MEH LAH KLIK...

Thursday, October 30, 2008

sekali pukul sepuluh mati.

berkaitan tajuk entry.

dulu waktu aku kecil aku ada tengok satu cerita inggeris lama2 di saluran RTM2. memang ancient tahap 60' an tapi berwarna. dalam cerita inggeris tu (aku lupa dah tajuknya... dah lama kan) bersetting kan zaman dulu, zaman knighthood, dungeon and dragon. zaman labu menjadi rata dan tikus menjadi kuda serta kucing memakai bot.

dalam cerita tu pasal lelaki loser (pengalah) yang memburu gergasi. ada 2 orang gergasi dalam filem ni. pelakon untuk gergasi ni memang real, tiada CGI, semata2 pelakon orang putih berbadan besar kira2 lebih 7 kaki tinggi. mereka senang lah kot cari oversize people ni kan... kalau kat malaysia memang sukar sikit lah. kena import rasanya.

lelaki loser ni tadi, memang entah apa2 kalau zaman sekarang ni tahap mengabiskan beras. satu masa ketika dia bersarapan pagi, dia makan roti dan jem (orang putih kan), lepas tu lalat hinggap di roti yang dah di sapu jem tu, dia dengan bodohnya tepuk roti yang dihinggap lalat. bila dia tengok tangannya ada beberapa ekor lalat yang mati pada sekali tepuk. (aku tak ingat lah berapa ekor lalat, gila maveles ingatan aku andai aku ingat, kita anggap saja 10 ekor lalat telah mati).

tiba2 dia ada keyakinan. dia ambil tali pinggangnya dia pun buat takik (notch) kat tali pinggang kulit tu, 10 takik lah (anggap aja, aku betul2 tak ingat) mewakili 10 ekor lalat yang dia bunuh tu. bila dia berjalan2 sekitar kampung sebelah dan terdengar pasal kisah2 gergasi ni. dia pun tawarkan diri nak tangkap gergasi 2 ekor ni. alasannya dia kuat sebab dia pernah buat sekali pukul 10 mati. dia pun tunjuk lah notch kat beltnya tu. orang kampung pun buta2 lah percaya saja kat si lelaki loser ni.

dipendekkan cerita, lelaki loser ni tak bunuh pun 2 ekor gergasi yang sangat ditakuti oleh penduduk kampung. entah macam mana dia kelentong, gergasi tu ikut dia balik ke kampung. orang kampung masa tu dah siap2 jahit baju besar2 sebagai ufti untuk dipersembahkan kpd gergasi. akhirnya gergasi yang disangkakan ganas savage makan orang mintak ufti ni, tak lah seganas mana. cuma memang agak2 hurduh dan comot lah gergasi ni.

sebenarnya gergasi tu tak besar sangat pun. tapi org kampung dah buat baju bersaiz langsir pintu untuk gergasi tu. gergasi tu pakai juga walaupun terlondeh. si loser tu kiranya hero lah dlm filem ni sebab berjaya menjinakkan gergasi. tapi aku rasa dia tak buat apa sangat kecuali pergi berkenalan dengan gergasi. akhirnya mereka hidup berharmoni.

moralnya: korang tahu tak? mungkin ada tapi aku tak pasti apa. mungikn moral filem ni, kita jangan cepat buruk2 sangka, tengok rupa gergasi tu mcam gergasi terus2 kita sangka dia makan orang, entah2 diet nya sama saja macam org biasa.

dan yang nampak macam kuat tu mungkin ada menipu juga. yg si loser tu memang betul dia sekali pukul 10 mati. tapi yg dipukulnya tu lalat. bukan 10 ekor troll atau ogre. tapi org kampung tak nak selidik. buta2 aja percaya, dia kuat sebab dah bunuh 10 makhluk. walaupun hakikatnya cuma lalat atas roti bersapu jem yang dah terlekat kaki tak boleh terbang. apa pun not telling is not lying (tak beritahu tak bermaksud menipu) ceh aku cakap inggeris tercungap2. loser ni pun loser2 pandai juga lah korner baring sini sana.

tajuk sekali pukul 10 mati tu aku saja letak, sebab tak tahu tajuk sebenar filem lama ni. tapi macam sesuai juga kan.

kalau anda rasa ada moral lagi sebalik cerita ni, add saja dalam komen. boleh dikongsi bersama.
...........................................................................................................................................................................

tadi aku berhajat nak study lah kiranya. tapi sibuk pula dengan urusan domestik dan berfacebook. sambil2 menyanyi rap, aku baca pasal bladder. gila ketawa terbahak2 macam baca komik aku baca pasal bladder ni. mulut sibuk nak menyebut perkataan rap nyanyian si T.I. whatever you like. tapi dalam hati aku baca pasal bladder. fuyooo multi tasking tu. tapi terburai2 juga ketawa aku. apa yang lucu pasal bladder????. cuba kamu google. aku rasa lucu lah tak tahu orang lain. ni pun aku taip sambil tersenyum2 teringatkan kisah bladder tu. yang aku baca tu pasal klinikal study campur entah apa general info pasal bladder lah, bukan jokes kotor berkaitan bladder. laman web klinikal gila2. tapi mampu buat aku ketawa sambil menyanyi lagu southern rap.

then aku menyemak semula proposal aku. touch up mana yang patut. cuma tak boleh nak buat banyak pembetulan sebab aku tak tahu mana yang salah. aku buat berdasarkan komen yang telah diberikan semasa aku membentang. aku tengah tunggu feedback dari tuan gururina. so harap2 esok dapat lah (kejam tak aku... macam lah proposal aku tu penting sangat di negeri sabah ni).

aku nak study sbb exam lagi berapa minggu saja. aku entah apa2 sibuk check facebook, update blog. bila aku baru nak study, aku teringat komen di kelas pasal species diversity, species richness, species eveness, biodiversiti. tiba2 aku gelabah, aku ambil mana2 notes yang tak berapa nak ada pasal hal2 tersebut. tiba2 aku rasa aku perlu tahu pasal asas diversiti ni.

memang lah sejak 4 tahun lalu tiap2 tahun aku belajar benda ni. cuma bukan lah aku nak hafal definisi hari2. standard lah kan abis exam... dah entah berterabur definisi dalam hotak. taksonomi ni dia punya definisi komponen2 dalam bidang tu tak banyak sangat. tapi kalau kau nak hafal, tiba2 rasa banyak yang amat. biasa lah kan...

so aku pun google lah pasal species diversiti, coret2 sikit dalam buku, dan tgk nota lama2 aku. ceh aku pun tak tahu kenapa aku tiba2 nak tahu species diversiti. mungkin sbb aku takut tiba2 bila terkenang soalan apakah yang akan ditanya ketika viva voce.

aku ingat pensyarah ukm aku pernah pesan, bahawa biodiversity, diversity ni semua ada lah asas kepada apa yang kami semua tonggang langgang masuk kelas ambik exam selama 3 tahun. so jangan nak mengada2 buat2 tak berapa nak ingat.

nasib baik lah pensyarah aku komen2 tym bentang tu. at least aku tahu juga apa yang aku tak berapa ingat yang sepatutnya aku petik2 jari saja untuk ingat dan tahu.

jika ikut hajat aku, nak baca pasal inventory, tapi tak tercapai sangat. inventory beb inventory. tak jauh beza dari baca buku panduan telefon. cuma yang ni aku kena jawab tym exam.

4 comments:

Rainbow said...

sekali pukul sepuluh mati tu aku ingat lagi dari fairy tales german tajuk The valiant Little tailor / Brave little tailor ( :D aku peminat setia fairy tales)

oh ya, aku ada tengok jugak tu di tv tp lupa la the exact tajuk cerita.

"seven with one blow"

Jlascanteen said...

mungkin itu lah tajuknya the brave little tailor, atau seven with one blow. sbb dalam cerita tu mmg ada pasal menjahit2 baju untuk gergasi. sudah lama2 ni nda lah berapa ingat. masa sekolah rendah lagi. aku letak saja 10 ekor lalat. asal ada nombor bilangan.

terima kasih atas lawatan dan komen. mari2 singgah selalu.

kharis said...

saya suka dengan judulnya..
mantab bro!

ORIAJ said...

tajuk: Tukang Jahit Yang Berani
Tagline: Sekali Pukul Tujuh Mati

p/s: pernah guna cerita ni dlm pertandingan bercerita tapi tewas pada cerita sang kancil....