MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 14, 2008

Aduh, KeluhKesah lagi...

tak elok berkeluh kesah ni. orang lain pun punya hidup yang sukar juga. mungkin jauh lebih sukar.
bukan berat sangat keluh kesah ku ni. lebih kepada nak bercerita.

esok aku kena bentang 2 papers yg bukan ku tulis. (bila ntah aku nak tulis paper... tanya rafiq rasyidi...). paper 1 tu pasal pulau tioman. so tiada hal sgt. bak kata orang jalan lurus tak yah belok. tapi tak tahu lah kalau jalan lurus ada gauntlet dihadapan. apa pun aku dah biasa dgn paper seperti itu.

paper 2 ni yang memeningkan kepala. paper sepanyol ni walaupun tulis dalam inggeris. tetap aku rasa macam baca bahasa sepanyol. entah apa2. nak bentang apa jadah aku pun tak faham... aku ada baca tapi aku tak minat dan tak faham. risau aku. mana lah tau esok ada orang tanya compound OD430/OD410 tu apa benda. letak dalam organell mana? hisyyy.... sanggup aku bentang teori evolusi lagi sekali. dari nak memahamkan pasal kompoun macam kod model henpon tu... aku dah pesan member, angguk2 buat2 paham ja esok jgn tanya apa2 soalan.

aku dah siap2 buat slide p.point. ringkas2 aja tak futuristik. nama pun kertas saintifik bukan si-fi star wars.

paper sepanyol tu bukan aku tersalah pilih. sebab aku dah tak ada paper nak bentang. aku tak leh akses paper lain yg cam best. so ni aja paper yg sudi dibaca fulltext tanpa subscribe. belasah aja, barang free kan.

phylogeny punya exercise aku malas nak sentuh, kononnya alasan aku, aku mesti baca asas cladistics sebelum buat phylogeny. walaupun 2 tahun lepas aku dah memang belajar asas nak buat phylogeny manually. cuma nak tambah sekarang ni nak buat guna software.

aku baru terbaca sebuah cerpen 'mencari tuhan di celahan cambrian'. karya: rebecca ilham. bagus ceritanya. mungkin sebab aku mmg belajar psl teori evolusi. apa pun kosa kata cerpen tu mantap. mampu buat aku terpinga2 sendiri. aku ingat nak cari hard copy cerpen ni pas tu tampal di papan notis berdepan dgn Pusat Kaji Primat. org2 sekeliling aku mmg percaya evolusi ketika ofis hour. tak tau lah lepas ofis hour mcm mana. aku dgn teori evolusi ni... hahahahah kamu kena cari arkib entry lama2 aku. mana tau cerita ada di sana. teori evolusi ni boleh bawa ke katil... i mean nak tidur terpikir2 atau buat assignment atas katil.

in my mind: cash money dollars bill, cash money dollars bill, ringgit malaysia,ringgit malaysia, ringgit malaysia, pound sterling, euro euro euro...... banyak barang hendak dibeli bukan perlu dibeli.

oh ya..aku dah beli white board yg boleh digulung. mmg kualiti agak rendah banding whiteboard yg papan keras tu. tapi lebih murah dan mudah dibawa. dah di gantung di dinding ku. aku conteng2 dah. marker pen pun aku beli murah2 myr 1.30, whiteboard aku MYR 11.20. yang penting boley conteng2 reminder.... pemadam belum beli. guna tisu aja. aku tanya2 abg cashier tu ada tali kah whiteboard gulung ni? padahal tujuan aku cuma nak...... (tak boleh bagitau lah pulak...)

No comments: