MEH LAH KLIK...

Wednesday, October 29, 2008

ataupun jangan bunuh haiwan itu

hari ini banyak pilihan

piliahan A ataupun pilihan B ataupun pilihan C ataupun ataupun ataupun

kebaikkan banyak pilihan ialah kita boleh memilih yang difikirkan terbaik (kononya)
keburukkannya kita tak tahu nak pilih yang mana satu dan melambatkan membuat keputusan.

hari ini kami pergi meninjau rumah. kerana kami harus mencheck our arse out from the semi d by the end of next month. ada 5 buah rumah yang tersedia (kononnya). setakat ini kami sudah masuk sebuah saja. rumah itu kelihatan tak menarik. tapi masih boleh lah. cuma tandasnya punya kesan terbakar. entah siapa yang berak berapi tak tahu lah. jiran sudah pilih rumah.

aku tahu bukan lah easy ride nak pilih2 rumah. nak2 lagi bila perempuan ni kan. kalau lelaki aku pasti mereka main belasah saja apa yang ada. redah hentam keromo asalkan ada rumah. tapi perempuan ni banyak barang yang nak dipertimbangkan. contohnya tandas, bilik, katil, jiran tetangga, pintu, dapur itu dan ini. nasib baik lah rumah kami cuma pasang streamyx bukan astro. aku tau mesti melalui karenah birokrasi untuk memindah streamyx tu nanti.

aku harap2 dapat lah yang sesuai nanti. ada hati juga nak masuk master bedroom. sebab ada veranda. tapi takut juga aku veranda merandah ni. ya lah rumah tu bukan tinggi sangat. alangkan rumah semi d ni pun boleh dipanjat (pernah rancang, tapi last2 mintak tolong abg telekom, yang aku hampir hempok dgn pemadam api, nanti lah aku cerita psl ni). lagipun aku ni kerap juga terlalai nak mengunci semua pintu entrance yg ada, kerana aku makhluk malam. so ada isu2 keselamatan di sana jika kita berbincang berkenaan dengan bilik yang ada veranda. kebaikkannya pula bilik tu ala2 feeling lah nak lepak2 isap shishah kat veranda mcm jiran2 korner lot kaya aku ni (ya mereka kaya, tp tak pasti pulak aku kalau mereka isap shishah kat veranda). bilik mana2 pun ok aja rasanya. besar kemungkinan aku akan berpindah ke rumah 21.

aku ok saja lah. malas lah nak demand lebih2. tak bernafsu aku nak berdemand2 ni. karang tak ada rumah lagi buruk keadaan. plus, admin kata boleh melepak kat semi d ni smpi abis semester. lebih baik kita hargai apa yang ada sekarang, sambil tinjau2 barang apa kat semi d ni boleh di songlap bawa ke terrace. perhati kan lah mentol2 lampu2, dawai penyidai kain, penyangkut beg, paku2 kerusi2, segala harta yang boleh di songlap dan di rembat. ya la, pindah pun ke rumah milikan ums juga. so apa sangat lah bezanya. bukan curi cuma ambil tapi tak letak balik ke tempat asal (ceh aku menjustify false crime).

..........................................................................................................................................................................

biasak lah aku kalau tulis entry mesti panjang berjela2. dah nuffnang kasi dalam akaun kami (aku n tikamlidah) rm0.25. seminggu rasanya. so dlm sebulan dapatlah kami seringgit. dalam setahun dapatlah lagi rm 12. bahagi 2 dapat lah rm 6 seorang. hasil kerja keras (keras???) mengetuk kibod mengupload gambar, membuang masa. si kahuna (blog glemer yg amat ramai gila followernya) dah dapat rm 1.50. mantap. bahawa kurang2 setahun dia boleh dapat rm 72. banyak kali ganda berbanding aku dan tikamlidah.

ini akan jadi pembakar semangat (macam toilet terbakar) untuk aku terus blogging. ya blogging mesti terus.
...........................................................................................................................................................................

mood aku tak lah teruks sgt hari ini jadi tiadalah hidangan maki hamun cercha kata2 kesat dan vulgar untuk entry kali ini.

aku jumpa tuan gururina hari ini kejap saja lah nak tanya dia pasal sampling method yang aku taip2 dalam assignment. dia kata, ok, jangan risau sangat. cuma aku tak boleh buat perbandingan spesies seperti yang aku nak buat. so aku cadangkan aku nak buat ikut elevation. aku punya place of interest ialah sayap kinabalu. sebab sayap kinabalu tu ikut dalam paper, memang tinggi below 2000 meter asl. lebih kurang yang paling tinggi pun 1900 m asl. aku punya lumut dulu seingat aku aku kutip sampai 1700 m asl. walaupun gunung tu sampai 1900 m. aku tak sampai ke puncak. kerana... gayat gila aku takut. siap licin.. angin menderu2 (yg ni kelentong) licin dan agak curam saja. firsttymer mcm aku ni mmg lah rasa nak terkucil kalau pandang bawah. pergh..... menakutkan.

tuan gururina cadangkan aku bandingkan sekali dengan crocker range park. aku tak dapat lagi data2 ketinggian lokasi pengutipan spesimen utk paper tersebut. aku cuma ada inventori spesies. tapi tuan gururina kata ada dalam simpanan dia. dia yang tulis paper tu juga. aku harap dapat lah berjalan dengan baik kajian ni. walaupun aku tahu bukan semudah mana. macam lagu coldplay

nobody said it was easy
no one ever said it would be so hard

macam lirik lagu tu lah lebih kurang apa yang aku buat sekarang ni. lagu ni lah yang punyai kaitan yang sangat keras dengan jlascanteen. asas kepada my last name di virtual world. jla (first) syko (middle) scanteen (last).

apa pun aku perlu lakukan banyak tugas terbengkalai malam ini. esok aku perlu membunuh haiwan atau mengawet haiwan yang sudah dibunuh. aku tak tahu lah adakah sampai hati untuk aku bunuh haiwan2 tersebut. percayalah jika aku yang sembelih binatang aku tak kan makan sembelihan ku. tinggal satu persoalan... bila lah aku nak pergi sauk serangga lagi ni????

hahahahaahahahahahahahahaha nenong nenong perlukan bantuan disini. mari main kotor.

2 comments:

Al Capone said...

Dear Jlasyko Scanteen,

Life is full of choices
Make sure you pick the right one
Don't listen to the voices
Hear only yours and you have won

Many people will tell you
You need to change your looks
Don't take to heart their view
Fabulous bods are found only in books

There is only one voice
That you should listen to
It will help make the right choice
That is perfect just for you

Your looks are your own
Someone will always love you
You will never be alone
Look in the mirror and you'll see who

Have a nice day!

Please visit my blog at:
http://bangsaku2020.blogspot.com

Jlascanteen said...

terima kasih kpd al capone atas komen dan lawatan