because yoga involved elements of meditation and chanting which is contradict to Islamic aqidah.

it is every muslim's responsibility to care about our faith. therefore there is no need to present any further argument whether practicing yoga for health benefit will or wont have bad effect to akidah. and to non muslim, they are free to do yoga.

i must stress that muslims have every right to defend their faith and religion.
.
.
.
.
kepada saudara muslimin dan muslimat, saya percaya ada cara senaman lain yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan. selain dari senaman yoga. secara peribadi, saya terima keputusan oleh majlis fatwa kebangsaan untuk mengisytiharkan amalan yoga haram diamalkan oleh orang islam. kerana melibatkan unsur-unsur pertapaan and pemujaan yang amat bertentangan dengan aqidah islam.

menjaga keimanan diri kita adalah tanggungjawab kita. oleh itu tak perlu lah dihujahkan lagi, samaada amalan yoga tidak memberikan kesan buruk kepada akidah jika diamalkan sekadar untuk senaman. dan kepada yang bukan islam, mereka bebas memilih untuk mengamalkan yoga.

saya tegaskan, muslim berhak untuk menegakan keimanan dan agama islam.

esok exam aku tertidur baca nota nota

kalau dah esok exam jadi apa jadah lah aku mengupdate blog??? senang saja, aku sayang my mr. b. apa2 pun esok ada satu paper lagi. the half portion untuk penilaian semester ini. dan aku rasa tak best.....

mungkin kah perlu meningkatkan unsur ibadah dalam diri? aku cuba. ya....

oh ya... mungkin minggu ini aku berhujung minggu lebih awal. hari khamis aku nak buat pasport. emm... gambar belum ada lagi. dulu aku ada gambar tapi dah lupa aku letak dimana... mungkin di rumah. so esok atau lusa aku kena setel gambar2 pasport ni. supaya urusan buat pasport pada hari khamis berjalan lancar.

ada ketenangan lebih jika bersama keluarga. berbanding tinggal sorang2 di kawasan suburbia yang terkenal ini... yang mewah tu jiran2 aku bukan aku.... oh.... aku asyik terfikir2 relevan kah aku membeli dslr yang memerlukan up to 3 ribu ringgit malaysia tu???? atau aku patut beli jongkong emas saja untuk perlaburan yang lebih bijak.

update kesedihan terkini. seperti yang ku jangka earphone mp3 ku memang tak tahan lama. maka aku perlukan yang baru??? ada sesiapa nak sponsor.

doakan kecemerlangan pada hari esok. dan yang paling penting ketenangan jiwa, or..... ya aku perlukan kecemerlangan itu. buat masa sekarang kecemerlangan itu sedikit sebanyak membantu memberikan sedikit ketenangan.....

some eye candy for fan of good looking man in fashion (if any);
the new mr bond??? aussie, Hugh Jackman, in classic black tuxedo and bow tie.

ther real mr. bond. no suit just sweater???? still look good.... oh no still look smokin hot.
apasal pakai sweater ni bond? suit kau dah abis terkoyak masa berlakon aksi ke??

senang cakap, straight foward nak pakai baju macam ni kalau nak nampak cantik, first n foremost body kena cantik, muka kena lawa, ya agak kejam dunia fasyen kan??? tapi lantak lah siapa nak pakai2 duit masing2 badan masing2 citarasa masing2. kedua2 lelaki diatas dimasukkan dalam senarai 40 sexiest man alive... lantak lah.. tapi baju si daniel tu aku suka... classy classic blue shirt.. sesuai dipakai pada hari isnin atau selasa.

pix above are not mine. randomly downloaded from other website.

Monday, November 24, 2008

nak seksa hatiku??? tak payah suruh pilih 8 dari 9

alang2 dah nak menyeksa tak payah lah suruh2 pilih jawab 8 soalan sahaja sedangkan pilihan soalan 9. ini namanya memilih soalan yang tak nak di jawab. suruh saja jawab 9 semuanya.

aku pun tak tahu apa yang nak dilampiaskan. kemarahan atau kekecewaan atau equal portion of both. hal ini kerana, dahulu pun aku belajar cladistics systematics segala barang ni. dan ketahuilah perasaaan ini adalah kali ke-2.

orang kata move on dan tumpukan kepada kertas soalan yang seterusnya. masalah besar gabak disini aku cuma ada 2 paper. maksudnya dalam statistik aku tak boleh flaw either paper untuk score. mesti straight dan perfect. macam jawab kertas 1 dan kertas 2 dalam stpm. kau ta boleh hanya cover 1 subjek dengan hanya lulus gemilang terang benderang 1 paper. dan 1 paper lagi berkeputusan kelam. kerana result yang kau dapati cuma pangkat R bukan full P.

er... aku geram, sakit hati kecewa. cuma kali ini aku tak boleh nak melontarkan ayat2 maki dengan lebih baik. kerana hal2 akademik adalah tak selari dengan ayat ayat maki.

tadi banyak kekeliruan berlaku. kerana soalan2 tu berputar2 dikotak penalti. hal yang sama. homology homoplasy apomorphy segala barang ini. sehinggakan aku salah tulis definisi outgroup sambil memberikan contoh planet of the apes dalam jawapan ku.

aku memang lah menghafal2 segala definisi. tapi ini terlalu banyak dan ada pelbagai kombinasi seperti warna asas yang kau campur2 warnanya. dan kau meneka2 apakah warna yang akan terhasil dari campuran warna tersebut.

susah hokeh susah.... aku tadi siap terkeliru and suck big time semasa mengira jarak2 evolusi spesies dalm bentuk nukleotide. ejaan jangan lah dipertikai memang haram salahnya disana sini....


ohhh...i need to indulge on something profane to console me....(betul kah aku tulis english ni?? aku jawab dalam english essay tadi).

..........................................................................................................................................................................

i am not sweet tooth. whenever i need extra sugar, search for man in fashion (read: picture of man in fashion).



one button suit. skinny neckie..

summer shirt. look very linen. stripped.
one button suit minus neck. for semi formal function?? the flamboyant of manhattan.... i loike~ xoxo..

Saturday, November 22, 2008

chicken run

macam biasalah aku baca 30 minit tidur sejam surf internet 5 jam. sangat lah tak produktif . tadi aku makan kangkung tumis sendiri, dan mcm biasa, haiwan paling popular untuk di makan, ayam goreng. sejak beberapa hari, baru hari ini aku makan sayur. sejak beberapa tahun, baru hari ini aku masak sayur sendiri. biasanya aku makan sayur jika balik ke rumah sahaja. my ma memang masak sayur simple, tumis sahaja. which is for me terbaik untuk memasak sayur. aku mmg tak berapa makan sup sayur, atau sayur berkuah2. kecuali masak lemak. kerana aku mmg suka makanan bersantan.

biasanya aku makan nasi dengan ayam goreng. atau dengan sardin straight from the can, atau segala mak nenek frozen processed food goreng. tadi entah apa hal aku rasa aku perlu makan sedikit sayur untuk seimbangkan daging dan ayam yang aku makan dengan banyaknya itu. boleh dikatakan aku memakan hampir sekilogram daging ayam seminggu. aku cuba minimize kan intake processed food, hotdog, nugget, burger patty. aku nak makan real chicken, real daging, segala real..... tak mau 30% ciken, 40% tepung, 5% garam, 5% pengawet, 5% pewarna 5% air, 10%lain-lain perencah msg, selulosa, bread crumb, soya bean lah apa lah...

aku memasak sebab nak berjimat duit. ya , itu tujuan utama selain dari di kawasan kf ni memang tiada lagi kedai yang aku berkenan nak makan. malas pula nak ke riverside yg sebelah kf. atau 'kf atas'. sebab aku jarang berlegar disana... mamak di kf ni, sejak peristiwa mee mamak salah masak tu... aku malas nak gi situ. tanda protes kpd mamak yang masak mee goreng ayam walaupun aku minta mee goreng kosong. aku tak suka mee goreng ayam mamak yg bagi aku beperasa pelik.

walaupun hidangan tadi cuma kangkung tumis tawar dengan ayam goreng hangus diluar dan not to0 dry di dalam, secawan beras lah juga aku belasah makan tadi. lepas makan mencuci2 mengemas2, laundry service. 1 perkara aku tak suka masak ni ialah mengemas selepas memasak. hahahaha.....

idup sekarang ni bosan. aku call kakak aku 3-4 kali hari ni. semata2 nak cakap dan report kegiatan terkini ku, dan nak tahu kegiatan terkini mereka di kampung. walaupun kegiatan terkini ku cuma, masak, makan, baca, internet, cuci kain. dan kadang2 ke supermarket. my kakak, tengah sibuk2 berulit dengan our niece yang banyak ragam tu. banyak tonton tv tu, tak pun belajar alphabet, walaupun our niece baru 1tahun 5+bulan.

semua orang busy sekarang. mana nak submit proposal, mana nak exam, mana nak pindah rumah. ya kami harus pindah rumah. tapi aku nak tangguhkan tunggu sehingga kerja2 pemulihan kerosakkan rumah selesai. takut lah ada pekerja binaan lalu lalang di halaman rumah ku...

tadi waktu aku berwindow shopping, walaupun tujuan cuma nak beli washing liquid pinggan. tapi aku merambu ramba juga ke sektion lain, aku pun simbat, beli pensil kayu 2b jenama giant. murah beb 6 batang 50 sen. sedozen rm1. sahaja... berwarna kuning. aku ambil pack setengah dozen. ok juga sudah aku pakai, aku mmg suka beli2 pensil kayu. aku kalau duduk perhati pensil2 kayu yg di jual di kedai2. macam orang tak ada pensil nak menulis. tak pun macam budak baru nak ada stationery sendiri. padahal banyak lagi pensil2 aku mcm jenis jenama ada. yang hotel2 punya pun aku rembat. mekanikal pensil pun ada, cuma aku dah tak berapa guna. tak feeling katanya.... feeling apa pula ni???? suka hati aku lah...

aku punya aim ialah nak beli sharpner pensil yang letak dimeja besar gabak tu. aku suka benda tu. berharga kurang rm30. ya agak mahal untuk sesuatu barang yang fungsinya hanya untuk menajamkan pensil.

tadi juga aku beli gel mandian, tym2 aku nak berjimat cermat ni, shampoo, sabun, segala ubat gigi pun hampir habis semuanya. esok kelorga ku nak datang melawat katanya. so ada chance aku kopek duit sesiapa beli shampoo dan ubat gigi . ada aja duit aku lagi. tapi nak berjimat kan.....

aku ni minggu2 balik kg. cuma minggu ni saja tak, kerana isnin selasa aku exam. so penat juga tu. tapi aku dah merengek2 minta simpati suruh kakak aku datang sini. lawat aku kasi moral support. bawak aku makan best2. plus aku perlukan connection dengan insan. kerana sangat lah sunyi sekarang ni. yang ada peneman setia ialah kompite dan internet yang slow nak mampos ni. nasib baik aku belajar dekat dengan rumah tangga. so nak mengadu domba, nak merengek nak nak balik kampung, senang sikit. mungkin tu pasal lah aku belum ada rezeki nak masuk kolej ratu mary atau isketambola college. kalau aku tinggal situ sambil memikir2 tajuk research aku, kesat air mata sorang2, tak ubah macam kasim rindukan sabariyah rasanya. dah lah nak bercakap inggeris tersekat2 ditambah lagi dengan air mata bercucuran. nak telefon mahal, nak balik tiket mahal, tak terbayang lah aku....

semalam2 aku ada surf2 pasal pakar lumut di britain, jumpa seorang yang berkhidmat di kolej ratu mary. tapi dia ni lebih kepada evolutionary biologist dan bidang developmental. sesuai lah kan aku suka evolusi juga. tapi... bila baca tajuk paper yang dia karang, aku dah terpikir2 tajuk apa aku nak buat dengan dia. (berangan... yang sekarang ni pun tak siap hujung pangkal lagi!!!!). evolutionary biology, kang dia suruh aku cari evolusi lumut zaman jurasik ke zaman devonian... (atau vice versa atau mana2 zaman yang lebih dulu) entah2 apa... tak pun perbandingan perkembangan placenta dalam 3 genus lumut. erk.... muntah beb.... ni pun planning 3-4 tahun lagi ni. bukan tahun depan ya... yuran kolej ratu mary aku tak check tapi yuran untuk isketambola ialah 15000++ pound sterling/year sahaja (untuk sekarang lah 3-4 tahun lagi tak tahu). kecuali tiba2 aku ni jadi orang dari EU dapat kurang lah jadi 3000-4000 pound setahun.

aku kalau nak belajar pun taksonomi juga... buat revision taksonomi atau jauh sikit pun aku buat sistematik. masalah utama ialah, 1) kemampuan aku 2) duit 3)emosi dan perasaan. tak apa lah ini cerita 3-4 tahun lagi... so biarkan...
.........................................................................................................................................................................

galeri cuci mata di bawah.

i like men's formal apparel. pictures below are downloaded from other website. wedding jacket and brown wedding suit. oh yeah the collar called 'wing collar', my favourite. brown suit huh.... oh i loike!

sesiapa nak kawin dan memakai pakian bertema english wedding atau western, boleh lah tengok2 gambar dibawah untuk dapatkan idea. roughly, harga baju2 dibawah ni dalam lingkungan dibawah 400 pound sterling atau duit malaysia dia jadi beribu2 ringgit. tak mampu nak beli yang ni, tapi nak jugakkk, so jalan terbaik ialah korang pergi local tailor, dan potong ikut badan sendiri. fasyen boleh lah ikut2 yang macam dalam gambar ni. aku rasa kalau kau beli baju ni di on9 kau kena bayar dalam rm4000. tapi buat kat local tailor, kau belanja dalam dibawah rm2000 pun dah boleh dapat suit yang menawan, bersama dress shirt, lagi rm10-20 kau beli neck tie. kat daiso necktie rm5 sahaja... ok juga. if you are old enough to get married, you are old enough to have your own suit.



wedding jacket+dress shirt with wing collar+ necktie


brown wedding suit. with vest.

photos are taken from: http://www.clothing-for-men.com/page1.htm

Friday, November 21, 2008

jahat kah aku???

malam tadi aku dah taip penuh satu entry, about this and that. bila publish.... error lah pulak. tak apa lah.... tak pula aku memaki hamun lepas tu. insaf kejap kononnya.

serabut lah kepala ni. biasa lah minggu nak exam kan.... apa pun itu cuma exam (yang berharga beribu2 ringgit untuk dibayar). harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

sejak masuk ums ni aku jadi mcm careless dgn akademik. bukan macam tapi memang. contoh terbaik kes slip exam. dulu2 masa ukm, lagi 2 minggu nak exam, aku dah siap2 ambil. simpan elok2 semua tu. sekarang, exam isnin, baru tadi pukul 10 30 pagi aku ambil. tu pun kudos to my niece yang tertekan my number guna hp kakak. kalau nda nda bangun lah tadi. alamatnya... petang karang pukul 3 baru ambil. walaupun bila masuk exam tak ada nya pun orang nak check slip tu. sebab kami 3 orang saja, boleh ingat by first name saja pun. but it is compulsory kan.... ialah kot... care less

kelas yang lambat selesai juga memburukkan persiapan exam. cikgu2 ok saja pun. ada yang so-so. tapi sekarang ni nak ambil orang seperti datin menjadi contoh, kerja dengan gigih walaupun pangkat beliau pernah jadi pengarah dan sekarang, dekan. datin lunch pun dia siap pack awal. memang untung ums, jika semua staff ada kualiti kerja macam tu.
..........................................................................................................................................................................

tadi aku ambil cash kiriman my dad from my bro, untuk belanja makan minggu depan. mentang2 ada cash, aku tadi ajak my bro makan di 1borneo. burger besar gabak tu lah idaman, kononnya. tau2 dia malas nak berjalan ke 1b. aku pula takut nak parking sorang2 di sana. seram, sudah lah ada pekerja binaan selalu lalu lalang di parking tu. ikut hati karang, terpaksa aku bayar mahal guna valet. nak selamat kononnya. plus aku rasa tak terhabis aku burger harga 35+ tu sorang. nak melepaskan gian, tadi aku singgah lah McD. dekat saja dgn kf kan.... tadi around 11 am, still dlm mode serving breakfast. tapi aku tanya, aku nak set biasa, tak nak breakfast yang portion sikit2 tu.

akak kaunter pun suruh tunggu sekejap. aku pun merambu ramba tunggu disana. tak ramai orang. tapi stesen minyak tu boleh tahan banyak keretanya. masa menunggu tu, ada family, grandma, moms, 2 kids. mereka tengah membeli2 lah yang kids 2 orang tu aku assume budak sekolah rendah. aku dah tuduh2 2 budak tu ponteng sekolah, walhal cuti sekolah dah mula. hahaha jahat tak aku???.

tambahan pula tiba2 bunyi budak nangis. aku dalam hati mengata2 'angkat lah telefon tu'. tapi the mom sibuk buka purse dia (nak bayar makanan). tak angkat telefon juga. rupanya, yang nangis tu infant yang masih merah, mak tu gendong. huisy begitu aku tak ada peri kemanusiaan, aku ingat mak tu tengah gendong handbag. then bunyi budak nangis tu ringtone hp dia. jahat tak aku.... memang tak sensitif langsung. dah lah anggap baby dalam gendongan ibu tu handbag, tak cukup dengan tu siap kutuk (dalam hati) mak tu tak angkat hp. walaupun sebenarnya bukan bunyi ringtone, tapi bunyi infant sebenar.

kesian pula aku tengok kat the mom tu, ya lah her baby still very young. sebulan dua. macam tak abis pantang lagi aku rasa. then nak kena drive pg bawa the other kids plus her mom pergi makan pula. jumpa pula orang tak berperikemanusiaan macam aku. yang tak pasal2 tuduh anak2 dia ponteng sekolah dan sejenis handbag. tak cukup itu, tangisan bayi itu aku tuduh bunyi ringtone. sorry ya kak... saya lapar tadi, ingat nak makan burger saja. tak ada pula rasa kasihan belas bila lapar ni. common sense semua tinggal secoit saja tadi.

bila drama lebih kurang 7 minit tu tamat. aku pun order lah. tup2 aku kata nak set nombor sepoloh. burger baru 'Big n Tasty'. tak pasti lah baru ke tak, but first time aku makan. dalam gambar bukan main besar lagi. sekali aku buka saiznya cuma regular (bagi aku). still aku tak abis2 nak membanding dengan whopper burger king dan burger besar di restoren new york tu. kira2 saiz whopper jr. yang aku makan sbg snack tempoh hari.

balik2 aku makan. alhamdullilah kenyang. tak berapa jauh beza dengan kenyang makan burger kecik2 kat McD tu. sbb tu aku malas nak order quarter pounder, kerana still kecil aku rasa. tambahan pula aku lapar tahap hilang common sense tadi. aku rasa aku kenyang pun sebab aku tonggang coca cola yang manis bergula banyak ni. dan kentang. cuba minum air masak, huhu.. masak nasi lah aku jawabnya...
..........................................................................................................................................................................

nampak sangat kan.... aku betul2 nak hp baru, sampai bunyi tangisan seorang bayi yang sangat organik itu pun aku sangka bunyi ringtone yang menjengkelkan.

something need to be done, to fix me!!

Thursday, November 20, 2008

the amazing race asia 3

earlier this week i planned to watch the grand finale of TARA 3. aku dah plan2 balik putatan, but memandangkan exam dah dekat aku study pun malas. hatta nak hantar net balik ke lab pun aku berfikir2 lagi. simply rule by one word; MALAS!

memandangkan aku gatal2 cari dalam internet siapa yang menang TARA 3. few bloggers pretty sure that, the philiphine couple won the TARA 3. i want malaysian team, Ida and Tania won. but... i dont know. because they say the launch party was held in philiphine. previous seasons, party was held in winning teams's home countries. AXN tak perasan kah viewers dah sedar pattern tu?? bodoh lah kalau tak sedar2.

hopefully malaysian won... the hong kong's pretty tough too. Vince and Sam are strong built guy. they are like the muscle and the brain. the philliphine's Geoff is good in physical challenge and his temper is neutralized by Tish's patience. but the 'Ghandi born at 1977' incidence is really err..... LMAO hahahahahaha. they were really exhausted. so it is hard to think properly if you are hell tired. Ida and Tania, they are cool... really support each other back. really the team team. physically speaking, they are women, so physical chellange could be they biggest hurdle. but dont write them off too soon.... because Ida proudly kicked Sam's arse in Oman. she pulled her best to drag herself gliding the rope. while Sam was crying for support, even asked buddy, Vince to helps him. proud of you Ida!!. and Tania is really good in searching clue. she is sharp. remember in Taiwan, she got her hands dirty to search coin in wagon-full coal.

1st season malaysian won. 2nd season malaysian at the 2nd place. 3rd?? may be 3rd?. some people said Ida and Tania got 3rd place. anyway malaysian teams really rock the TARA. in all 3 finals there always malaysian team. in 2nd season, the malaysian team even secured the 4th place too. in TARA 3, henry and bernie got 5th place.

Suit Up!

i always have thing for men's suit (or man in suit haha). doesnt have to be in black. any natural colour. below are few photos i downloaded randomly.

grey 3 buttons.

black casual for groom.

white with blue stripped shirt and pink tie. suitable for pretty boy.

semi formal. with stripped shirt. for dinner party?


tux with straight tie. i prefer straight than bow. look at the collar. i like the collar.

SUIT UP!

think tank? memandai mandai saja ini.

how science evolution theory is?. just now i think that evolution is something what i call 'sains memandai-mandai' or 'merely assumption that assumed to be true for the sake of explanation'. thus, i stick with my previous stand, whatever you may think about evolution and darwin, people like darwin somehow give people like me something to do.

when i was a school kid. everytime darwin name was mentioned (by my teachers), people related his name to ape or something to do with apes' descendant or worse monkey . i wonder now, whether those teachers ever read darwin's the origin of species. they blamed darwin instantly because of his idea. were they know about what the hell they blamed about??? till date, i dont know. but i would like to assume they didnt. i hate to quote, but Voltaire said, 'i may be dont agree with thing that you said, but i will defend your right to say it'.( more or less).

1 or 2 years ago if someone asked me, what science field would i like to study if i dont read biology??. my answer would be chemistry. or more specific, organic chemistry. why? simply because i cant do mathematics and physic. but now if same question arise, my answer would be geology. or specifically paleontology.

if neither, then i would choose linguistic or law or islamic study. who knows??

in my class last week, someone said, science is ruled by two; the big bang and the evolution. as far as i know, both mention about 'force'. so dont crucified people who study evolution too soon. just take a little time to think about the 'force'. then may be we think about the same thing.

ironically, i agree fossil is mute. and it is scientist who tells the story for them. how true the story is?

..........................................................................................................................................................................

tadi kan biasalah kelas. aku suka kelas, bukan kerana aku morning person. tapi sebab bosan duduk dalam bilik. ada kelas, berfikir sikit otak ni. i mean critically thinking... (ok ni dah hyperbola.. gitu). hakikatnya aku memang liat nak bangun pagi untuk ke kelas.

beza yang paling ketara undergrad dan graduate study, ialah... suasana lebih sunyi. atau suasana sunyi sepi. kau hanya bertemankan radio hot fm dan nota yang kau pandai2 ja nak tulis. pendek kata suka hati kau nak buat apa. sampai kau tak tau apa nak buat.

berbalik kepada kelas tadi,

tadi ada buat sikit matematik. jelas lagi bersuluh aku tak berapa gemar mengira, atau aku memang slow bab kira2 hisab, hitung2 ni. sedangkan duit untuk beli sekotak jus oren dan setin cola pun aku tekan kalkulator. ini kan pula nak kira base pair dalam gene. tak lah susah sangat, (saja aku buat ayat hyperbola tu) kerana kiraan bersifat konsepsual. lagipun ini bukan kelas matematik, ini kelas phylogeny. nak buat perkiraan teruk2 buat engineering lah...

lama juga kami berbincang2 sesama kami. aku tadi confuse2 juga. nasib baik ada nota dulu2. tak lah mantap sangat nota lama aku. tapi nota tu mengandungi terminology crucial. seperti penjelasan kenapa ada node. node tu maksudnya apa?. bila tak ada node. aku memandai2 terus kata itu lah menunjukan outgroup. kerana peristiwa penspesisan tidak berlaku. nasib baik bila ku kata begitu classmate dan aku sama sebulu, guru kami juga setuju. kan aku dah kata evolusi ni sains memandai mandai.


bila dah pening2 mengira tu. aku sempat lagi memandai2 propose bahawa ada baiknya kami buat perkiraan jarak antara takson mengikut percentage bukan nilai jarak takson kepada node semata. sebab aku berkata demikian kerana nilai penuh jarak antara dua takson ialah tidak sama. lagi satu bahagian menunjukkan aku memandai2.

pasal lukis pokok tu, secretly, aku ada conteng 2-3 pokok. yang melintang ada yang tertonggeng ada unrooted dan rooted. aku pun tak berapa pasti. since aku kata ini sains memandai2 so kita kena pandai2 lah pilih mana pokok yang lebih sesuai.

nasib baik cikgu aku penyabar orangnya. dia tunjuk lah juga kiraan satu persatu. walaupun hakikatnya segala algorithm tu ramai orang yang buat systematic dah tak berapa endah teorinya, kerana ada software. cuma belajar guna software saja. pendek kata kita biologist bukan mathematician. itulah alasan terkukuh.

kesimpulannya, aku suka cikgu itu mengajar. hehe...

tadi ada juga bincang2 pasal M. Sc. yang sedang kami sedang buat ni. aku hampir2 mengadu nasib tadi. sudah slipped pun sepatah dua ayat, aku kata course ni relatively mahal di malaysia lah. di samping takes relatively longer time. apa pun jika bandingkan kau nak buat course sama di imperial college lagi lah mahal sebab kau bayar yuran guna pound. even kau nak buat plant taxonomy di reading pun kau kena bayar mahal. kebaikkannya buat ums, ialah kau bayar dalam ringgit walaupun mahal. tapi tak semahal kau nak convert ringgit ke pound. pendek kata kalau nak suka2 aku syorkan jangan. kerana first of all, mahal (berapa kali aku dah tulis perkataan mahal??), kedua kau practically non eligible for ums scholarship walaupun kau eligible to apply. ke tiga, people will easily stereotyping kau sebagai, seorang guru yang nak sijil semata2. nak upgrade 41 ke p. kanan or pengetua. padahal mereka tak tahu pun... aku tak pernah bekerja. aku cuma insan biasa yang sambung belajar. tak ada pangkat2 bernombor2 ni semua.

disamping itu, orang research yang kurang hajar (yang tak kurang hajar tak termasuk lah tu) memandai2 perasan mereka ni lebih berkualiti. it just paper hokeh... sijil.. sama ada kau berpengetahuan banyak atau sikit you cant merely use certificate as yardstick. apa hal?? buat by research kalau kerja terus berdesup ke skill jusa kah??? kammmooon..... M. Sc. kau buat di harvard di yale, di nanyang, hatta di isketambola college, still M. Sc. so apa nak kecoh kau buat by research. by research bayar murah itu sahaja.... kan aku dah terkutuk engkau.

jangan lah sebut frasa lapok 'kami ni by research...' tu lagi. by research terberak lah kau.

personally, ada 3 tempat yang terbaik kau nak buat taxonomy dan systematic study, andai kau ada segala kemampuan (kewangan, kehendak, kesanggupan sendiri jatuh sendiri bangun, sendiri nangis lap air mata sendiri2, sendiri masak sardin sendiri makan sendiri2)

1. harvard, kerana arnold.
2. imperial college, kerana attached dengan bnhm
3. reading, kerana attached dengan kew

* jika aku boleh pilih aku pilih no.2 kerana harvard tu kau boleh kiss good bye bukan senang nak masuk ivy league. reading good choice sama macam i.c cuma... aku nak pergi melawat museum2 sejarah semulajadi yang ada dinosour tu...plus ic di london. reading di reading.

lain2 pun ada lagi.

u yang attached dgn anhm?? ada kah.. check balik
u yang attached dgn smithsonian
amsterdam krn attached dengan leiden

nak murah sikit,

NSU attached dgn SBG.

nak murah lagi,
ukm
bogor (murah kah???)

nak mahal dan kau orang sabah,
ums. (advantage nya hanyalah semata2 kerana terletak di pulau borneo).

*aku baru check sister program M.Sc. T&B yang di I.C. tu harganya ialah 16,750 pound sterling sahaja. kau convert jadi ringgit. 4 kali kau boleh pergi haji rasanya... tu belum masuk duit beli periok nasi, tiket kapal, berfoya2 dan sewa rumah. tapi kau belajar kat bnhm hokeh.... hehehe..bnhm macam sacred saja bunyiknya tpt tu padahal museum jak pun.

Wednesday, November 19, 2008

fashion commentary

ada satu ketika tak lama dahulu aku suka sangat dengan polo tee. bukan smestinya berjenema polo. tapi jenis tee polo. biasanya aku beli yang murah2. aku ada beberapa warna dalam simpanan, baby blue, baby pink, stripped melon, dan mocha. suka yang amat sangat. sampai aku rasa tiap2 malam aku pakai. kenapa tiap2 malam bukan tiap2 hari2. sebab biasanya siang masa aku tinggal asrama aku akan pakai baju tee lengan panjang, senang nak keluar tak payah tukar. malam, baju polo tu boleh cover dengan pakai sweater. boleh saja aku pakai sweater utk cover lengan waktu siang, tapi aku tak selesa nak pakai baju 2-3 lapis masa matahari bersinar2.

sekarang ni dah tak berapa pakai. still pakai. cuma aku selalu pakai t shirt biasa. ada orang kata, t-shirt dan jeans ialah staple in modern wardrobe. pak arab, orang putih, orang tak putih, orang kaya, orang tak kaya, semua pun ada t shirt. jeans tak pasti pula. sebab aku rasa ramai perempuan yang tak pakai jeans. ya... dulu ada beberapa orang yang aku kenal kata mereka tidak ada seluar jeans. aku pun cuma ada sepasang seluar jeans yang berfungsi. itu pun pakai 3-4 bulan sekali. jarang lah. aku tak berapa selesa pakai jeans sebab aku rasa ketat semacam. walaupun jeans yang aku ada tu ukuran waistnya lebih 2-3 inci dari ukuran sebenar *erk... apa motif aku nak reveal ukuran waist. apa pun.... still aku tak berapa pakai jeans.

seluar aku suka, cotton slack, atau cargo, atau khaki. aku sangat suka khaki. dan colour earthtones. tak kisah lah orang kata colour earthtones outdated. aku tak larang. aku pun dah kata merah jambu itu lapuk. walaupun ramai kata pink is the new black. tak kisah lah... masing2 ada citarasa. aku bukan anti pink. ada saja aku barangan pink. contoh terdekat ialah sikat rambut yang berada di sebelah kiri ku sekarang. aku bukan fashion freak. atau pink freak. jauh sekali aku nak mengaku sebagai hygiene freak. orang perasan bersih saja mengaku hygiene freak ni.....
ni pula gambar design atau simbol mi scusi. kira ni design rock, metal apa ntah. aku suka coldplay, so tak lah sangat akau minat tengkorak2 ni. lagipun dah trauma tengok segala jenis bangkai katak, sembelih tikus, siat bangkai burung semua ni.
ni kawan aku. dia ni suka pakai baju polo. macam2 warna dia ada. yang ni colour hijau. jenama seed rasanya...


tengok, ni colour cranberry pulak. dia ada beberpa lagi, yang warna hitam, warna putih kolar merah, warna biru. pendek kata berwarna warni lah koleksi polo tee beliau. tu belum masuk t sihirt round neck. tak ingat pulak jika aku pernah nampak dia pakai v neck. oh dia pernah pakai turtle neck sekali. sekali tu saja aku nampak lah... selain... t shirt2 biasa saja lah rasanya.

aku juga setuju material fabrik yang dia prefer. ala yang cotton tapi dia mcm lubang2 halus tu... cuba korang imagine sendiri. baju ni sesuai lah ketika cuaca panas, banding kain cotton biasa. bagi aku lah. lebih ventilated, disamping, cepat kering bila di jemur.

gula, garam, dan secukup rasa.

everyone is busy. i am busy. but i still want to spend my time with mr b.

kaka is in town. just arrived from johore about 9 pm. i am glad she is in town.

..........................................................................................................................................................................

the internet connection is slow as snail. even snail evolves faster then this so called broadband streamyx. make me want to scream. yeah silly screamyx. anyway... better than nothing (pujuk hati sendiri).

tulis bm pulak, aku baca pasal parsimoni lah, kladistik lah... in the end berserabut. mana nak tahu terminologi yang bertimbun tu. definisi. kau tak tau definisi kosa kata yang terdapat dalam kladisitik, agak susah kau nak paham apa yang dia kata. ceh.... geram aku tau. tengok2 tak lah sesusah buat kalkulus atau kaedah berangka dalam matematik. tapi susah lah juga.

tadi jumpa datin to re-schedule class on 26th at lunch hour. datin sanggup gunakan lunch hour beliau untuk buat kelas kami. now i see how true leader lead.

soon datin will leave campus. to where, i am not sure. some rumours said to umk some said to uitm. i dont know. but from datin herself, she will be here until end of december. oohh... how sad. this person poured a lot of energy and heart to build this Likas campus, together with her husband, the then vc. Likas campus owed so much from both of them. they are not from here. but willing to move with their family to start ums from scratch. (together with other ums pioneers of course).

deep down i want her to stay at least for another year or two. but what can i do. 26th will be our last class with her. wish her all the best, good health and prosperity. i am proud that i am one of her students. even though i am not in entomology. still i am proud that i have opportunity to learn from the expert herself.

i will write about my past taxonomy gurus later. hopefully. taxonomists of bangi campus.
..........................................................................................................................................................................
semua rakan dah kurang layan fs. mungkin mereka lebihs suka guna networking web yang lain. me myself pun ada fs and fb. sunyi sahaja. group pulak dah berbunyi cengkerik. tadi buka akaun fs madan. a friend masa di bangi dulu. wah profile pic nya gambar beliau berbaju melayu merah. bersongkok dan bersampin. gambar raya. tak tinggalkan apa2 comment pun. cuma singgah begitu sahaja.

masa di ukm dulu, madan ni driver kami. he is kajang boy tapi kampung kat melaka. dia tahu jalan2 sekitar bangi-kajang dengan cekapnya. kereta milikan azeyla. aku tumpang sahaja. azeyla dan madan lah yang bertanggungjawab bawak aku jalan2 sampai alamanda putrajaya. jika tak entah bila nak sampai. sebab susah nak ke sana. memandangkan tiada direct bas dari kampus. nak sewa kereta? aku tak tau jalan 1 hal. aku tak suka drive selain kereta famili aku satu hal. aku tak berapa pandai nak drive di bandar besar, hal besar pulak.....

kadang2 beberapa rakan ikut sekali. biasanya fathi lah yang join. kadang2 daus, kadang2 din. kadang2 ada girls juga, seperti hajar. seronok juga lepak2 dengan kawan2 dulu. hahaha...

selain dari madan n azeyla. another yang aku selalu tumpang untuk pergi berjalan ialah syazwan dan adibah. berbeza dari madan dan azeyla, syazwan dan adibah ialah pasangan kekasih. so aku selalu jadi the third person gitu... hahaha.... yang bestnya wan ni, dia suka lepak mamak. aku pun suka gak. sebab aku suka minum tea n makan roti nan. aku jarang makan nasi kat mamak. biasanya segala prata, canai, segala roti tu lah yang aku order.

syazwan dan adibah lah yang baik hati bawa aku berkelah ke sungai gabai. cantik kawasan tu cuma crowded hujung2 minggu. tak lah jauh kawasan sg gabai, ya lah tak ada kenderaan memang sukar. ada sekali all girls pergi berkelah di ketuai oleh cik yam, mek jie, dan sali. mereka ajak, aku tak ikut. sebab time tu pun kereta cuma 2 biji. nanti aku menyemak dimana nak letak prime clique mereka. at least mereka ajak. haha... dengar cerita meriah masa girls pergi sg gabai tu. nak2 ada cik yam, mek jie dan sali.... mesti lah kecoh.

syazwan dan adibah juga yang hantar aku ke klia, nak balik kk. bersama2 sali. banyak juga jasa couple ni dengan aku. selain mereka juga bersusah payah ambil aku dan barang2 pindah ke kolej zaaba. aku cuak katak time tu takut tak ada tempat tinggal. masa tu nak viva...

mek jie, aku selalu tumpang motor mek jie. bila ada kelas german petang2 aku akan tumpang dia. kebetulan pusat bahasa tu, searah dengan kolej zaaba. banyak kali juga tumpang tak pakai helmet. mek jie ada 1 helmet saja. mek jie best... dia ni ceria dan walaupun dia macam main2 aja, dia berfikiran matang dalam buat keputusan. yam pun selalu aku tumpang2 kereta dia, dari zaman MX dia yang bersejarah tu sampai lah ke savvy merah nya. selain tu, kenderaan tumpangan aku ialah; motor zach, kereta eina, skuter noly. tak di lupa yang 24 hrs ready nak tolong waktu kecemasan. si sue dengan motornya. sue ni kau bagi lah bawak kereta apa pun tak memilih, semua dia boleh aja nak drive. dah beli myvi dia sekarang. sue ni dah bawak motor besar juga... hehehe..

most of the time memang lah aku naik bas ukm. tak pun bas rapid kl, tak pun taxi. area kl, segala train yang ada kat kl tu aku belasah naik. lain2 tu harus menapak lah kan. pernah aku berasa begitu sedih, bila aku berjalan dalam hujan untuk ke lab semasa hujung minggu. dah terdesak nak siapkan projek kan... sedih aku masa tu Allah SWT saja yang tahu. bukan sekali aku jalan dalam hujan. berkali2, cuma kali tu yang aku terasa amat sedih. perit juga buat projek dulu.

suatu petang, masa aku tengah basah kuyup, berjalan dalam hujan. tiba2 melintas perempuan bawa motor. dia berhenti, tumpangkan aku. dia terus hantar balik kolej aku yang agak terasing dari kolej2 lain tu. penunggang motor tu sebenarnya kolej ibu zain, yang kat depan berbanding kolej keris mas. dengan baiknya stranger yang tak kenal tolong aku. terharu aku time tu. terima kasih lah ya... tak tau nama pun.

pernah juga waktu malam aku jalan kaki lepas kelas tamadun, tiba2 ada kereta kancil berhenti lambai2 tangan kat aku. rupanya roomate kawan aku, aimi ke hapa namanya. dia tumpangkan aku balik. ada lagi beberapa orang juga aku tumpang kenderaan mereka. terima kasih banyak2.
.........................................................................................................................................................................

sedikit pencuci mata dari aku... aku download2 tadi untuk hiasan entry. plain aja entry ku tanpa gambar. the bold, the macho, and the beautiful



dia ni kan.... bagi aku, dalam meet joe black lah dia sangat pretty hensem segala. dia dalam watak 'the guy in the coffee shop' bukan watak yang lagi satu tu. hensem yang amat. watak tu nice amount of charm, nice amount of masculinity, nice amount of pretty, segalanya secukup rasa. his jar is........ (finish with your own word). =)

Tuesday, November 18, 2008

my skin like baby's skin, amazing!!!

sir richard branson

uweekkk.... haram jadah gitu tajuk title. tak ada lah my skin like baby skin. korang ingat tak dalam tahun 2001-2002 ada iklan sabun dove. dalam iklan tu seorang perempuan (nama dirahsiakan), berkata. kulitnya semulus kulit bayi selepas menggunakan sabun tersebut. ending skrip beliau tu lah... 'my skin like baby skin, amazing!!!. mesti korang tak ingat.

next up, apa hal aku letak gambar world famous virgin('s boss) tu?? sebab before aku lelapkan mata lepas subuh tadi, aku teringat2 dia ni. tak tau kenapa. penangan orang billionaire kan... tak ada kena mengena aku boleh ingatkan dia.

sebut pasal skin skin ni kan.... aku dah bertukar kepada garnier. tak lagi memakai ponds. kerana... tenpoh hari ponds tertinggal di kampung, bila aku singgah guardian untuk beli baru, aku tak jumpa ponds aku berkenan sebaliknya ada garnier. harga lebih kurang aku beli lah garnier. sama juga fungsi nya untuk menghalang muka berminyak. tapi aku rasa still juga boleh deep fry ikan kat muka. berminyak hokeh. kena pakai selalu kot?? tak ada lah tiba2 effect garnier tu boleh buat muka aku berubah menjadi fasha sandha. hahahahahahaha... aku guna yang warna biru bukan kuning. aku tak suka dengan pencuci muka dengan kesan pemutih. ala2 pakai klorok saja rasanya. ya muka kau putih. kerana kulit kau terhakis. tak yah lah nak putih2 kan muka ni... aku rasa lah. if you are insisted, what can i do. aku bukan pekerja kementeria pencegahan pemutihan muka. still my skin is not like baby skin. aku dah 20 something baby apa nya lagi??? nanti lah ada duit ribu2 nanti aku buat facial di kedai dengan neutrogena, dermalogica, damoskis... segala bagai.

eh... terlanjur bicara pasal pemutih muka ni..... kan ada sekali tu aku tgk dalam realiti tv orang amerika. nama keluarga di rahsiakan. mereka ni kaya nak mampos. satu scene tu the daughter bawa ex bf nya ke rumah. kira2 nak mandi kolam entah apa entah... parti or sumthing. tapi si ex bf tak ada baju tukar. so si daughter tu bawa pg masuk closet bersaiz bilik tidur. dia suruh saja si ex bf tu pilih2 baju kat dalam tu. banyak gila baju macam kedai baju. kat tepi2 ada sejenis alat kosmetik. alat kosmetik ni milikan ayahnya kot, tak pasti lah siapa punya. so si daughter suruh try kat si ex bf tu. si ex bf tak lah try2 terus, dia tanya2. apa bahan yang digunakan untuk buat bahan kosmetik tersebut. si daughter kata foreskin. hahahahaha senyum aku. apa hal lah nak buat kosmetik guna foreskin??? kontoversi kalau kau buat kat malaysia ni hokeh...

si ex bf dah geli2 gitu. nak letak somebody's (or many bodies) foreskin extract kat muka. kau tak pelik kah?? daughter tu kata berkesan lah kosmetik foreskin tu untuk melembutkan kulit wajah dan membuang garis2 halus (lebih kurang lah ya.... ).

si ex bf sebagai remaja belasan tahun yang curious, pun tanya lagi. 'how they obtained the foreskin?'. 'pergi hospital, collect satu2 ke?'. aku rasa hospital jual foreskin ni kat kosmetik kompeni. tak ada nya nak bagi free2 macam tu. sebab kompeni kosmetik kan komersialkan benda tu. sejauh mana keberkesanan foreskin menjadi alat melembut kulit wajah tak tahu lah pulak.... but kosmetik jenis tu lebih mahal lah... banding kosmetik minyak sawit korang.

kisah barangan kosmetik yang aku pernah encounter ada lagi 2-3 cerita. ada sekali tu aku baca katalog jual kosmetik, kata ada satu serum (anggap aja serum) yang berkesan untuk membuang parut, scarface, birth stretch, surgical scar... dan serum ini dibuat dari placenta kambing. kes dalam drama bersiri nip/tuck, lagi pelik krim muka dia.

renung renung kan... selamat bermekap!
..........................................................................................................................................................................

aku lagi cuak buat disertasi dari ambil exam. ada orang kata dia dah tak boleh lagi ambil exam lepas abis bachelor deg. tapi kan kat malaysia ni memang adat kau kena ambik exam sampai pencen. lagi pun viva voce tu pun sejenis exam juga. oral punya lah...

aku tak kisah nak jawab2 soalan atas paper ni. bukan kerana aku bagus. tapi kerana aku pemalu *erkk... (hahahahahahahahah ya benar aku pemalu hahahahaha). aku tak suka present segala barang. assignment, conference apa tah lagi thesis. semua aku tak suka. kalau kau nak berkomunikasi saintifik dengan aku, sila baca teks yang aku tulis. nak tanya, sila hantar email. aku nak bentang2 aku tak suka. tapi tak boleh nak elak juga. present tetap kena present.

tak lama lagi aku nak exam ni. entah lah... redah saja. exam jak pun bukan nya kena berada di barisan hadapan perang di baghdad. (ceh nak senangkan hati sendiri).

eh.... kat luar rumah ni sedang kelantang kelentung maintenence baiki rumah. takut aku. ya lah kan buruh asing ni kau tak boleh percaya sangat. aku dah kunci semua entrance. dah seharian tutup tingkap ni. kunci pintu, tutup langsir. rimas juga. tapi keselamatan lebih penting.

membaca di jalan ketiduran

tadi aku baca2 nota. aku mengantuk aku tidur kejap. bangun, lepak dengan kawan. bagus kan.... walaupun exam tinggal berapa hari sahaja.

kami bercerita tentang segala macam perkara yang berlaku di planet bumi. dari masalah pelacuran sehingga lah kepada software yang berguna untuk membina pokok evolusi phylogenetik. tak ketinggalan isu2 popular seperti penceraian artis dan juga abnormality bentuk sel darah merah. begitu wide range of topik.

apa pun, actually tadi tiba2 aku takut duduk dalam bilik sorang2 tu sebenarnya aku pergi menggigihkan diri untuk bersembang2 dengan kawan. aku plan nak tidur dengan lampu terpasang. seperti bunyi tajuk lagu kan.... sleep with light on.
..............................................................................................................................................................................

kenapa lah blogger ni tiba2 bertabiat buruk. ada teks bertulis ink merah berbunyi 'could not contact blogger.com. saving and publishing may fail. retrying' ceh baru aku nak kutuk2 dah hilang dah ink merah itu.

dan selang seperenggan dia muncul balik. ada orang kata bahawa apa2 laman web yang diambil alih oleh google akan tiba2 berkelakuan buruk dan tak boleh dipercayai. baru2 ini fs dah bengong ataupun tercrowded... lantas kawan aku yang 200+ tu tinggal 22 orang. fs adik aku lagi malang. kawannya dah tinggal kosong. aku rasa kan ini angkara serangan boot adder (apa maksud aku tak tau). menyebabkan fs menyaring penggunanya sehingga pengguna yang betul ikut tersaring sama. aku rasa.

fb juga tak ketinggalan menjadi buduh. lambat saja dia nak layan aku. tak tau kah aku ni pengguna networking site yang tegar. fb dan fs ialah medan sosial ku. tempat aku stalker orang2. ceh tak suka lah kalau asyik error sana sini. tak selesa aku nak stalk orang hokeh.
...........................................................................................................................................................................

aku tak suka keayuan plastik. kenapa harus ada keayuan plastik. kau ayu kau ayu. thats it. kau tak ayu kau tak ayu. thats it. tak payah jadi plastik. dalam gambar buat2 comel. cakap english macam paris hilton jawab soalan press. betul lah english grammar segala tu. tapi bodoh bunyiknya tau.

aku rasa ramai orang dah start perasan dirinya paris hilton sampai nak jadi macam paris. sedangkan tak sedar diri, yang paris hilton sebenar tu heiress, party goer, socialite, yang engkau tu cuma lah seorang yang shopping sekali seminggu, dan pendek kata langsung tak paris.

kemudian ialah, kenapa harus nak bagitau semua emosi dan perasaan di dalam fb dan ym. kan ym kita boleh tulis status. contoh; tak payah lah kerana kau sedih rambut kau sompak akibat sendiri potong sendiri cari sakit kau nak elaborate panjang2 dalam status ym.kalau ya pun kau mencanak2 sedih cukup lah type 'sedih, rambut ku sompak'. nanti kawan kau concern dia buzz lah tanya 'apa hal rambut mu sompak'. ini nak jugakkk tulis 'aku potong rambut. sompak. nak pergi kedai baiki. aku merasa sedih yang hamat sangat'. macam siyalll ok.

aku pun tulis juga emosi dalam fb. ya aku tulis. sekadar eksperasi ringkas. seperti jlasyko scanteen is pedih ulu hati. jlasyko scanteen is bercuti hujung minggu. semata2 status bukan nak tarik perhatian meraih simpati mUrraHHHHannnn... berhormon lah nak elaborate panjang2.... orang tanya jawab. tak kisah lah. fb aku boleh terima lah. ym... tu huisy... geli aku.

aku ni part time cari makan jd advert agent, tak adalah banyak. sikit benar hasilnya. tapi tak payah lah sinis, kalau aku terdesak2 betul iklankan billboard aku. tak suka, buzz off.. nak sindir2... patut kah aku ulang lagi???. ya patut. aku tak suka penyindir. aku tak suka sindirian. jangan cari pasal.
..........................................................................................................................................................................

korang pernah nampak/jumpa orang bercinta tahap geli tak??? belum apa2 dah plan2 nak ada anak??? belum apa2 dah membahasakan 'kakak ipar' 'adik ipar' ipar duai biras menantu mertua???. aku pernah jumpa. well aku nak carot sikit ya... orang lain pun bercinta juga, tak ada lah nak beriya2 tayang kat satu planet bahawasanya saya hanya cintakan awak, dan saya pasti awak mesti cintakan saya juga. makan minum pun mak ayah tanggung agak2 lah nak bercinta sampai declare 5 benua nak kena tahu. aku rasa tak ada majalah gossip nak ambil tahu kisah cinta korang. tak ada stesen tv nak buat realiti untuk cinta mu. tu ponggong si kim K pun tak abis muat kat layar tv, nak masukkan ponggong kau jugak??? tak payah simpan saja hokeh.

setakat perasan buat pout sana sini boleh lah kot... perasan saja. pout saja. duit ada sama banyak macam paris? ada drive kereta sama macam kim? ada pay check berjota2 macam lindsay? tak ada. kesudahanya kau pakai baju mahal2 cap mng tapi kau nak makan scrapp duit. bagus juga. diet katanya. katanya. tak apa ambil sudut positif, dia mampu beli cuma dia menjaga permakanan.

tak berkenan sangat aku ok. (kata positif??? tak tally betul aku ni.)

kes sebenar: not so long ago i knew a girl. pandai pun pandai (at least lebih dari aku kot). cantik? subjectively, cantik lah juga... bergaya pun bergaya. wangi pun wangi. dulu nak dijadikan cerita dia ni bercouple dengan seorang budak lelaki. tak lah aku tau namanya. biasak lah couple. pegang tangan, pegang bahu. so aku tengok dari jauh. tak pulak aku pergi tegur. 'wei haram lah pegang2'. aku pun bukan mulia sangat.

geng2 aku ada juga 2-3 kali cerita2(read: mengumpat) pasal dia. licin2 buah kedondong diluar licin didalam ada tajam2. dia ni nak kata alim2 alim lah juga. at least apperearance lebih alim dari aku. ialah kan aku suka hiphop dulu. konfem aku pun perasan aku ni macam dr.dre. lepas tu abis macam tu aja. tak tahu pulak kesudahan cerita. kerana kami mengambil halauan masing2. (by saying ikut haluan masing, aku still tak jadi artis rakaman syarikat dr. dre sampai sekarang hahahahaha)

tak berapa lama kemudian. aku tertahu maklumat2 pasal dia ni. dia dah couple dengan orang lain yang hensem. anak orang berada dengarnya. ok lah. dari personaliti semasa dia couple dengan anak orang berada ni, dia sangat innocent. huisy... lemah lembut, ayu, menjaga penampilan, solehah. pendek kata kontra dengan personaliti semasa dia couple dengan lelaki dulu yang pegang2 bahu tangan tu(except masa dulu dia suda ayu2 juga).

yang menjadi lelucon nya bila dia taip pasal betapa dia seorang yang pious, (tak ada lah dia tulis 'i am pious'). tapi ala2 dia tulis tu menunjukkan dia ni sejenis yang alim. dan couple dia anak org kaya tu pun pilih dia kerana dia alim. cukup membuatkan aku teringat peristiwa pegang tangan dan bahu dahulu. nak claim diri sendiri pious? susah beb. ok lagi kau kata kau orang baik. banding nak claim kau pious.

so aku rasa dia ni either hipokrit atau dah insaf. apa pun. still ada hunch bahawa dia ni plastik2 polymer gitu kan. tak pun sesumpah. kawan aku kata bf nya yang kaya tu pun spesies sama macam dia. berlagak2 gitu. ya lah kaya hensem. mana tak. paling tak tahan ialah.... hahaha part perasan terlebih hensem tu.... dan si gelfren pun bukan main lagi. taip: 'he is good looking'. itu tak cukup. yang part hygeine freak tu aku tak tahan. huhu pembersih sungguh boifren itu kan..... ya lah entah2 bilik tidur sangat sterile sampai boleh jadi operation theatre.

therefore i maintain my statement, pink is too cliche for girl. yep english aku tak best.

tak lapok di hujan tak lekang dek panas, baik aku carot dari aku hempok.

p/s: internet slow, sangat slow. aku geram.

Monday, November 17, 2008

carutan hari isnin. sikit saja pun...

ceh apasal ini internet slow...

baru tadi aku keluar kejap isi minyak... (cerita isi minyak lagi). tak ada lah apa2 hal yang unik pun biasa saja mcm orang lain isi minyak. nak dijadikan cerita tadi waktu aku nak tukar lane, ceh ada sebuah kereta hitam berdesup... nasib baik aku mengelak. aku dah kasi signal... still dia tak kasi chance... siyalll.

banyak pula kereta tadi. agaknya populasi likas-sulaman-inanam ni kehabisan minyak pada waktu yang sama.... tapi biasa lah kan. still ok2 saja lah. bila nak balik, kereta banyak lagi berdesup2. so bila aku nak keluar dari stesen tu slow lah sikit. boleh sebuah kancil biru tua yang hanjeng hon2 aku. cilakak. perempuan pemandunya. kau kalau nak berak, cirit aja dalam kereta kau tu, bukannya orang tau pun... ni nak hon2 masa kereta tengah banyak. aku rasa perempuan yng hon2 tu memang nak terberak lah. dah besar pun, tapi bila nak berak still nak merengek2 dengan hon.

then aku balik. singgah kejap di pasaraya kegemaran untuk membeli sedikit bekalan makanan.
bnyk juga duit aku abis walaupun cuma keluar lebih kurang setengah jam. tadi pagi masa nak keluar... seluruh kf ni memang terbabas bangun pagi rasanya. kami keluar pukul 8.46++ tapi jalan masih jam. bila lalu federal complex, fuh orang punya ramai, kalau jual kerepek mesti laku tu... beratur siap berpayung2. bila nak masuk gate ums pun still juga terstuck, sbb kereta banyak. hahaha hari isnin ni rasanya semua orang sibuk.

kelas so-so macam biasa. tak ada luar biasa. kecuali cikgu aku cakap jepun 2-3 patah perkataan. bukan dia cakap jepun dengan kami, tapi tiba2 semasa kelas sedang bersidang, seorang jepun (rasis kah aku???), segan2 pula nak masuk kelas tu. dia nak letak barang saja pun. pas tu cikgu jemput2 jepun tu masuk. dia cakap 'hait' 'hait'. kagom aku seketika. ya lah cikgu tu cakap jepun kan.... hahahah.. aku tak pandai cakap2 jepun ni.

lepas kelas kami, bilik tu digunakan untuk kelas pengenalan kumbang. lelaki jepun tu pakar kumbang. aku pre-assume jepun tu lah yang mengajar. aku tau nama dia, tapi tak nak lah sebut2. he is nice and very hardworking. tak ada tea time 3-4 kali sehari macam admin clerk di seluruh malaysia ni. dan aku notice, dia selalu pergi field. sebab setiap kali dia berpergian ke lapangan, dia akan tulis note di pintu ofisnya. kadang2 kinabalu, kadang2 ke ulu kimanis,dan pernah juga ke bukit ums yang sebelah saja dengan banguan ofisnya itu. dia dah tua juga lah... still kerja dengan gigihnya. simple saja pun dia ni. selain pakar kumbang ni ada lagi seorang jepun tapi tak pasti dia kerja bidang apa. rasanya lebih kepada molekular kot... jarang jumpa seorang lagi ni.

salah satu sebab aku tak ada plan nak kerja dengan saintis jepun ialah, mereka sangat rajin. rajin dan rajin. selain, japanese ni kan kita yang kena cakap jepun dari mereka nak cakap english. so kalau kau pandai cakap jepun, kau ada big advantage lah andai kerja dengan mereka. sebab bila mereka cakap english... hahah aku yang tak berapa pandai cakap english ni pun boleh kutuk mereka. pernah sekali seorang pelajar post graduate dari uni. kagoshima bentang kajian dia pasal labah2. aku siap senyum2 kat depan muka dia, sebab dia nak sebut nombor dalam english pun berfikir2 lagi. kajian menarik jangan cerita lah... aku yang tak tahu menahu pasal labah2 ni pun tertarik. cuma tu lah.... masalah bahasa pengantar.

internet slow ni.... ceh menyampah ok. aku baru nak jadi fashion police ni... malam karang lah ya.

Sunday, November 16, 2008

tak salah kasut buatan gombak........

tahu kan pasal ashraf sinclair kahwin dengan bunga citra lestari. ha kat bawah ni adalah gambar2 mereka. mostly ashraf lah ya.

semua gambar dibawah ini diambil dari bashinlove.com. aku credit ya.. laman web ni. maksud bukan milikan saya gambar2 ini. photos below are taken from bashinlove.com.

aku bukan nak mencemar blog ni menjadi blog hiburan2 gossip. tapi aku nak highlight busana yang disarung oleh pengantin dan keluarga mereka... cantik2 semuanya. ya aku suka... aku nak tengok lebih banyak gambar aisyah sinclair. tapi sikit saja mereka letak dalam bashinlove.com tu... after all, not her yang kawin, abang dia kan....
untuk majlis resepsi di jakarta ni, baju mempelai, aku tak berkenan lah sangat. tapi tak kisah lah kan, bukan aku yang bayar bukan aku yang pakai. mcm crowded lah baju mempelai. apa pun both are beautiful kan.. sarung lah apa2 pun hensem juga ashraf tu... my favret dalam gambar ni baju yang dipakai oleh ayah sinclair. baju hitam, siap ada rantai tu.. suka lah baju tu. baju 2 org lelaki ditepi kanan dan kiri pun ok. but the head gear tu i tak suka.

this one is better. baju yang ashraf pakai masa nikah ni aku lebih suka banding baju yang dia pakai masa resepsi di jakarta. cantik dan menarik. dan aku rasa mahal pun ya... cantik lah baju ni... err... you may kiss the bride (alamak tergossip pulak). berani cium berani nikah gitu...

matched colour... dengan sampin. terbayang aku andai ashraf pakai songkok kaler conservative hitam. sesuai tak??? songkok putih pun ok juga. ashraf pakai apa pun cantik... hahahahahaha... oh ya yang kanan tu his brother rasanya... brotherly love... abang kawin adik jd bestman. jaket ashraf tu sangat cantik...

gambar terbaik bagi aku dalam banyak2 gambar dalam bashinlove tu ya... tak tau lah yang ni posing atau candid2 tapi nampak sangat menarik dan aku sangat tertarik dengan photo ini. ya disebalik jaket ashraf, dia pakai baju yang lengannya berbutang (baju melayu biasanya tak berbutang lengannya). fokus dengan cincin gambar ni. token of love..... =)

perasan tak aku cuma komen2 baju lelaki. sebab aku memang tak berapa nak pandai komen baju2 perempuan.

gambar resepsi di malaysia, mereka belum upload dalam bashinlove. tapi aku dah tengok dalam blog2 lain. ada 2 majlis, satu pakai baju melayu, dan another bertema english wedding. jaket ashraf dalam english wedding tu aku suka warnanya. (semua lah bah, suka dengan ashraf hahahahahahaa). malas lah pula nak download2 lagi. sebab baju2 mempelai dalam both malaysian reception cantik2.

aku buka peminat ashraf atau bunga. cuma kebetulan ada gambar2 mereka kawin dipublish di internet, dan gambar2 tersebut cantik2 semuanya. baju2 si bunga tu, tak tau pula macam mana nak komen. so tak ada komen. bunga cantik orangnya. ya... kedua2 nya cantik.. selamat berkahwin kepada mereka.

big credit for bashinlove. for more photos of ashraf and bunga's wed go here.

p/s: .....kasut buatan gombak kan cantik.

Friday, November 14, 2008

paranoid kah??? mencarut jak..

asasnya apa yang aku tulis dibawah ni berdasarkan perasaaan dan juga ajaran pengalaman. jadi ada kemungkinan berlaku kesilapan disana sini.

apa yang aku tulis didalam entry ni bersifat menyinggung. kalau ada sesiapa tersinggung lekas klik iklan di side bar. oh ya.. akaun nuffnang dah bertambah sebnyk 50 sen menjadikan pendapatan mingguan rm0.75.

.............................................................................................................................................................................

aku kan paling lah menyampah orang suka menyindir. aku pun menyindir juga.tapi aku tak suka menyindir selalu. kadang2 lah aku sindir2. jarang2 juga. aku suka sykologi war. yang aku put some pressure sampai orang tu jadi kucing yang sangat kesian. aku pull every string supaya musuh aku tersungkur. i mean it. kejam kena kejam pukul berabis.

kau nak lawan aku. kau gang up lah try tengok. aku senang saja, either aku mengalah atau aku fight sampai musuh tercirit bawang. aku mengalah biasanya sebab aku tahu aku nak lawan pun tiada faedah positif berguna. atau pertelingkahan hanya akan membuat ada orang yang tiada kena mengena terkena tempias nya. aku suka straight fight. kalau aku tak suka A, tak semestinya aku tak suka isteri A. ok jak pun. tapi kutuk tetap kutuk. aku lebih suka mengalah dan memelihara apa yang baik. dari menang hands down tapi hilang apa yang baik.

kes sebenar. aku tak suka boifren kawan aku. terus terang aku mengumpat si boifren didepan gelfrennya. terkedu si gelfren dengar boifrennya kena kutuk. biasanya dah tahap aku mengutuk depan tuan punya kekasih sangat jitu lah ketidaksukaan aku tu. selagi aku boleh tahan aku tahan. cuma aku tak pernah larang pun kawan aku nak berboifren dengan boifrennya. aku dengan kawan aku tu ok jak pun. walaupun obviously aku tak suka bf nya tu. last2 aku tak kutuk lagi, sebab aku nak kekalkan hubungan baik dengan kawan aku. walaupun aku mmg tak suka dia berboifren dengan jantan perasan bijak suka cakap besar, konon2 anak org kaya tanah kebun 200 300 ekar tu. sekarang ni tak tahu lah mereka masih bercinta atau tak. kawan aku tu jenis baik lah juga, so dia pun still nak kawan aku walaupun kekasihnya dikutuk2 oleh aku.
..........................................................................................................................................................................

berapa kali lah aku nak kena mencarot. Jangan persoalkan kecurangan aku andai kecurangan aku tak membawa apa2 erti dalam kehidupan engkau. aku curang. abis tu??? perkhidmatan letrik rumah kau ditamatkan kah??? tak kan. kau tetap boleh bercanda pasang lampu tiap2 malam nak pasang tak tutup sampai ke siang pun kau boleh.

so setakat nak dush2 sekali dua kali dengan kata2 siyall tu... simpan. kesian kan diri kau dulu. apakah kau nak tercirit bawang??? siyall...

bila aku warning, 'alert2 ada babi' tapi orang kata kat aku, 'apa kau nak risau? bukan babi masuk dalam mulut kau pun'. last2 ha... bila babi dah nak termasuk dalam mulut semua orang baru terburai kain mencanak2 alert 'ada babi ada babi ada babi'. bila aku pesan, kalau tak nak ikut pun dengar. supaya tak ada babi masuk dalam mulut sesiapa.

apasal semua orang nak jadi mcm siyall... aku setakat orang nak menyebok boleh. tapi jangan lah nak melontar kata2 siyall. aku curang kau pula jadi mulut siyall apa hal???? effect dengan pembuluh darah kau kah kecurangan ku??? ceh....
..........................................................................................................................................................................

aku jenis minta tolong orang kalau aku susah ok. tak bermakna aku tak ada duit nak top up hp aku call mintak masuk bersamamu di tv3. cuma aku tau bila sepatutnya aku kena minta pertolongan. and aku separa nafi aku clingy. sebab most of the tym aku lone ranger. banyak barang aku buat sendiri2.

biasalah kan ada orang tolong ada orang reject. dan aku ni memang berhormon sensitip bila kena rejection. sebab tu aku dah malas ajak sesiapa pergi lunch. sejak kes terakhir di ukm dulu. bila aku lapar aku makan belasah jak, dah malas nak ajak sesiapa. aku tahu semua manusia pandai cari makan bila dia lapar, tak payah ajak.

dalam hidup ini mmg ada rejection. siapa suka rejection???. ayam daging saja yang suka kena reject sebab dapat pro long idup dia dari kena sembelih dijadikan sumber protein.

aku pun tahu baca symbol kesiyallan dalam rejection. ada rejection yang semata2 rejection. dan ada rejection yang bersifat siyall. atau kesiyall2lan. yang rejection ke-2 tu memang tunggu masa jak aku nak pulang balik paku buah buahan, paku zink, paku belanda, paku pakis. tunggu dan lihat.

berharap lah aku melupakannya. sebab aku pun berharap aku tak pulangkan paku dengan sesiapa unless org tu patut kena paku, dan aku betul2 nak memaku.
...........................................................................................................................................................................

kan dah beberapa entry aku mengarut dan mencarot pasal serangga. dan kini, serangga tu cuma serangga dah tak payah nak mencarot2. means dah tak jadi masalah sangat. kecuali menjadi domestik pest saja. tadi ada lipas berlari2 dalam bilik, aku try sapu... berdesup2 dia. langsung aku ingat bahawa lipas ni serangga kuno yang dah kolonizied bumi berjuta2 tahun. so biar saja.

aku ni celeberate everything with cash. jarang2 nak beli hadiah yang solid, seperti sebijik kamera sebagai hadiah hari jadi, atau sebijik handphone utk hadiah ulang tahun. aku kasi cash berapa yang aku mampu dan kau buat lah apa2 yang kau nak dengan cash tu. dan aku pun suka kalau orang kasi hadiah cash. lagipun aku dalam beli2 hadiah ni memang lah tak berskill. asyik2 beli hadiah yang tak sesuai, seperti hadiah novel untuk seorang bibliophobic.

jadi aku ada tendency menyelesaikan masalah dengan duit. aku tak punya banyak duit, tapi aku suka selesaikan masalah dengan duit. contoh: aku nak minum air. aku tak masak air. aku beli air dikedai untuk diminum.

so bila aku encounter difficulty dengan serangga, then salah satu solution yang aku terpikir ialah penyelesaian menggunakan duit.

nasib baik, pertukaran milikan wang tak diperlukan. sebab cuma guna negotiation skill, dengan bantuan beberapa pihak. so tadda... masalah selesai. tak lah smoothly. in the end aku anggap case close. and fucking move on. masalah dah selesai. nak fikir apa lagi.... banyak lagi perkara nak buat.

ada orang yang tak nak move on. sedangkan benda tu tak ada kena mengena dengan mereka. aku tak tahu kenapa?? saja nak ungkit sana sini. sindir sana sini dalam apa jua macam. sekarang ni everything available on9. even perasaan pun ada. ya seabstrak2 perasaan ada dalam online.
apa yang org tak tahu dan sekarang semua orang tahu. macam aku lah lepaskan perasaan dengan blog aku. suka hati aku.... bila ada sesiapa tersinggung, percayalah mereka dulu yg menyinggung aku.

berbalik kepada orang tak nak move on... seingat aku, aku tak guna duit simpanan aku dan aku tak guna duit simpanan orang lain dalam setel masalah yang hari itu. masalah tu selesai. bila dah ada cakap2 seperti: 'dia ni jual burung, dia pandai tangkap burung nanti dia boleh jual kau boleh beli'. ini sudah menyindir. dan aku ulang buat kesekalian kalinya aku tak suka sindirian.

aku mungkin paranoid dan mula mengetuk kibod dengan keras dan cepat sebab aku rasa aku dah marah. sebab bunyi ayat itu seperti siyall. aku dah tak perlukan burung lagi so jangan nak jadi siyall menyindir2 masalah lama yang aku sudah setelkan. apahal kalau aku beli penyelesaian masalah aku???? apa kena mengena kau nak sindir2 nak jual2 burung ni. masalah sudah setel. just fucking move on. tak payah nak jual2 burung lagi, tak payah nak tangkap2 burung lagi. tak payah tak payah tak payah!!!!!! tak payah siyall!!! tak payah nak jadi orang tengah nak jual burung!!! tak payah promote. tak payah nak berlakon nak jual burung...sebab aku akan marah...

jangan main dengan api. jangan jangan jangan.

ingat aku suka selesaikan masalah dengan duit. jangan berani2 jadi masalah aku. jangan kata aku tak warning. aku dah warning.

aku dulu pernah datang tempat orang. aku behave. bila orang datang tempat aku dan jadi siyall. lebih baik hentikan kesiyallan itu. ini bukan tempat kau nak jadi siyall!!

Thursday, November 13, 2008

hari khamis malam jumaat

hari berapa ya... oh hari selasa yang lepas kan aku beli hadiah untuk diri sendiri. dari beberapa minggu lepas aku benar2 nak pencil case baru. actually dah lama juga rancang2 nak beli. cuma lately dah betul2 decide nak beli. tadaaa... dah beli. sebab pencils & stationery aku terabur. aku memang ada pencil case. cuma tak boleh tampung. so aku beli 1 lagi. yang pencil case lama tu dah lama dah tym aku 2nd year lagi, dan mahal sikit. haha. kali ni aku beli yang murah2 design pun conservative jak. berwarna khaki (my favret kaler). ada gambar teddy bear dan berharga rm6.90. murah jak... tu pun lebih 15 minit rasanya aku cangkung pilih2. sebab nak yang termurah dan tersesuai dengan kehendak aku. aku nak yang besar sbb nak letak segala stapler, dawai kokot, klip kertas, liquid segala mcm. dan pencil case yang baru ni bukan nak bawa jalan2 cuma letak atas meja. boleh ja aku letak kole satu sbg bekas pensil. tapi aku nak pencil case lah juga. lebih praktikal kononnya. yang pencil case lama tu aku plan nak bawa gi exam yang bakal menjelang tak lama lagi.

aku ni kedekut juga sebenarnya... sampai punya lah lama aku banding2kan harga tu. ya lah nak jimat duit kan... tapi kalau korang tanya my siblings, itu lah jawapan mereka utk gambarkan attribute yg ku mliki. kedekut. ada 1 lagi barang aku beli hari selasa tu, iaitu magic board utk anak buah. magic board ni kan tulis tak payah guna ink, dan kalau padam, kena tarik saja satu benda mcm zip utk padam contengan itu. mainan budak2 ni sebenarnya. aku nak beli 2. 1 utk anak buah, 1 utk aku lah (hahahahahahahahahahahah). murah saja rm2. so oleh kerana ada jual 1 saja tym tu. aku beli lah utk anak buah dulu. hahaha.... nanti2 aku beli utk aku. yang lebih besar.

aku suka magic board ni, sebab bila kau rasa nak menconteng, tak payah guna kertas, jimat duit beli kertas, jimat ink, dan kurang lah pokok2 yang terkorban utk kertas. cuma benda ni lebih kpd toy dan tak sesuai kau nak buat utk salin nota kuliah.

..........................................................................................................................................................................

sebelum aku on kompite ni, aku baru baca pasal teori Motoo Kimura. dia dan kawan dia gariskan 5 prinsipal berkaitan teori itu. aku baca2 pergh..... sampai prinsipal ke 3, aku dah start bersilat. mengelamun saja lebih. baru aku tahu kewujudan teori ni. walaupun setelah aku google teori ni dikemukakan sekitar 1960 an atau 1970 an. ini non darwinian evolution ni. apa2 lah... tak berapa nak paham sangat. kalau dah dia siap tulis amino acid, histone, segala barang enzyme.... hemoglobin. aku molekular ni memang dari dahulu kala agak lambat nak paham.

esok kelas akan berkisar sekitar teori dan segala extended story lah kan... gene2, software, key in data. nak kira berapa jarak persaudaran manusia dgn chimpenzee(tp kat gambarajah dia tulis 'pan'....) berapa banyak persaudaraan gajah dengan ikan paus. cicak dengan moyang badak sumbu.

tadikan clumsy aku terserlah. entah lah kenapa aku gatal tangan nak pegang kotak simpanan cover slip kaca tu. tiba2 benda tu terlepas dari tangan. berterabur kau.... huhu... tak pecah. nasib baik cikgu tak marah. dah lah lab tu lab orang punya. jabatan beruk-ologi punya. pergh... aku tak sempat kemas. sebab kan aku sibuk nak perhati macam mana nak guna kompite mac tadi. tak kan lah aku nak kemas barang tym cikgu mengajar benda susah tu. lagipun sayang tak ambik perhatian kerana bayaran kelas ini mencecah rm250 sejam. mahal hokeh!. berbaloinya, ialah aku dapat tau teori si kimura, dan juga guna kompite mac.

kompite mac ni tak lah aku meleleh nak dapat. cuma ya lah software tu mahal gila ofkoz. aku rasa yg jabatan beruk-ologi punya software tu pun tak berapa latest. lesen software jabatan yang beli lah kot.... apa pun... nanti kan aku bercadang juga nak buat something yang membuatkan aku kerja dengan DNA, maka harus aku belajar psl software tu. aku ni tak suka molekular, lagi gatal nak buat dna kan.... nanti jatuh bangun sendiri, menangis kesat air mata sendiri, tertekan kaunseling diri sendiri lah jawabnya. sendiri yang gatal sendiri2 kan....

ironically, aku bayar mahal utk tahu teori yang aku susah nak paham... hahahaha... tak apa lah. dah minat evolusi. hentam saja, darwin tak darwin yg penting evolusi.
..........................................................................................................................................................................

nak dijadikan cerita, tadi aku pergi beli minyak. siap2 isi minyak. kereta tak boleh start. pergh cuak. nasib baik tak ramai orang. aku pergi pun bukan peaks hour kereta kawasan likas-inanam-sulaman ni habis minyak. so tak lah kena hon2. cuma ialah kereta tak boleh start. terparking lah aku beberapa ketika di pam no.7. aku dah pandang kiri kanan mana tau lah kan tiba2 ada stranger baik hati tanya apa masalah aku. damsel in distress gitu. tapi haram... sorang pun tak perasan betapa aku berpeluh2 nak hidupkan enjin. aku call abang. tapi dia tak angkat. tgn kiri pegang hp, tangan kanan sibuk try2 start.

ikut sejarah kereta tu pernah tak boleh start di stesen minyak yg sama. sampai terpaksa panggil budak kedai minyak tu tolong tolak. huhu... aku dah bercadang2 nak panggil orang kat sana tu. dalam cuak2 tu otak tengah ligat berfikir siapa aku nak call kalau betul2 tak boleh start ni. ya lah kan abang aku tak angkat telefon td. dan andai dia dpt rescue pun aku kena tunggu setengah jam. aku try2 alhamdulilah, dapat start. menggeletar aku seketika. sampai aku matikan radio. bila dah drive, abg aku call, tapi aku ignore. bukan kerana aku marah sebab aku tak boleh angkat telefon tym driving. biasak lah adik manja baru nak belajar driving kan....

alhamdullilah, dah sampai dengan selamat di rumah. terus aku cuci kain beberapa helai. ada lagi kat laundry basket tu.. hahahaha...

yg tadi aku tengah berfikir ligat nak call siapa tu bukan apa. nanti aku main call sembarang, nanti org kata 'apa lah yang aku boleh buat???, aku bukan boleh start kereta kau pun'. malas lah kan... nanti nampak bangang jak aku. sebab tu tadi aku teragak2 walaupun kecuakkan terserlah dengan gigilan tibia. nanti orang cakap 'kereta rosak call lah mekanik kereta yang kau call bukan mekanik apa hal'. paranoid nya aku. percayalah pengalaman mengajar aku supaya lebih berparanoid.

aku punya plan tadi aku nak tolak saja kereta tu ketepi (dengan bantuan orang ramai). then aku tumpang lah org yg aku call mintak rescue tu balik. kalau abang aku tadi konfem dia akan selamatkan aku dan keretanya sekali. aku huhu... selamatkan diri sendiri dulu. aku takut hazab gila nak keluar sorang malam2 ni. dah beberapa kali juga aku keluar malam isi minyak sorang2. takut2 pun aku pergi juga. siapa nak temankan aku???? blog aku?? blog ni cuma tpt mengarut, tolong teman tak boleh lah.... aku tak isi minyak siang sebab ramai orang lah.. dengan kereta yang berpotensi untuk di hon tu.. n kan tips kata baik isi waktu malam sebab minyak kan evaporate dgn cepat masa panas.

lagi satu kalau aku isi minyak siang, tangki bnyk minyak, tak pasal aku melarat ke mana2 entah...

so moralnya; take care your own arse, kepada people yang rolling their eyes tu pedulikan.... (aku nak mencarut ni tapi kejap lagi lah....).

p/s: korang perasan tak entry sebelum entry ni tak bertajuk. aku lupa letak tajuk rupanya. tak apa lah kan biarlah tak bertajuk.