MEH LAH KLIK...

Thursday, October 23, 2008

suka bersaing tapi tidak tekal

hari ini tiba2 pagi2 aku ada kelas. on call gitu. ok juga sebab aku bosan lah memerap di bilik ni menghadap kompite. masuk kelas pun aku menghadap layar projektor. tapi yg bagusnya aku dapat keluar dari kawasan rumah. memang lah ke kelas saja pun. kurang2 aku maksimakan kehadiran ke kelas, supaya berbaloi dengan yuran yang mahal tu.

kejayaan ke 2 ialah, baru beberapa jam tadi aku akhirnya sudah buat latihan phylogeny. huhu boleh aja aku buat minggu2 lepas. cuma susah sikit. terlalu subjektif jawapannya. cuma terpulang kepada aku saja nak pilih jawapan mana yg aku rasa paling sesuai. walaupun aku sudah buat cladogram tapi aku belum faham sangat bab polarization characters. entah lah bila muncul saja nombor binary tu aku pun rasa cepat2 malas nak baca. aku buat cara aku saja tadi. langkah bendul. tak payah polar2kan karekter. pilih2 lepas tu construct saja cladogram. betul salah belakang cerita.

tadi aku nak sangat pergi presentation pasal Begonia. memang lah aku tiada kaitan dengan spesies tu. tapi aku rasa ada ilmu yang boleh dicedok dengan menghadirkan diri ke presentation. contohnya, cara buat slaid yg betul, atau kita boleh screening siapa yang suka bertanya, dan soalan yang mcm mana.

malangnya aku teramat mengantuk tadi. mula2 aku balik dari kelas around pukul 11.30. lepas lunch, aku check fb. aku plan 1.30 aku nak minta abang aku hantarkan ke ums. sebab dia pun on lunch break. aku malas nak tunggu bas. sebab konfem terlewat tiba. presentation bermula around jam 2-2.30 lebih kurang. plus aku penat lah nak panjat bukit tu. tapi aku mengantuk. maka terlepas lah presentasi tu. rasa ralat juga lah. aku nak pergi tadi.

yang terlepas tak boleh kembali kan. oleh itu jadi kan pengajaran.
...........................................................................................................................................................................

bahagian ke-2 entry kali ni baru aku tulis berkaitan tajuk entry.

aku memang lah suka bersaing. cuma tak tekal. inconsistently competitive. atau competitive but inconsistent. tak tau lah betul tak english tu. sesiapa yg nak betulkan dialu2 kan.

tak bermakna aku ni semua aku nak sapu. macam ada masa aku mengalah juga. contohnya, dalam persatuan pelajar pasca aku langsung tak turut atau pun ambil tahu siapa ketua siapa pengerusi siapa ajk. tapi ada bila aku berbincang (atau bersembang, saja guna berbincang supaya nampak ilmiah) tentang sesuatu isu, aku selalu berikan ayat, berkata dgn pro untuk menyokong pandangan. bukanlah aku kata pandangan lain salah. cuma, aku beri pandangan dengan alasan2. aku tak lah nak paksa orang lain terima. cuma aku hargai jika diberi pertimbangan cadangan aku.

contoh lah kan, kita sembang pasal henpon.

aku cakap pda dah tak best skrg ni. bukan lah aku kata cenggitu sebab aku tak pakai pda. tapi sebab bagi aku touch screen pda ni sukar nak dikendalikan dengan sebelah tangan. memang lah Allah SWT anugerahkan kita dengan 2 belah tangan. tapi contohnya, sebelah tangan kau memegang buku2 atau kotak2 atau bakul shopping. lepas tu pda kau ada msg masuk, kau nak balas, kau kena letak dulu barang yg kau pegang sebelah tangan tu. lagi satu bagi mereka yg berkuku panjang (kuku aku pendek selalu ok). kan tercalar2 touch screen kau tu nanti. oleh itu keep your nails short. apa pun aku tak lah larang sesiapa nak beli pda. kecuali lah orang tu adek beradek aku. tapi walaupun adek beradek, kalau mereka nak beli pda, beli sajalah, pda jak pun bukan heroin kah, ak47. asalkan tak berlaku sebarang adverse invasive effect.

kira2 cenggitu lah. kalau aku kasi pandangan.

tapi ada juga pandangan aku yang bias.

contohnya, aku tak suka kereta dengan transmisi auto. aku lebih suka yang manual. sebab aku memang tak pernah memandu kereta auto. famili aku cuma beli kereta dengan transmisi manual saja. tapi mungkin ada orang yang suka auto. dengan alasan mereka sendiri. seperti tak mati enjin, senang, mudah. dan aku tak lah tolak. terpulang kepada masing. lagipun kereta auto pun ok juga. cuma oleh sebab aku ni kadang2 lebih konservatif, maka sudah tentu aku pilih yang manual.

aku bukan lah terlalu kuat bersaing sehingga kan semua piala, medal, reben, tempat pertama, johan aku nak rebut. atau aku mesti dapat A semua paper. tapi pada masa yang sama aku tak suka kalah. yang penting bukan kelakuan begini bukan dipraktikkan untuk semua benda.

contoh, kompite aku acer model tahun 2004 dengan centrino. dan ada seorang kawan beli kompite lebih sleek, elegant, cantik dengan dual centrino. tak semestinya aku akan terus gadai kompite aku lepas tu beli kompite baru yang jauh lebih canggih dari orang lain. buruk2 kompite aku pun yg penting aku boleh guna. tapi andai ada sesiapa nak belikan kompite yang baru aku tak halang.

cuma ada beberapa bahagian dalam kehidupan memang aku tak suka kalah. kira2 mcm kiasu lah beberapa part. sebab kalau aku ada peluang nak menang, dan aku mahu menang kenapa pula aku memilih kalah. maksud aku akan berusaha untuk menang lah. cuma bukan semua yang kita mahu kita dapat kan. ada kala menang ada kala kalah. and kekalahan mcm ni lah yang aku tak suka sekali. apa pun aku masih terima.

sama lah bila aku buat silap. aku mengaku sajalah aku silap. tapi ada masanya aku jadi defensive. bagi aku itu sifat manusia. dan bila mode defensive ku diaktifkan secara automatik mode offensive akan teraktif sama. kerana aku percaya the best defense is to offense. mcm perlawanan bola. kalau kau serang dan serang mesti lawan kau berkampung di tpt sendiri dan tiada masa untuk menyerang. maka dengan menyerang kau bertahan. kau ada peluang untuk menggolkan. tapi jika kau bertahan dan bertahan. paling tinggi kau hanya boleh seri tanpa gol. apa pun kadang2 ada masanya boleh breakaway. iaitu semasa kita sibuk menyerang tiba2 lawan boleh counter attack dan menerjah gawang. disini lah kau mesti ada goalie yang terjaguh di didunia. iaitu kau mesti read the under current, apa yang boleh dilakukan lawan. jangan leka. (ceh boleh jadi manager club aku ni).

apa pun aku defensive berhemah. mengaku kesalahan yang kita lakukan tak semestinya kita ni tak baik langsung. tapi itu sebenarnya lebih cool.

aku suka bersaing tapi tidak tekal.

.............................................................................................................................................................................

percayalah, pengalaman mengajar aku bahawa, bila kita menghulur bantuan hulurkan kepada yang memerlukan dan mereka yang menghargai.

bukan lah maksud ku kita mengharap balasan. tapi jika kita yang nak menghulur bantuan tapi orang yang kita ingin bantu menolak mentah2. maka ternyata dia tak perlukan pertolongan kita.

aku bukan lah tak suka orang macam ni. sebab pilihan mereka lah untuk berbuat sedemikian. aku ok saja nak bantu mana yang boleh tapi kalau sudah orang macam ni rasa dia boleh survive maka boleh lah tu. aku simpan saja resource yang aku ada untuk diri sendiri atau orang lain yg lebih memerlukan.

aku pun bila aku perlukan bantuan aku minta saja lah. ada masa dapat ada masa tidak. sekurang2nya aku tahu aku perlukan bantuan. ada masa juga aku menolak pertolongan. tapi aku hargai penawaran pertolongan itu. biasa aku cakap. no, thanks. (dengan nada yg ok lah)

contoh, yang ni selalu berlaku masa aku di ukm dulu. bila buat latihan kan, aku selalu tanya kawan2 jawapan mereka. bukan aku nak tiru (ada masa aku tiru juga terutama matematik, atau kimia, atau lab report). tapi aku nak compare. orang kata jenis yg macamni tiada keyakinan diri. tapi alasan aku ialah. selagi boleh melihat pandangan orang lain, apa salahnya kita bandingkan dulu. pertimbangkan, tak bermaksud keputusan kita tu teragak2. mana lah tau kita membuat keputusan yang silap. maka dengan membuat perbandingan kesilapan kita dapat dikesan lebih awal. ataupun rakan kita yang buat silap, maka kita boleh tolong rakan (andai dia sudi)

tapi ada sesetengah orang... juz mcm mana ya bodoh sombong lah. sudah tau diri sendiri lost. masih juga endahkan orang yang nak suluhkan jalan. mungkin ya dia boleh cari jalan sendiri. bukan kah what doesnt kill you will makes you stronger. bagus lah tu. maka biasanya aku biarkan saja orang mcm ni. suka hati lah.

yang jahatnya ialah. aku akan berasa sweet bila orang yang bodoh sombong ni akhirnya tahu kebaikkan menerima dan menghargai bantuan orang lain di saat memerlukan. maka bila masa itu tiba, percayalah itu lah masa paling sesuai untuk pulangkan balik paku buah buahan (buah keras).
...........................................................................................................................................................................

i am not that sweet

itu memang tak payah tulis dalam blog semua orang tahu. tapi sesungguhnya aku berhak untuk tertekan pada masanya. kerana agak kurang wajar untuk org sekeliling dan diri sendiri jika aku tertekan sepanjang masa. hidup ini tak boleh dibazirkan dengan tertekan.

tapi aku cukup tidak suka bila orang cakap 'kau tidak boleh tertekan' kepada aku. orang yang bercakap sedemikian kepada aku agak kurang pertimbangannya. kerana aku pun tak suka untuk tertekan, tertensi, terdepress, teremo (selalu juga ni). even mengeluh pun aku tak suka. sebab bila mengeluh aku rasa tak selesa di dada. bagi aku mengeluh tu sesuatu yang tak sihat untuk jantung. entah lah betul ke tak?. walaupun ada masa aku memang mengeluh. tapi percayalah aku tak suka. jangan sesekali fikir bahawa aku ni selesa nak berperasaan depress. kalau boleh nak juga carefree sepanjang masa. itu adalah lebih baik untuk kesihatan minda dan jantung, dan tekanan darah dan juga iman.

i am not that sweet. aku ada semua warna warni perasaaan. jadi beri ruang lah untuk aku berasa tertekan pada masanya. bukan salah sesiapa pun. tapi untuk meminta diberi ruang juga bukan satu kesalahan.

jika ada sesiapa berasa tertekan pun. aku rasa itu boleh. tertekan lah pada masanya. dan sekali lagi ingatan untuk diri sendiri, jangan bazirkan hidup dengan tertekan. chill chill.

No comments: