MEH LAH KLIK...

Thursday, October 16, 2008

mencari sinar di hujung jari

sinar di hujung jari? uisyyyhhh bukan senang ahli magis dari vienna (merujuk kepada watak edward norton dalam the illusionist) pun blom tentu dapat buat.

nak dijadikan cerita dinihari, mocking proposal aku tiba2 duedate hari rabu minggu depan. gelabah aku time mula dapat berita ni. then rubbing salt to the wound, aku punya power point is 'not good'

Tuan dokter: your method is not good. if i am looking at it i cant understand

aku (dalam hati): jangan kan kau, aku yang buat ni pun tak paham apa aku buat.

apa pun tuan dokter dgn baik hati suruh baiki n emailkan kpd nya by friday next week, (ke by wenesday?)

aku gelabah2 pun bila balik rumah bukannya aku nak menaip proposal dan betulkan assignment tapi melantak nasi bnyk2 then aku tidur tak hengat donia.

bila buka ja ini laptop bukan aku nak buka word tapi aku baca blog2 kegemaran dulu untuk update informasi sepak terajang politik tanah air. ya aku dah baca alternative media skrg ni. tak main2 lah mainstream. tapi aku still rindu nak tgk buletin utama secara live. rindu dgn enchek Abu hahahahaha..

nak telefon razman ke tak? sementara celcom sedekah kredit free ni. razman dalam senarai 8pax aku. tapi aku tak call dia. uisyy jahat tak aku. aku ada msg dia tp tak ada balasan.
long tym ago dah pun aku msg dia tu. tym raya rasanya. tak apa lah tak semua pasal razman boleh direvealkan di alam maya. biar lah simpan dalam hati saja.

langsung pula aku rasa aku ada cinta baru, cinta norkiah gitu... N95 atau E61i. keistimewaan N95 ialah skrin besar, dan kamera nya bermegapix tinggi. E61i pula mcm ala2 pda gitu, smart phone ke hapa ntah. atau nak motorola.

aku nak siapkan belajar2 cepat2 ni nak grad cepat2 then nak tinggal di rumah tengok tv puas2. sejak sambung belajar ni bnyk rancangan tv aku tak tengok.

esok orang ramai sekeliling aku ni bersama jiran tetangga plan nak nengok muviee. aku nak tgk 'kami the movie'. tapi org ramai tak follow cerita tempatan. pas tu aku cadangkan lah tgk max payne. hentam saja lah.. tapi cerita berdasarkan video game (betulkah?) ada chance tak best n tak kena di jiwa aku. bila lah martin scorsese (apa ntah nama dia) nak wat movie, selalunya klu dia buat aku suka. ke francis coppola (idup lagi ke???).... org hollywood ni dah tak pandai buat wayang best. wayang laki madonna terbaru siapa tau?. satu2nya wayang laki madonna aku tgk ialah snatch. uisyy sountrack pun mcm bahasa hebrew aja gitu...

bnyk lagi wayang2 aku tak tgk. 27 dresses lah nak tgk... sbb ada james marsden. ayat2 cinta... huhuhu hampir aku terbeli dvdnya. kalau aku beli mesti org kampung hairan. kaka bgtau td dia beli dvd sepi.

cuba buat wayang mcm steven speilberg. yg betul2 aku tak sangka ialah jalan cerita minority report. fuh... terkesima aku tgk. mula2 aku ingat cerita futuristik biasa. tapi tak sangka pula ada mainan emosi (aku saja yg rasa kot??). walupun tak se hardcore mainan emosi A.I. tapi still lah aku masih sukar nak hadam timeline dia tu. jangan main ramal2 ni syirik....

cerita wayang Munich pula aku suka sbb cerita dia tu bukan pasal kisah black september sangat tapi kisah post black september. tak ramai yang sudi revealkan post black september. dan ada scene dalam wayang tu adalah scene yg betul2 terjadi. disahkan oleh watak sebenar yg melakukan kisah sebenar. aku takut nak reveal nama yahudi tu dalam blog aku. sbb dia adalah bekas stategis perang yahudi. dan pernah jd top leader yahudi. idup lagi dia ni. apa kata lepas korang tgk munich korang tengok dont mess with the zohan.

mel gibson bila lah kau nak produce movie baru? aku nak dia buat kisah dari rantau sebelah sini pula. apa kata epik ramayana. special request ni aku nak mel gibson buat epik ramayana. epik hindu purba yg aku paling suka. huhuhu siapa lah jd watak hanuman gamaknya... kasi dgn bush lah...

ya lah mel gibson suda buat movie pasal eropah (braveheart), movie pasal asia barat (err... jesus), movie pasal amerika utara (the patriot), dan movie pasal amerika latin (apocalypto). aku cadangkan kat mel gibson buat lah epik ramayana. mana tau dia bley cari penulis skrip bahasa sanskrit. dia kan mmg suka buat movie guna bahasa mcm2 braveheart (gaelic + scottish english), err... jesus (hebrew), the patriot (english), apocalypto (mayan). so andai dia buat movie bahasa sanskrit pasti aku tgk.

terlanjur cerita pasal epik ramayana. korang pernah tgk ashoka tak? ala wayang ni dato' shah rukh khan yg berlakon. dgn kareena kapoor. kan kena kritik wayang ni sbb menggambarkan ashoka sbg raja yg suka bunuh2. walaupun ikut rekod ashoka raja yg berperikemanusiaan dan memerintah mengikut dikri undang2 (decree). korang terpikir tak bahawa dulu2 ashoka sbg raja tu kawal penulisan rekod tentang dirinya dan hanya suruh tulis rekod yg bagus2 aja. kan dia raja tym tu. (ceh aku buat spekulasi)

hey ram... pernah tgk?. ni pasal ghandi. dah lama aku tak ingat sgt. tapi aku sure pasal ghandi. dato srk juga yg belakon bersama kamal hasan. another wayang hindi ialah shadeed 1946 (lebih kurang) aku tak ingat sgt cerita ni sbb aku tak pernah tgk dari mula smpi abis. pasal pejuang kemerdekaan di wilayah punjab rasanya. tak pasti. tapi aku pasti berkaitan dgn perjuangan menentang penjajah. Lagaan (amir khan main kriket). yg ni mesti ramai tau. sebab dapat oscar rasanya ke tercalon. ni aku suka sbb semata2 game kriket tu pun ada aura nak buat mcm mana org kg kat india tu boleh bersatu padu dan kalahkan org yg lebih dulu main kriket dari dorang.

bollywood pun aku layan. tapi dengan syarat buka cerita high emotion pasal laki heroin tu baik tapi mertua jahat. pasal abang ipar curi gelang. atau kakak ipar giling rempah. wayang period ni mmg aku suka. jgn kan hollywood, bollywood, malaysia punya pun aku suka juga. buktinya aku tengok Bilut buat kesekian kalinya hari sabtu yg lalu.

ok nak tanya aku lupa tajuk wayang srk yg satu ni. cerita pasal rocket engineer di amerika (srk) yg pergi balik ke kampung dia untuk tolong org kg pasang letrik. siap guna tenaga hidro lagi nak pasang karen tu. swadess ke tajuk movie ni aku lupa. siapa2 tahu sila bgtau ok. aku suka gak ni movie ni. harap2 deepavali yg menjelang tiba ada tayang di TV nanti.

No comments: