MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 28, 2008

one after another, bad arse is coming.

caution: entry ini mengandungi kata kata kesat, vulgar, kasar, maki hamun. jika anda rasa tersinggung atau tak ingin meneruskan bacaan sila klik iklan nuffnang yang tersedia di sidebar laman ini. tak beli tak apa, klik saja.

entah apa2 sejak 2 menjak ni.... ya dengan ini konfemlah kami semua akan berpindah ke rumah teres dengan kadar segera. cilakak kalau ya pun pindah lah lepas abis sem. ni nda kelam kabut... macam lah minggu depan mau renovate rumah ni. cilakak cilakak cilakak.

aku sekarang ni senang saja, siapa yang membujur lalu melintang patah. aku tulis official complaint against them. first to ketua jabatan. jika tiada respon, ke tingkat 4, jika tiada respon, ke menara gading, jika tiada respon surat akan terus di email kan kepada editor NST, Sabah Times, Borneo Post, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang terpenting MalaysiaKini. dan juga akan terus menerjah blog2 freestyle yg popular dengan rating yang tinggi. you know that could be massive negative impact on institution's marketing department. i warn you, so dont mess with me. i just know which string to pull.

dulu waktu ukm aku punya lah pasif. i hell dont care dengan adu mengadu. cuma sekali saja i really pull some strings untuk tinggal asrama. tapi bukan lah berniat. cuma kebetulan terpull. pada tahun ke 2 dengan bantuan maklumat dalaman pejabat pengurusan kolej, aku dapat tahu nama aku tak tersenarai. dan aku tahu lahanat mana punya angkara. aku akui lah aku tak lah aktif berpersatuan kolej masa tu. tapi aku ada join apa entah satu event, jadi ajk sukan. so ada juga lah cop persatuan2 dlm tu sikit.

nak dijadikan cerita dulu waktu first year tym hingusan baru masuk uni. kami tinggal di bilik lebih kurang 3x3 meter persegi luas sebanyak 3 orang.. aku rasa lebar bilik tu tak sampai pun 3 meter. ntah lah berapa yg penting kecik nak mampos. tak apa lah terima saja. kan... yuran2 mahal berbanding kolej lain tak payah cerita. sebab kolej aku tu kolej baru buat. so bahan binaan pada tahun 1970 an tidak sama harga dengan bahan binaan tahun lewat 1990 an. itu aku paham, pasal built on transfer hanjeng punya prosedur aku tak nak ambil tahu.

pada musim pilihanraya kampus tahun pertama 2004. secara tak sengaja nama aku tersenarai dalam ajk pilihanraa kolej. bagaimana? begini... roomate ku ajk blok asrama. entah macam mana felllow tu senaraikan nama kami sebilik semua menjadi ajk pilihanraya kolej. aku pun ikut saja lah... pilihanraya kampus, what harm can be done?. bukan election negara pun. mula2 meeting kami di briefing oleh felo tersebut untuk menguard blok secara bergilir2 supaya risalah calon pro pembangkang tak mengalir masuk ke dalam blok. aku pun tanya nak kena belasah si pengedar risalah ni? mereka kata jangan. sebab legally those person yg mengedar risalah is legal to berkempen. then kena rotate jaga blok 24 jam bergilir2.

siap ada jadual. kolej pun supply kami dengan megi, biskut2 sbg kudapan ketika jadi guard blok. nak dijadikan cerita. aku kelas pukul 8 pagi. malam sebelum tu aku punya jadual pada pukul 2-3 pagi lebih kurang. so aku terlepas lah aku punya giliran menjaga tu. si felo siap ketuk bilik aku pukul 2-3 pagi tu dengan pegang kertas jadual bertugas. lepas tu dengan muka marah2 masuk bilik aku untuk bangunkan aku pergi menjaga blok nya (gila harta padahal aku yang bayar tinggal asrama tu dia tinggal free jak pun). aku punya menyirap darah. marah gila. tapi aku tahan. sebab aku malas lah drama berbalas maki. lagipun aku takut juga kena buang kolej malam2 buta tu sebab tumbuk felo.

aku bangun pakai snowcap sampai tutup mata. masuk bilik tv aku sambung tidur. betapa cilakaknya siapa yang agak kurang hajar bangun kan aku, bukannya aku ada tandatangan apa2 perjanjian untuk jadi guard blok asrama. tapi aku tak lah tidur. sudahnya kelas pukul 8 pagi berlalu begitu saja. aku lambat bangun.

then aku tak pasti sama ada pilihanraya tahun yg sama atau tahun lain. tym budak2 blok aku jaga blok, entah macam mana risalah tu tersebar juga. pelajar pro pembangkang tu dapat sneak in dan selit risalah2 nya bawah pintu. apa lagi meroyan lah felo asrama ni. mcm telah berlaku rompakan saja. rupanya budak yg duty tym tu tertidur di bilik tv. can we blame the guard? apa pulak... dah malam, mengantuk tidur sajalah. bukannya felo tu nak salin kan nota kau esok pagi. lagipun risalah tu is everywhere around campus, sampai stesen komuter pun ada. jadi kalau pelajar tak baca risalah tu kat dalam bilik masing2 mereka boleh baca sambil tunggu bas di bastop atau dalam dewan kuliah. semua risalah tu pun campak dalam tong sampah biasanya. tak kira lah from which camp. yang aku tak setuju ialah risalah dengan terjemahan ayat suci dan hadis. ya lah kan risalah tu bertaburan.. entah2 dipijak. ada sekali pengerusi kelab aspirasi kolej kata buang saja semua risalah pembangkang dalam tong sampah. aku bangun tanya kalau risalah tu ada ayat2 suci mcm mana? hah! terdiam si pengerusi bodoh gila kuasa tak sedar diri tu. last2 dia kata bagi kat ketua blok.

then apabila re-shuffle ahli bilik pada sem 2 tahun pertama, aku telah dipindahkan ke tingat G. aku kekal dalam bilik yang sama sehingga akhir pengajian.

si felo ni memang terkenal dengan kegarangannya dan juga kebaikkannya berbaik dengan org2nya. org2 yg baik dengan felo ni member2 aku juga. tapi bila pilihanraya campus jak, obviously si felo ni akan senang naik isin, meroyan, berteriak, memekik, silap2 kalau sesiapa tersuspek akan mengundi pembangkang akan di panggil di biliknya, di brainwash, dimaki hamun. di tengking. aku rasa ada tekanan dari pihak pengurusan kolej mengarahkan felo2 untuk memastikan penduduk dalam blok msg2 mengundi calon favret kolej. sebab tu felo tu jd mcm tu. macam orang gila lupa nak makan barbiturat. sesuka hati arah kan anak orang itu dan ini. senang cerita lah sesiapa yang tak larat dengan tekanan bebanan tugas seorang felo aku syorkan jangan jadi felo.

ramai yang nak jadi felo sebab tinggal free. letrik bil air semua free. cuma mesti menjalankan tugas2 spt yg tym pilihanraya, beside selalu saja pintu bilik kau akan di ketuk tanya itu dan ini. tapi tu lah namanya nak jadi felo, tinggal pun free. telan saja lah harga yg perlu kau bayar untuk tggl free. jangan sesuka hati suruh aku jadi guard blok pukul 2-3 pagi tym pilihanraya.

aku ingat lagi kalau tiap kali election ni abis semua pintu gate blok kena mangga. mangga kaw2 punya. berantai2. macam tinggal dalam carandiru pun ada. tym aku 3rd yr aku punya meradang (tym ni dah berani dah aku, setakat ketua blok tu mau aja aku laser2 tapi kesian gak dia sebab dia pun jadi pak turut). sekali tu masa minggu2 election, macam biasalah aku hell dont care dah. tapi yang jahanam nya. mereka kunci pintu gate setiap tangga blok. atau setiap pintu yg boleh mereka kunci. aku kan selalu lepak bilik tv sampai lewat2 malam. aku sentap lah juga. bila ada juak2 kunci gate tu. susah aku nak pulang ke bilik. itu ok lagi. tapi ada sekali tu aku dapat tahu mereka kunci semua gate entrance aras aku tinggal. memang macam jail carandiru. aku tak tahu mula2 tapi bila budak2 cina bising2 baru aku sedar. sebab bila org nak pg kelas esoknya pintu gate tu tak dibuka kunci nya.

so aku pada satu malam intai, bila juak2 ajk ni nak kunci aku serbu. aku kata jangan kunci the main entrance utk aras aku. atas sebab keselamatan. then juak2 tu kata felo yang arahkan mereka buat demikian. aku punya lah marah, dah lah memang aku tak berapa nak suka felo tym pilihanraya ni. ada pulak juak bodoh ikut saja arahan bangang felo yg gila tu. kan bahaya untuk keselamatan. andai berlaku kebakaran mcm mana nak escape? mereka tak terpikir agaknya sebab banyak sangat berpikir mcm mana nak sekat risalah masuk. tu lah arahan bangang paling siyal yg diberi oleh felo. sebab felo tu fikir nak halang risalah saja nak halang pembangkang, tapi sanggup menggadai keselamatan penduduk blok yang membayar yuran. start malam tu... tiap2 malam aku perhati, supaya tiada siapa nak kurung kami tanpa pengetahuan kami. aku bagtau kat ajk jaga gate tu, just tutup saja gate tu, tak payah nak mangga2 tak payah nak rantai. kami orang yang bebas, bukan banduan bukan binatang di zoo. nasib baik lah ajk2 tu kira ok. sebab tak silap aku, aku pesan kalau felo tu tanya, sebut saja aku yg tak bagi dia rantai gate tu, atas sebab keselamatan.

bila the night b4 d-day. kami akn dikumpulkan. big bos admin akan beri briefing siapa yang patut diundi. tanpa berselindung sesiapa yg mengundi calon pembangkang akan di singkir kolej. budak pembangkang ni pun bodo. apa sangat lah mereka nak kecoh pasal politik parti2 kat luar tu... bukannya yb2 tu semua nak bagi korang duit top up atau bantu mak ayah di kampung.

aku tak kisah sgt lah ideologi politik masing2. nak undi siapa undi. vote at ur own risk. tapi jangan lah taksub. taksub. itu lah sikap yg buruk dalam kisah politik. bila dah taksub, betul pun betul, salah pun betul. aku rasa lah kan si big bos admin kolej aku dulu tu ketua cawangan umno lah. aku ada juga baca rumours bahawa umno seri kembangan dan umno serdang have hands in pilihanraya kampus untuk ukm dan upm. dan pas pun pouring some cash utk calon2 pembangkang. mana tak nya risalah2 semua tu kan memerlukan kos utk di cetak dan diedarkan. sejauh mana kebenarannya entah lah. apa pun aku tetap sokong auku masih relevan. simply bekoz, pelajar kita ni belum pandai jaga diri. asyik nak berdemo lah.. mcm yg berlaku baru2 ni di ukm. ceh cilakak mana entah. apa korang ingat majlis tertinggi pas pkr dap tu nak bela nasib korang kalau korang dibuang uni. banyak betul ke harta korang nak masuk uni luar negara??? bodoh punya budak, mkn semut gamaknya... cis! nak berkepimpinan join lah bakti siswa or kelab mendaki gunung. tak pun pbsm. persatuan juga namanya. ni tak, mesti nak join yg prone to politik, isi, mampu, gabungan, ipu, aspirasi, tsb. entah apa2

yang pro aspirasi pun releks2 lah. ni dah tau diri sendiri tu diberatsebelahkan, lagi mau tunjuk lagak. konon2 dia tu terpilih sgt sebab dah overkill calon lawan. padahal seluruh bangi tahu yang pelajar undi dia sebab kena ugut buang asrama. lagipun apa lah sangat kegunaan mpp ukm tu? selain dari mengabiskan duit aktiviti pelajar utk lawatan2 bangang ke uni asing. bersama rakan kroni mereka. tengok kecik2 cinonit dah diajar berkronisme. mana tak bila dah besar pun lebih bapak kronisme hasilnya.

huh panjang gilak entry ku kali ni.

No comments: