MEH LAH KLIK...

Monday, October 20, 2008

parti citcat bersama stranger

baru aja aku abis chat dgn stranger. tak ada lah super stranger, cuma friend of friend yang kenal thru fb. biasa lah aku kalau nak layan sembang sampai rabu minggu depan pun boleh. tapi rakan chat tu konfem lah tak kan layan aku chat sampai rabu minggu depan kan. sudahnya aku sambung chat sendiri2 dalam blog ni.

hari ini aku telah dgn beraninya pergi berjalan seorang diri di kk. yep pertama kali. ada waktu pertama untuk semua hal kan. macam pertama kali bunuh orang, pertama kali jatuh cinta, pertama kali masak nasi. oleh itu aku pun merayau dari wisma merdeka hingga ke kawasan kampung air untuk bertemu dgn penduduk kampung disana.

walaupun aku selalu merayau2 berseorangan di kl dulu. tapi adalah pelik untuk ku berjalan berseorangan di kk. kerana orang2 kampung selalunya menjadi teman setiaku.

aku pergi wisma bukan sekadar merayau untuk melenguhkan kaki. tapi sebab aku perlu beli buku. setelah ku semak di internet, buku yang ku perlu ada dijual di kedai buku borneo di wisma. harganya myr25. yep abis scrapped koyak rabak wallet ku. tadi aku cuma mampu memandang dan menyentuh dvd pirate filem righteous kills lakonan al pacino dan robert de niro. nak membeli aku memilih utk tidak. walaupun aku tau aku nak tgk movie tu..

sebelum ke wisma tadi, aku ke karamunsing utk meneman rakan membetulkan modem. yep minggu ni 2 kali modem jahanam. sekali kerana hukum alam. tadi tu sbb plug dia rosak. nasib baik plug aja yang rosak. kalau modem perlu diganti? mau aku telefon tm supaya blcklist kan dealer streamyx tu. tapi dealer tu dgn baiknya pinjamkan kami plug lain. sementara tunggu plug yang rosak dibaiki. apa malang lah nasib streamyx dealer tu dapat pelanggan macam kami. aku dah prepare nak gegar booth dia. kalau dia banyak bunyik tak nak ganti, konfem bungkus bisnes tu aku kerjakan. bukan lah aku ni suka sgt musnahkan orang. kalau peniaga menipu timbang kati maka peniaga itu bukan lah peniaga yg baik (ya modem tak dijual secara timbang kati).

siap hal2 timbang kati modem di karamunsing, aku meminta jasa baik rakan utk drop aku di wisma. selebihnya aku dah cerita di perenggan atas.

lepas tu langsung ke burgerking utk makan burger terbaik di malaysia, whopper. aku makan whopper jr. aja sbb kurang lapar. lepas makan terus ke 1borneo. saja jalan2 servay2 henpon. servay2 fax. servay2 printer. servay2 bag. servay2 kereta sport. servay nya lebih. belinya tidak. cukup2 lah beri duit dgn tokei kedai tu. i mean not now lah kan. status tak mampu.

..........................................................................................................................................................................

oh ya pasal buku tu tajuknya mestilah berkenaan mosses. bukan mosses anak si chris martin. tapi mosses atau lumut. tulisan frahm dan rakan2 german beliau. frahm pun german juga rasanya.

buku ni kalau ikut online memang available utk dipinjam di library ums tu. memandangkan aku tak jumpa2 buku tu di sana (orang pinjam tak nak pulang). aku pun nak guna sgt2. n juga nak milik sendiri buku ni. maka i think worth it lah utk dibeli. nipis aja. buka muka surat 3 konfem kau tutup balik buku ni. sbb penuh dgn text nama2 lumut di gunung kinabalu. aku baru kira ada 46 famili. genus spesies nya nanti lah aku kira.

plan utk merembat journal sumbangan kerajaan jepun untuk ums belum kesampaian. siapa suruh kerani tu tak bagi aku pinjam. aku dah minta dia tak kasi. maka aku jatuh hukum journal itu boleh dirembat. dgn syarat pulang balik. (sumbangan kerajaan jepun tu tak bermakna jika berhabuk dibilik ku).

..........................................................................................................................................................................

aku sgt terpesona dgn lagu viva la vida nyanyian kumpulan coldplay. memang aku minat kumpulan ni sejak lagu yellow mereka menerjah corong radio dan skrin tv.

lagu viva la vida ni pasal raja, ada yang cakap related dgn kisah2 john the baptist. ada yang kaitkan dgn catholicsm, ada yg kaitkan dgn french revolution. ada yg kaitkan dgn popularity coldplay yg pernah merudum. tak kurang juga yang mengaitkan dengan cerita biblical yg lain seperti temple king solomon, dan juga king herodos (tak tau eja).

aku lebih setuju lagu viva la vida ni ialah penceritaan semula versi coldplay tentang kisah sejarah masa lalu. mungkin time roman empire. atau french revolution. kerana muka depan album ni ialah gambar french revolution. tapi dalam lagu tu ada sebut pasal jeruselam dan roman. penceritaan semula kisah2 lama dalam lagu bukan sesuatu yang pelik. dalam lagu 'sometime i feel like a vampire' nyanyai kumpulan mi scusi (sila lihat blog tikamlidah), adalah kisah tentang ted bundy. manakala lirik 'demonic hatchet lady' hasil nukilan jlasykoscanteen ialah penceritaan semula kisah ehem ehem dahulu kala. untuk rekod lirik demonic hatchet lady hanya berkubur sebagai dokumen ms words dlm kompite.

roman pernah menjajah hingga ke kawasan palestin (jeruselam ni english, palestin arab, ke? hebrewnya israel. ke?). hahaha cerita2 agak pra sejarah ni memang lah aku ada kenyit2 mata.

lagu violet hill lebih punya trademark coldplay (read: sangat membosankan tapi still aku suka). viva la vida pula ialah lagu yang bertenaga baru yang segar dalam masa yang sama masih boleh dikenali bahawa lagu itu lagu coldplay.

coldplay juga akan merilis album ep pada bulan november. tajuknya... prospekt march ke (mcm tu la lebih kurang). rasanya tak perlu lah aku promote lebih2 coldplay ni sebab mereka ada pengikut sendiri. dan juga sudah kaya raya.

setahu aku rakan yang layan coldplay ialah adela bukhari. aku pernah terserempak beliau mendengar cd coldplay semasa kami dalam perjalanan ke kerja lapangan dulu. tak pasti lah dia minat ke tak. selebihnya aku tak pasti jika ada dikalangan rakan yang melayan lagu coldplay.
untuk rekod aku cuma pernah beli album kaset blood rush to the head, album selepas album parachute. album2 lain aku tak pernah beli. sebab coldplay pun paham aku tak mampu beli. dan aku menghormati kesungguhan mereka bermain musik dengan mendonlod lagu secara haram.
..........................................................................................................................................................................

aku rasa lagu viva la vida ni sesuai dgn pak lah. walaubagaimanapun, aku sangat hargai usaha pak lah menumpukan semula ke arah pertanian. aku setuju kita mesti cukupkan makanan dalam negara. dengan syarat pandai seimbangkan supaya gajah2 semua tak terpaksa sondol ladang sawit, ladang buah2an petani kerana hutan habis diconvert menjadi tanah pertanian. jika gajah sondol ladang sawit, ladang buah2an sawah padi petani, maka gajah itu akan ditembak kerna mengancam keselamatan manusia. seterusnya gajah2 itu pupus. gajah lambat nak membiak ok. kesian dgn gajah. lumut2 aku tak apa. sebab belum ada lagi spesies lumut tersenarai sbg endangered species.

'Viva la Vida'

No comments: