MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 7, 2008

my facebook and my friendster

aku ada kedua2 account utk networking website ni. friendster (fs) since 2004 dan facebook (fb) baru jak tahun ini.

aku dulu ada sign up myyearbook(myb). tapi mcm hampeh. sbb semua yg add aku orang amerika. yg selalu antar comment or signature dlm bentuk grafik pelbagai sehinggakan gambar gayboy bogel pun dorang boleh aja post kan ke page aku. beside ramai yg join myb tu tak ada fikiran lain selain memikirkan booze, sekx, booze, sekx, then aku decide tak nak layan lah myb. gambar pun tarak. aku cuma upload wallpaper zara sbg profile picture.

aku tak sign up myspace (ms) sbb aku masih percaya ms utk indie artist. nak bernetwork sesama indie artist. da terbukti pun ramai arits didiscoverd melalui site ni. oleh kerana aku bukan indie artis n tak ada bakat pun nak jd mcm tu. buat apa aku nak sign up kan...

ok back to fb n fs. senang cakap lah fb ialah tempat aku mengadd sejumlah stranger yg aku tak pernah kenal di alam nyata. walaupun adalah about 10 yg aku memang kenal atau pernah jumpa idup2. tapi sbenarnya aku sibuk add stranger tu sbb nak ramaikan keahlian mobs aku dlm mobwar game. atau pun sbb pic profile mereka hensem. so jika bukan kerana mobwar game tu hahahaha... tak akan ku add strangers ntah siapa ntah. but ada yg aku add sbb account fb mereka ada link dlm blog masing2. aku kira klu dah provide link tu apa salahnya aku click n add. nak approve tak approve suka hati.

fs ialah tempat aku re-contact balik member2. member2 kampung yg bersepah di merata2, member skolah menengah or member ex kml, n ukm. ramai kawan2 yg aku kenal di alam nyata prefer fs than fb. so at least mana lah tau aku nak stalk crush2 lama aku melalui fs ni lah. anything you put online is considered as for public display, except private mode is activated. so jgn lah marah2 kalau aku asyik tgk profile kau saja. dah kau taruh gambar macam2 mesti aku neyebok nak tgk. kalau tak nak aku tgk, kau tahu apa nak buat.

kepada budak bawah umur tak tahu malu spm pun blom ambil. jgn mengada2 letak gambar beromen, berseparuh bogel, bercinta yang bangang, dalam fs. korang tu bodo lagi sbb tu masih pakai uniform skolah. tak kisah lah nak jadi gothik kah nak jadi penari shuffle, nak jadi skin head. kau bawah umur ada pemangsa diluar sana suka memangsa golongan bodo seperti kau secara spesifik. aku kata budak bawah umur. tak semestinya yg atas umur boleh letak sesuka hati. tapi aku tak kisah sgt lah yg atas umur. kebodohan atas risiko masing2.

walaupun aku prefer add ex-skoolbuddies n kawan2 saja dlm fs. kadang2 aku ada add strangers juga tp jumlah sgt sikit n ada juga strangers yg add aku. aku main approve saja lah. selagi tiada perkara offensive berlaku maka aku kira ok lah tu.
..........................................................................................................................................................................

terlanjur cerita psl ex-skool ni.

dulu aku skolah rendah n menengah di kampung. skolah menengah harian biasa yg isi kandungannya serba serbi rojak. tym aku form 1 ada 6 kelas n setiap kelas ada lebih kurang 35-40 orang kecuali kelas aku 20+ orang bawah 25 orang (sebab kelas arab). cuba kau buat matematik, ikut perkiraan aku 1 batch tu lebih kurang 200 orang. kelas kami saja paling selesa sbb tak ramai murid. so nak belajar dlm kelas selesa kau kena belajar bahasa arab, pakai tudung kaler itam/songkok pergi sekolah. n semua orang expect kau ni tak boleh buat salah semata2 kau pakai tudung kaler itam n belajar bahasa arab.

form1-2 sekolah sesi petang. sekolah aku tym tu kelas tak cukup sebab crowded atau ntah lah. sbb tu ada sesi pagi n petang. form 3 skolah pagi still dalam kelas yg sama. cuma aku skolah pagi saja lah. n ambil pmr.

darjah ketidakjayaan skolah menengah aku tym tu agak lah meberangsangkan. sesiapa yg cuma pernah skolah di sbp or mrsm memang tak kan pernah tgk murid2 yg boleh didapati di sekolah aku. cocktail rojak salad semua ada. tapi sekolah aku best sbb expectation tak lah setinggi yg ditanggung oleh mereka di sbp atau mrsm. kau tak bercita2 jd doktor? kau tak nak jd engineer? tak apa. jadi cikgu pun dah kira bagus tu... but ada juga ex budak sekolah aku jd peguam or engineer. cuma tak lah ramai

masa form 4 kelas aku masih selesa about 20+ bawah 25. kelas pun ok blok yg tak payah nak naik tangga. lgpun tym tu kelas sains dipecahkan 2 kelas. sc 1 n sc 2. aku mcm biasa lah mesti sangkut dlm kelas sc 2 sbb result pmr cukup2. so bunyi macam sc 1 tu tinggi sikit lah kan. tapi fizik kimia punya subjek pun bungkus juga mereka tu. biasa aja. except memang ada lah yg agak2 pandai juga. aku boleh score atas mereka ialah subjek sejarah n biologi saja. (sebab tu aku ambil biologi sampai skrg ni). tak la A spm aku. tapi aku A kan biologi dalam hati. learn by heart.

form 5 kelas kami digabung. maka mansuh lah sc 1 n 2 cuma ada kelas 5 sc. tarik muka jelurut juga sc 1 tym tu. ya lah kan orang sc 1 kan up sikit dari sc 2. mana lah dorang mau suka2 hati mau kasi sama taraf. but above all. kami 1 kelas juga. whatever2 pun kami tiadalah bergado. cuma ada click2. ok aja aku dgn sc 1 ni. kelas kami di gabung sebab blok tmpt kelas sc tu direnovate. sudah lah kelas memang x cukup. lagi mau buat bengkel n kelas masakan (kelas si nuria lah ni), tym ni kelas memang crowded 40 or more dlm 1 kelas aku. nak tolak kerusi sikit pun berlanggar dgn kerusi member. kalau waktu pagi ada chance juga kerusi kau hilang sbb kelas sebelah lebih crowded n kerusi pun kdg2 x cukup atau hilang.

kau tengok betapa tak selesa nya. tapi kami pg skolah bukan nak belajar sgt. ditambah lagi faktor sekitaran. kelas aku jd macam kedai kopi kadang2 jd mcm kedai mahjong. orang kelas sebelah suka sgt pergi kelas kami dan kami pun selalu lawat kelas sebelah. aku n gang pun mencadangkan kami buat jualan runcit bergerak didalam kelas. jualan adalah seperti gula2 coklat, keropok dan semua makanan ringan yang mengandungi msg yang tinggi.

ya lah dah melepak2 sambil main judi, main dam kan bagus kalau ada benda nak di makan2 di kudap2. ada market kat situ. aku n gang pun ambik kesempatan. kawan aku si Lina (dah jadi nurse) pun menjadi cheif operation officer. dengan Jamah (baru graduate) jadi cashier. the rest of team aku, ayin, siti, n lain2 (lupa ntah siapa) tolong promote dgn penduduk kelas sebelah2 tentang bekalan makanan ringan yg dijual di kelas kami. jamah n kawan2 yng tinggal di asrama juga mempromote jualan dgn penduduk asrama. budak2 lelaki dgn baiknya membawa geng2 main judi dorang utk berjudi dikelas kami. secara otomatik peserta2 judi ini terdedah kpd barangan jualan.

akhirnya keuntungan jualan kami tu telah berjaya membayar bill jamuan akhir tahun kelas 5 sc di restoren KFC. tengok walaupun kami sekolah rojak cocktail salad. jangan ingat kami tak tau nak cari jalan supaya kami boleh buat jamuan makan2 yang dibiayai oleh duit2 syiling hasil jualan keropok. ya bukan lah hotel. tapi kami buat tanpa sponsor datuk2 tan sri2 yb2.

the thing aku sgt kecewa ialah effort pihak sekolah untuk mencarikan kami seorang guru add math. cikgu tym form 4 dah blah pindah sekolah lain di semenanjung. walaupun mengikut sumber dari jabatan pelajaran, mengatakan sebenarnya beliau belum boleh pindah tp sebab dia dah kawin. dia pun dapat pindah. tak boleh nak salahkan dia sbb siapa lah budak2 sekolah pedalaman sabah ni berbanding kehidupan peribadi yang lebih penting jika tak afdal.

aku memang lah nampak ceria tak payah belajar math tym form 5 tu. sambil2 tym utk kelas add math aku n gang boleh meneruskan aktiviti perniagaan n berlepak tgk member berjudi. aku naturally memang tak ada affection dgn math ni apatah lagi add math. tapi dalam hati risau juga. nak tuition pun bukan ada cikgu yg nak ajar tuition di pedalaman sabah ni. kalau ada pun, macam tak ada saja. but hasilnya, aku menjadi merana belajar math tym di matrik sbb basic hancur. math yg aku tau kira untung hasil jualan keropok. merana yg amat, sampai aku ada terfikir nak berenti matrik. nasib baik cinta ku dgn biologi lebih kuat banding sedihnya aku dgn math.

kalau nak jadi cikgu, kau kena lah jadi cikgu betul2 bukan main tangkap lepas tangkap semula then lantak lah korang nak jadi apa. effectnya boleh jadi besar atau tak ada effect langsung ilmu yg kau ajar dgn murid2. aku tak puas hati juga dgn pengetua tym tu (dah terberak dah tuan pengetua ni) sbb lebih pentingkan skuad kawad kaki berbanding buku rujukan dilibrary dan nasib kami belajar add math sambil makan keropok sendiri2. bukan kelas aku saja yg terjejas. tapi rakan2 kelas akaun pun turut terjerumus sama. kelas2 lain tu jauh lebih sedih lah keadaanya. ada yang crowded sgt. ada asyik2 kelas bertukar lokasi. sekejap di blok papan sekejap di tingkat dua. sekejap di dalam makmal. dgn budak2 kelas yg lelaki sibuk nak bertumbuk. budak2 perempuan sibuk nak kawin. yang lelaki suka kelas pendidikan jasmani, perempuan suka kelas yg diajar cikgu lelaki bujang yg hensem.

pernah sekali or 2. tym kelas pendidikan islam kelas aku, rakan2 yg ambil pdidikan moral pun duduk dalam bilik darjah yang sama pada waktu yg sama. n pernah tym kelas pendidikan moral kami pulak yg duduk dalam bilik darjah yg sama dalam waktu yg sama. betapa kelas tak cukup.
pernah kelas pendidikan islam ustazah aku buat diruang makan kantin lama sekolah. kami buat kelas di kantin. open air gitu. yg aku ingat cuma budak2 perempuan saja yang ikut kelas tu. tu pun bukan semua. budak2 lelaki haram... ustazah pun dah tak boleh kata apa. ya lah macam mana dia nak motivate budak nak belajar kalau dah terpaksa buat kelas di kantin. kami bincang2 mcm usrah lah pulak tym tu.

ok nanti lah sambung balik kisah murid murid sekolah luar bandar di sabah.

No comments: