MEH LAH KLIK...

Thursday, October 30, 2008

tujuh bukan sepuluh dan Jakatarub

aku ada tulis pasal cerita 'sekali pukul sepuluh mati'. aku tak tahu tajuk cerita tu. sila rujuk entry 'sekali pukul sepuluh mati'. nasib baik kawan aku si dilla, singgah di blog dan komen entry cerita pasal tu. dia pun beritahu kemungkinan tajuk cerita aku tulis dalam entry tu.

sebenarnya tajuk cerita tu 'seven at one blow'. dan watak utama ialah seorang tukang jahit, bukan seorang pengalah (loser). tapi bila aku google ada beberapa variasi cerita dongeng ni. ada yang bertajuk 'the little brave tailor' dan ada satu tajuk yang lain lagi. hampir2 sama saja lah cerita nya. mengikut apa yang aku baca dalam internet. cerita ni berasal dari cerita rakyat german.

anggap saja lah cerita tu versi jlasyko scanteen dalam bahasa melayu tak piawai. sebab dalam inggeris pun ada beberapa variasi. walaupun sebenarnya 7 ekor lalat mati, variasi untuk blog ni ada 10 lalat mati.

terlanjur bercerita pasal cerita rakyat, aku terkenang2 semula akan kisah2 rakyat yang pernah aku baca semasa aku tak tahu apa itu internet dan semasa astro belum pun lagi seglamour sekarang. masa kecil aku selalu baca cerita2 mengarut2 ni. tapi bukan yang macam disney punya cerita. lebih kepada cerita rakyat yang tak ada dalam disney. dari malaysia, indonesia, kampung pimping dan eropah. cerita padang pasir pun aku baca juga. terutamanya kisah2 para Sahabat.

cuma sekarang ni dah jarang2 aku membaca. hahaha anak2 bawah 18 tahun sekarang ni masih baca ke cerita2 rakyat ni? aku rasa hampir semua baca sms, tak ada masa dan minat nak baca cerita dongeng.

korang pernah dengar cerita Jakatarub?, ini cerita indonesia antara yang aku tahu. sebenarnya aku dah terlupa jalan cerita ni. sampai lah satu ketika masa aku 3rd yr tiba2 aku nak sangat ingat balik kisah Jakatarub. aku tak ingat2 juga. akhirnya aku send msg dalam fs teman lelaki kawan ku. si teman lelaki kawan ni orang indonesia. nasib baik beliau membalas msg ku. dan aku pun refresh semula ingatan pasal kisah Jakatarub. terima kasih lah diucapkan.

first time aku tahu pasal Jakatarub tentunya dari buku2 cerita yang dibeli ibubapaku untuk bacaan kami adik beradik. dah lama tak membaca buku2 seperti itu. asyik berinternet saja, atau tengok tv astro.

...........................................................................................................................................................................

Jakatarub

Jakatarub ni seorang manusia yang hidup di bumi, mungkin beliau ni hensem lah waktu tu. zaman tu belum ada facebook atau pun blogger. tapi zaman tu ada mambang, siluman, dan pari2 kayangan.

nak dijadikan kisah, si Jakatarub ni suka memburu. kebetulan ada satu malam semasa Jaka memburu dia terdengar hilai tawa yang manja2 an dari sebuah kali, atau sumur atau sungai atau apa saja water bodies yang ada ketika itu. oleh kerana Jakatarub seorang lelaki macho bagai diclaim. dia pun curios lah siapa yang ketawa2 tu. nak kata gadis2 kampung. semua sibuk menumbuk emping padi. (macam yo yo saja aku kata mereka tumbuk emping, apa pun anggap saja lah betul) anak siapa lah ni? tertanya2 si Jaka. dia pun macam anak muda lain nak sangat2 verify suara2 itu milikan siapa.

Jaka nampak, ada beberapa orang gadis cantik dan mantap sedang main2 mandi manda, gurau2 (tolong jangan gunakan imiginasi, baca saja). aku nak anggap ada 3 orang gadis semuanya. bila sudah siap gurau2 sambil main air tu 3 orang yang kononnya cantik ni pun pakai sayap masing terbang balik ke kayangan. malangnya si Jaka dah drop liver, kat salah seorang puteri bidadari
cantik rupawan. Jaka sudah crush dengan puteri bongsu.

kira peeping tom juga Jaka ni. Jaka dah angau, mabok kepayang, asyik nak berburu saja. suka sangat dekat puteri bongsu. huisy.... asyik terkenang. bak perumpamaan, kalau masa sekarang ni pasti Jaka akan cari si puteri bongsu dalam facebook utk di add sbg kawan. boleh komen2 photo. mana tau puteri ada upload gambar mandi kat sumur atau kali tempoh hari.

satu hari dia nekad. selepas beberapa kali mengintai untuk buat preliminary study, Jaka dah tahu dah schedule si Puteri ni bila mereka nak mandi manda di bumi. bila bulan mengambang penuh maka puteri2 akan mandi. tapi akan segera balik sebelum terbit mentari. (ceh saja tambah rencah).

Jaka sembunyi sayap puteri. mandi buka sayap, takut basah nanti ganggu aviation. dia dah kenal betul sayap milikan Puteri Bongsu. bila mentari hampir terbit, kakak2 puteri bongsu dah siap2 nak naik kayangan. si Bongsu pulak tercari2 sayap. dia tanya kakak2 nya, tapi kakaknya kata dia misplace kot. bongsu kata tak dia letak sama2 sayap kakaknya yang 2 org tu. mentari hampir terbit, maka the two kakaks terpaksa balik kayangan takut ayahanda marah sebab mereka sneak out ke bumi. maka menangis lah si Bongsu, tertinggal.

datang lah Jaka pujuk2 si Bongsu. Jaka tanya kampung kat mana dia nak hantarkan (purak2 lah ni). Bongsu diam aja, sebab tak kan lah dia nak kasi tau kat kayangan. Jaka ajak bongsu balik rumah. Bongsu sedih2 pergi lah ikut Jaka. (Amaran: jangan percaya dengan stranger yang tiba2 ajak korang balik ke rumah. Jangan!!!).

dipendekkan cerita, Jaka pun ajak Bongsu kawin, sebab tak elok ada seorang perawan tinggal dirumah yang ada bujangan, walaupun mak ayah Jaka n adek bradek dia pun tggl sama2. kira2 Bongsu pun setuju lah, sebab alasan Jaka nanti jadi umpatan orang. so menjadi lah picking up line si Jaka. ajak terus kawin. teknik mengorat terjujur. dan juga mungkin paling ditakuti.

hidup lah mcm pasangan biasa. si Jaka berburu di hutan, si Bongsu pula memasak di rumah. tak pun Jaka pergi mengerjakan huma. tuai menuai. then adalah dikurnia seorang putera.

Jaka pelik, dia tuai padi tak banyak mana, tapi tong beras mereka tak pernah luak. hairan juga. sedangkan Jaka memang favret makan nasi. Bongsu pun masak nasi 3 kali sehari. walaupun dah kawin Jaka ni memang semulajadi ada sikap curiousity. dia pun terasa nak tahu kenapa tong beras dia tak pernah nak luak. penuh aja. berkepok2.

satu hari dia pura2 pergi turun ke bendang. tapi sebenarnya dia sembunyi kat belakang rumah. dia tengok bininya masak. bila bininya pergi jenguk anak mereka yang menangis. Jaka pun sneak in ke dapur bukak tudung periuk. terkejut dia kerana bini dia hanya masak sebutir beras. yang jadi seperiok nasi. pelik. tapi korang mesti ingat bahawa isteri Jaka adalah Puteri bidadari kayanga. so ada magis lah tu kononnya.

tiba2 bini dia muncul semula. terkujat Jaka. so bininya pun reveal bahawa dia dari kayangan. Jaka pun baru teringat balik pasal dulu2 tu. so tak lah hairan sangat, bininya tu kan puteri kayangan mesti ada magis2. sekarang magis tu tak menjadi lagi sebab Jaka dah langgar pantang dengan buka tudung periuk sebelum nasi masak. so next day terpaksalah Bongsu masak nasi mcm orang lain. dia cedok2 tong beras tu hari2 secupak lama2 surut lah beras kan. akhirnya kat dasar tong tu dia jumpa sepasang sayap. Bongsu pun terpikir2 'eh macam ku kenal'. maka tahu lah dia memang Jaka dulu purak2 saja tanya kampung dia. padahal Jaka yang curi sayapnya.

Bongsu, pun nak sangat balik ke kayangan. dia cium puteranya peluk habis. berlinang airmata, macam paip pecah. dia dah tau siapa Jaka sebenar. pencuri sayap. Jaka terkedu, sebab bila Bongsu confront dengan Jaka pasal sayap tu, Jaka tak boleh nak bagi hujah sgt. sebab mmg dia yang rembat pun. so bongsu pun pulang ke pangkuan keluarga nya di kayangan. maka terkebil2 lah si Jaka seorang diri sambil mendukung putera mereka. kesian juga lah kan. akhirnya Jaka tukar nama jadi Jack pas tu dia barter trade lembu dengan kacang ajaib.... (dah cerita lain lah pulak....)

moral nya: jangan curi sayap orang. jangan buka tudung periuk sesuka hati. dan curiosity kills the cat.

nanti aku cerita pasal 'mengapa pungguk rindukan bulan pulak' .

p/s: jika ada kesalahan cerita ini, sila betulkan. ataupun anggap sajalah ini versi aku ok.

No comments: