MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 28, 2008

jimmy loves the bong: when sampling is not enough?

welcome to the middle west side where people is like sugar and spice but not everything is nice. (hahahahahaha gossip girl syndrome sudah mari....). tak lah aku nak mereview kisah gossip girl. aku rasa dah bertimbun raban laman blog yang buat review. aku lebih suka review cerita orang dah tak nak tengok lagi kan.... ol' skool gitu.

mari baca cerita aku pasal semut

tadi aku lunch seorang. dengan di temani oleh gerombolan semut2 menghurung meja makan. tak lah banyak mana semut2 tu. (kalau banyak tak kan lah aku bantai makan atas meja tu juga kan...). bila makan seorang2 mula lah fikiran aku merambu ramba. aku terfikir juga semut selalu ada dalam air masak. air yang biasa tu, plain water. aku hairan juga... kenapa lah semut tu menghurung air masak. kan air masak tawar hambar, berklorin. ya, mungkin semut tu pun nak minum. kalau nak minum pun minum aja lah yg titisan air yang bersepah atas meja tu. ni tak nak juga minum dan menyelam dalam jag air masak. kan dah mati. kalau menghurung air manisan tu ok lah juga. namanya pun semut. mati semut kerana gula. tapi mati semut kerana air masak tawar hambar kan... mcm tak best aja. mati sia2 gitu. kalau iya pun sanggup mengorbankan diri biar lah diri tu tak terkorban selepas sempat merasa kemanisan gula. (korang rasa ada yang tersirat tak dalam cerita semut ni? aku rasa ada... tapi aku pun tak pasti apa dia...).

cerita pasal proposal pula

tadi aku bentang proposal mocking. banyak salah. tak apa belajar. pelajaran yang tercuak aku pelajari hari ini ialah, sampling is not enough to represent population. hambik aku.... terkedu.. terkulat.. ter cross arm. (tapi part tercross arm tu aku buat kat belakang). tak apa2 nanti aku tanya tuan gururina. enough ke sampling aku??? aku nak buat method apa lagi ya?? aku nak banding guna jaccard. agak terang lagi bersuluh aku akan lunyai dihentam sampai jadi kangkung terlebih masak dalam viva nanti. contoh soalan2 yang aku terbayang;

'how do you know your sampling is enough to represent population?'
'how many replication did you do?'

and of koz la aku punya sampling yg tak sistematik... adoi.. cuak cuak cuak... tapi blogging mesti terus.

nasib baik ada mocking presentation mocking proposal ni. ada juga kesalahan aku terpampang kelihatan jelas. kalau harap aku yang nak tengok.... huhu aku kena pakai mata hati tu. ya lah setahu aku buat diversity moss flora ni... kumpul2 spesimen di kawasan yang dikehendaki. sebanyak mungkin lepas tu id. lepas tu present the senarai spesies. cuma aku gatal2 berani2 sendiri2 nak buat perbandingan kesamaan spesies. tau2 ada kemungkinan validity nya agak rendah akibat dari sampling is not enough to represent population. akhirnya dengan validity rendah... maka entah apa2 la aku punya analysis tu nanti.

kalau aku cuma present mentah2 senarai spesies tu.... hmm... nanti nampak tawar saja research aku. kalau aku buat perbandingan kesamaan tu so ada juga aku boleh kaitkan kegunaan checklist yang aku buat dengan plan pemuliharaan. tapi tu lah... bila melibatkan statistik ni agak mudah lah dihantar ke gilotin viva. atau aku yg menghantar diri sendiri ke gilotin itu. cukup kah sampling? replikasi?

tapi nasib baik hari ini ada cadangan lain. iaitu menjelaskan taburan spesies berdasarkan altitud elevation. aku pernah baca frahm pernah buat mcm ni dlm buku dia. berserta dengan ekologikal notes lagi. nanti aku bincang2 bersama expert.

tapi aku rasa senarai spesies tu nanti ada berguna untuk biodiversity assesment untuk kilang berhampiran kawasan kajian. sebab razman pernah buat biod assesment utk ex kompeni dia. n memang mereka nak tahu senarai spesies segala barang hidup yg ada berhampiran kilang. so hopefully ada gak gunanya senarai spesies tu nanti. walaupun gunanya untuk biod assesment utk kilang perosak alam sekitar. biod assesment wajib utk kompeni2 especially yg terlibat dalam perladangan untuk obtain or renew their lesen atau permit atau entah apa ntah dokumen yg melegalkan operasi mereka. so somehow aku tolong kompeni tu dapat lesen utk memusnah alam sekitar. (jahat kan aku... hahahahahahahah... bila sungai berhenti mengalir dan pokok sudah habis ditebang, baru lah mereka sedar bahawa wang ngak bisa dimakan).

sekian dulu pada petang ini. bila dinihari aku akan update lagi.

4 comments:

TEAM B.I.O.N.I.C said...

alamak aku lupa plak call si adul pasal sampling mu atu

Jlascanteen said...

bah call lah... sementara aku bawa kereta, sng aku pg skool nya

sumandak bayu said...

salam...

saja nak buat lawatan sambil belajar kat blog SIS....

Jlascanteen said...

walaikum salam...

terima kasih, datang lah selalu