MEH LAH KLIK...

Wednesday, October 22, 2008

tahu kah anda?

1) sebuah buku yang terbit pada tahun 1990 hasil karya frahm et alia telah berjaya menyenaraikan sebanyak 358 species lumut jati dari 135 genus dan 46 famili. dalam karya tersebut (ceh sebut karya mcm gempak gila) juga menyenaraikan berkeping2 muka surat nama lumut hati. tapi aku malas nak kira. sebab konfem beratus2.

2) Gunung Kinabalu mempunyai kepelbagaian lumut jati yang sangat tinggi. * kerana gunung itu mempunyai montane forest dan terletak di kawasan tropika. bukan itu saja kedudukannya yg terletak di pulau borneo juga mungkin menjadi faktor peningkatan kadar penspesisan akibat pengasingan (borneo is isolated from continent and this may induce higher rate of speciation, huisy cakap inggeris!)

3) perayaan hallowen yang ramai orang malaysia mahu ikut serta merupakan saki baki amalan pagan dari eropah. perayaan pagan halloween ini melibatkan upacara pemujaan semangat (spirit) yang berkaitan dengan meraikan musim menuai. kemungkinan besar bermula di ireland. *di kawasan german dan german-bavaria juga ada mengamalkan pesta menuai. dalam pesta2 ini kerap ada kostum syaitan n ahli sihir dipakai.

4) jean paul marat adalah salah seorang yang bertanggungjawab menulis pelbagai artikel radikal dan propaganda yang akhirnya menghasilkan kemarahan rakyat perancis semasa revolusi perancis. dalam surat khabar beliau yang berjudul people's friend (translate ke bahasa inggeris, aku tak pandai eja french). revoulsi perancis telah menyebabkan beribu2 nyawa terkorban di gilotin termasuk lah raja perancis terakhir king louis dan ratunya. jean paul marat mati di bunuh oleh seorang perempuan ketika dia sedang berendam mandi ubat dalam bathtub (marat mengalami sakit kulit). oleh itu blogger hendaklah tidak menulis apa2 yang boleh memberi kesan seperti tulisan jean paul marat nanti kena tikam.

5) *pokok jagung/gandum dalam filem apocalypto yang diterbitkan oleh mel gibson ialah pokok jagung moden. pokok jagung/gandum sedemikian sudah dibiakbaka atau mengalami perubahan genetik. masa pokok jagung/gandum itu di re-engineered genetiknya adalah dalam tahun 1960-an dalam satu projek yang dibiayai yayasan rockerfeller dan projek itu diketuai oleh norman borloug. pokok jagung purba, tiosente (lupa mcm mana nak eja). tidak sebegitu, jagung purba punyai biji (seed) yg lebih sedikit dari jagung moden. oleh itu adalah tidak logik jagung moden hasil biakbaka semula di tanam semasa kemuncak tamadun mayan.

6) *autobiografi tak rasmi fidel castro berlawanan dengan yang rasmi. tapi masih selari. cuma apa yang digambarkan negatif dalam autobiografi tak rasmi digambarkan positif dalam yang rasmi. yang paling kasihan ialah kebenaran di sebalik kematian che gueverra di colombia.

7) istilah land below the wind yang kerap kali diguna pakai bagi menggambarkan negeri sabah, adalah pertama kali diperkenalkan (coinaged) oleh Anne Keith.

sila semak semula fakta bagi ayat di tanda dengan *. dan sila semak semula fakta semua ayat di atas. tapi nombor 1 tu memang aku kira betul2.
...........................................................................................................................................................................

blog ini telah mencecah hit 1000 (and counting). walaupun ip address tidak lah semua unik. tapi aku masih gembira dengan hit 1000. oleh itu teruskan buka page blog ini. ucapan terima kasih kepada sesiapa yang sudah.
..........................................................................................................................................................................

hahaha nampak tak aku mengarut2 di teks awal2 entry ni. aku baru saja siap print assignmen buat proposal tu. hahaha 2 minggu juga lah buat. tapi memang since few weeks ago aku dah buat sikit2. cuma full throttle minggu ni and last week. harap2 ok.

penatlah aku duduk menghadap kompite ni. aku asyik tertunggu2 bila lah green apple tu update blog dia, aku rasa dia sangat sibuk. tak apa lah. aku cuma nak tanya nama kompeni milikan beliau saja. lain kali pun boleh tanya kan.

ini lah aku bangun2 mata aku buka kompite. nak tidur pun aku masih menghadap kompite. mr b aku lah sangat aku sayang dan care sekali kerana amat memahami perasaaan ku. ok sayang mungkin sudah over. tapi care ya. nasib baik lah ada mr. b. i know mr b cannot understand but mr b can listen. seram aku tulis perenggan ni.

aku perlu beriadah. ya berjalan mendaki bukit ibtp untuk tapau buku tanpa izin bukan termasuk dalam riadah. aku nak berjalan2 tepi pantai or any place except shopping complex. asal nak berjalan2 pergi shopping complex asal nak jalan pergi kedai itu dan ini. cuma masalahnya aku tiada kenderaan ni. aku betul2 nak pergi kudat. sampai terancang2 sendiri2 nak pergi buta2 naik kenderaan awam. tapi selepas kes seorang pelajar dibunuh tempoh hari. aku memang agak takut lah nak mengikut kehendak hati pergi ke kudat seorang diri.

kenapa kudat? ceh aku nak pergi tanjung simpang mengayau. enuff said. harap2pergi simpang mengayau tanpa bawa broadband n laptop. buat sayang duit bayar minyak saja kalau internet connection aku pikul ke sana. konfem aku cuddling dgn internet. sia2 saja pemandangan yang indah2 tu. sebab kalau ada internet konfem aku downlod pemandangan dengan peta kudat sekali.

before pergi kudat aku mesti ada kamera. silakan tuan2 puan sesiapa yang nak berikan aku digital kamera. aku sedia menerimanya.

another place, wud be pulau2 berhampiran kk. gayana pulau gaya. manukan, memutik menyapi (pulau sapi).

ranau, kundasang. gunung kinabalu lah apa lagi kan. beside aku nak feeling2 sejuk2 mcm di negara 4 musim gitu. sekarang dah autumn ke?

juga mungkin sandakan. sebab gambar laut sulu belum ada dalam simpanan ku. last time aku pergi east coast when i was 7. sangat lah lama2 dulu. pergi tawau. why sandakan? simple, sebab RAZMAN!. lebih setahun suda tak jumpa dia. pasal razman, emm... lama gila nda kontek dia ni. razman pindah kk lah kau. (suka hati aku saja arahkan penghijrahan orang). mungkin juga danum valley sekali. asyik2 baca journal danum valley. buku danum valley. danum valley itu dan ini. perginya tidak. hujung2 download peta danum valley saja yg aku mampu.

oh ya sudah tentu penang oh penang. sebenarnya time lepas konvo dulu aku betul2 nak pergi penang. tym first year lagi aku nak pergi penang. sangat2. tapi lepas konvo lencongan ke terengganu n pahang. tapi kuantan pun bagus juga, quiet city. aku suka bandar2 yang tak berapa sibuk. aku sangat suka pasar malam around kuantan. terengganu, ada pantai di losong. tak yah tulis banyak. cantik. aku pernah pg rantau abang bersama rakan2. terima kasih kepada ombak kuat yang menyebabkan trip kami ke pulau kapas terdivert ke rantau abang.

why penang? sebab jazz club yang best... (huh ini tipu terbesar. aku mana peduli jazz club, kelab dangdut belly dancing ni semua. saja tulis supaya nampak cool) sebenarnya aku nak makan char kuey teow dan ambik gambar bnnyk2 kan penang banyak bangunan bersejarah. (banyak ekk??) and ofkoz lah sebab aku cuma pernah sampai butterworth, pulau2 tanjung2 aku belum sampai lagi. walaupun char kuey teow yg sedap boleh didapati di negara bangi, aku nak yg penang juga. lapar lah taip2 char kuey teow. ofkoz minus udang. aku tak gemar yang amat udang2 di semenanjung (sorry ya ini kebenaran). harap2 lah kalau dapat pergi aku tak mengabiskan masa di kedai siber mengupdate fs dan fb.

another place, ha yang ni sukar. sebab jauh ke utara lagi. bangkok thailand. sudah pasti tujuan tak ada kaitan dgn sex industry di sana. tapi aku punya angan2 ialah, pergi bangkok semata2 untuk menonton perlawanan muay thai secara live tepi ring saja. yep itu saja. tak payah nak bermalam. lepas tu pusing balik klia. then ambik flight terus ke penang. atau aku fly dari penang ke bangkok (ada flight kah?) sebelum ke bangkok aku jalan2 di penang. ambik2 gambar makan charkueyteow. dari bangkok terus balik klia. then makan char kuey teow lagi di bangi. oh ya kalau sempat jumpa lah warga negara bangi sekali. zup balik kk. (berapa kali tulis charkueyteow daaa...)

mana lagi ya.... miri.. aku nak ke miri. sebab????. aku nak ke miri lah. tak payah bersebab2.

senang berangan2 jalan2 dalam blog ni. sampai khazakhstan pun boleh.

nampak tak angan2 aku paling jauh pun bangkok tu pun tanpa bermalam. ini menunjukkan bahawa aku sangat tak bercita2 tinggi. kepada sesiapa yang hati nya murni niatnya tulus tanpa ada kaitan dengan kelakuan jahat yang sudi berkelana dengan aku (especially tgk muay thai di bangkok) sila2 hubungi aku ok. (gila berjalan2 dgn stranger! idea cukup tak bijak).

No comments: