MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 7, 2008

che det's blog in bloghopping list


semua tahu kan Tun ada blog. aku suka baca blog dia ni. dia tulis perkara yang aku tak terpikir pun nak pikir. hit blog dia pun juta2. senang cerita memang aku berkenan sangat. cuma aku tak pernah tulis komen saja dlm blog Tun. sebab aku segan. ya lah mana tau ayat komen aku tu tak sesuai kan. apa pun aku suka bila Tun tulis pasal ekonomi n usa. n pasal politik pun aku baca juga.

aku masih anggap diri aku anak2 era mahathir. lantak lah korang nak kata apa. aku pernah baca the malay's dilemma tp mcm biasa lah tak abis hingga ke muka surat akhir.

malaysia ni bertuah ada rakyat macam Tun. so jgn nak kata bukan2 pasal Tun, aku sokong Tun sekarang ni. sesiapa tak sokong aku tak kisah, tapi jangan kata bukan2.

semoga Tun dan isteri (Tun juga) sihat walafiat selalu. oh ya aku nak ucap Terima Kasih kat mereka berdua.

(mimpi lah aku Tun nak baca blog aku)
..........................................................................................................................................................................

Ekonomi hari ini.

ceh aku nak menulis pasal ekonomi. tak apa lah try2. takot tertulis ekonomi sesat saja ni. kalau aku tulis salah tolong betulkan

aku selalu baca yahoo news. bila nak check email mesti singgah tu kat yahoo news. hari tu bising lah orang di amerika syarikat besar tutup kedai.

lepas tu saham pun agak2 jatuh lah kan. then macam mana dorang buat? government campur tangan lah juga. gov. amerika lah tu. mereka plan nak bail out syarikat2 besar gabak ni supaya ekonomi jadi tak berterabur.

dulu kita ada masalah mereka offer nak kasi pinjam duit. tapi Orang Malaysia bijak. Orang Malaysia tak pinjam duit mereka. tapi aku rasa ada juga sorang mamat tu beriya nak pinjam. kenapa? entah lah.... tu kena tanya mamat tu sendiri.

apasal sekarang ni amerika tak guna pinjaman duit nak selamatkan ekonomi mereka? kan dulu kaedah ini lah yg di offer dgn kita. apasal amerika guna cara bail out??? dulu mengata Orang Malaysia (agen amerika lah ni yg pandai berkata2) bail out ni lah penyebab ekonomi bley jatuh. sekarang apa jadi?

dulu masa aku menganggur lepas bergraduasi (aku masih tidak bekerja sampai sekarang) aku selalu survey dollar america. aku ingat nak main2 dollar america dulu. kira2 nak tukar sikit duit simpanan aku jadi dollar america. tapi tym tu macam dollar tak sedap dipandang. sebab hehehe aku tak sedap hati mungkin asyik nilai naik turun. tym tu juga harga minyak mentah dunia meningkat naik yg amat sangat. last2 aku tak jadi tukar duit simpanan jadi dollar. aku ada survey pound n euro. still aku teragak2.

nasib baik aku tak tukar jadi dollar ari tu. minggu akhir ramadhan tikamlidah suruh aku beli emas. aku rasa aku nak beli emas pulak sekarang ni... korang rasa macam mana? cuma emas kalau beli jewelery dia bleh haus (berat berkurangan), nak beli jongkong aku tak mampu lagi.

1 comment:

TEAM B.I.O.N.I.C said...

idola aku... Tun Che Det, Tan Sri P. Ramlee, & Jerry Only (The Misfits)