MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 21, 2008

coret-coret

seperti biasa aku membuang waktu dengan bloghopping. cuma malam ni kurang sikit. tapi tadi terjumpa sebuah blog. ada entry dalam blog tersebut memaparkan gambar seorang bayi yang sedang sakit.

sedih sangat tengok gambar baby tu. sampai tak boleh tengok lama2. i'm sure termengalir air mata nanti. really break my heart. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. walaupun saya tak kenal pun dia siapa.... (tulis ni pun rasa sedih).

pernah juga tengok baby yang demam. kan baby sangat fragile. aku sangat susah hati tengok baby demam.

aku doakan semoga baby dalam blog tu cepat sembuh. dan juga berharap ibubapanya tabah menghadapi segala ujian.

...........................................................................................................................................................................

hari ini agak sibuk. walaupun sebenarnya aku banyak habiskan masa menunggu, dan dalam perjalanan. tunggu bas pun setengah jam. nak berjalan panjat bukit tu another 15-20 minit. sampai ibtp nak kena berehat 5-10 minit baru boleh start belek2 journal. so about an hour juga lah kan. walaupun kalau naik kereta sebenarnya 10 minit dah aja dah sampai dari rumah ke ibtp. aku boleh belek 4 kali ganda jumlah journal jika naik kereta. tapi aku naik bas. journal pun aku belek sikit (tak selesa lah berpeluh2, alasan!).

aku tapau satu buku bawa balik. buku tajuk tu penuh sealmari. siap bungkus2 plastik tak buka lagi walaupun terbitan bertarikh 2004. entah apa motif buku dilonggok dalam almari. ada bagusnya sedekah dengan aku ni. jangan risau mereka tak nak sedekah aku ambil sendiri. aku ambil nak fotostat literature dalam tu saja. so nanti2 aku pulangkan. boleh saja aku tapau sekali dengan journal sumbangan kerajaan jepun tu sekali. tapi berat pula aku nak pikul turun bukit. mau 3-4 kg muatan beg. tu lah siapa suruh bekukan peminjaman buku.

mereka fikir orang nak tergolek dalam bilik tu baca journal. aku biasa buat kerja membaca2 journal ni berhampiran tempat tidur. so aku akan cuba sedaya upaya membawa journal2 balik ke bilik sendiri.

abis hal2 menapau buku. aku cepat2 fotostat journal tu. huhu kerana artikel 4 keping aku buat durjana. tak apa aku pulangkan secepat mungkin buku tu. buku soal jawab agama yang disimpan dibilik sembahyang pun ada satu masih dalam simpanan ku. memang sudah siap baca. tapi aku belum pulangkan. lagipun aku rasa warga ibtp tak kisah pun pasal buku soal jawab agama di bilik sembahyang tu.

buku ada. tapi penuh dengan karenah birokrasi untuk dipinjam sbg bahan bacaan atau rujukkan. ditambah pula dengan sikap malas membaca, maka buku2 cuma jadi penghias rak. tak boleh pinjam. apa lah maksud sebuah akademia jika bahan rujukkan sukar diakses. tak boleh bawa keluar dari bilik simpanan. tak boleh fotostat kerana mesin fotostat pun hanya sekadar hiasan. hujung jalan mudah ialah, penapauan buku. kalau aku berduit berlebihan nak juga aku beli buku tu. tapi sebuah sampai MYR100++. bukan sebuah saja perlu di beli. kalau ikutkan semua berkaitan dengan ekspedisi seluruh sabah aku perlu adasebagai bahan rujukkan. tu belum termasuk buku terbitan hasil kajian2 sendirian. cuma dapat beli yang murah2 macam buku tulisan Frahm ku yang masih baru tu... hahaha. puas hati dapat miliki sendiri.

jika orang nampak dari luar, akademia memang lengkap bahan rujukkan. ada buku2 ada journal2. ada mesin fotostat. tapi nak dapat password untuk online journal memohon sebulan. entah apa yang susah sangat. nak fotostat di bilik simpanan mesin nya rosak. opsyen yang ada, 1) salin pakai tangan, 2) angkut scanner n comp ke bilik simpanan, atau 3) tapau saja. aku tak ada password online ni, kerana akademia tak melanggan journal bidang ku. so bila perlu, aku guna server library. advantage kalau ada password, aku boleh akses journal dari rumah. terbayang2 macam mana lah mahu buat interlibrary loan?? sedangkan password pun sampai sebulan. tu pun kalau kau tak follow up permohonan, entah bila permohonan akan diproses.

..........................................................................................................................................................................

sebenarnya aku nak sangat2 beli gadget2 baru. apakan daya belum dapat lagi. cuma kadang2 (selalu juga sebenarnya), rasa bersalah kalau beli yang terlalu mahal. first membazir second, simply feel guilty. sebab mahal. kes aku ada 2 kali, first laptop... tapi berbaloi juga, tahun ini tahun ke 4. digunakan semaksimum boleh. sampai memory dah tggl 3 gb. satu lagi kamera ku . sebab tu aku sgt berhati2 untuk membeli kamera.

tapi pastinya sukar membuat pilihan.

2 comments:

AQisH said...

tq for dropping some comments in my blog;-) klu tgk dlm FB ibu baby tu lagi sedih..but now dia dah ok sket..tak perlu guna wayar² oxygen lagi berkat doa semua org..tq again..

SOnditX (Nahar) said...

thnx jugak coz bg comment. anyway, skrg sy try makan antacid. tp xtau la.. huhuhu.. thnx anyway!