MEH LAH KLIK...

Monday, October 6, 2008

6 syawal

hari ini 6 syawal, aku sudah balik ke KF. walaupun aku boleh saja balik besok. tapi alasanku ialah aku banyak kerja n mesti balik hari ini supaya dapat selesaikan kerja2 yg bertimbun raban.

mula2 sampai aku bertukar2 cerita raya bersama hausmet. sambil tengok dia perap ayam untuk hidangan malam karang. then golek2 atas katil sambil tidur2 ayam. aku ajak penduduk kampung pergi tgk wayang agak2 lepas zohor. then sembahyang zohor. baru aku tergerak hati nak tulis markah lab plant diversity. ada sebundle dua lagi belum transfer markah n blom siap marking. aku main belasah saja markah tu.

then buka email, aku hindar sedaya upaya tak buka email. sebab aku takoot. terbuka juga n memang bertempat aku takoot. aku terima email siap dgn link kpd seberkas wikipedia yg seharusnya dibaca sebelum dna analysis workshop. aku pun copy paste saja. belom tahu lagi bila aku nak belajar segala barang dalam wikipedia tersebut. nak baca aku tak tau nak start dimana. tak nak baca nanti nampak bangang tahap hazab lah pulak tym bengkel. itu lah aku gatal2 register nama kemarin. laju aja pihak penganjur balas email aku. cheers!. katanya nanti apa2hal mereka inform. bley tak inform workshop batal dan ditunda ke bulan 12 atau selepas tahun baru 2009?.

bukan apa first of all yg invite aku masuk workshop ni org besar. walaupun aku tau aku cuma dapat cc atau tempias email berantai sahaja. org yg jemput tu dah kira level heavyweight dalam dna analysis ni. aku kira bertuah juga sbb mereka sudi fowardkan email jemputan tu. then aku rasa kalau aku tak join bengkel kali ni ntah bila lagi ada bengkel free seumpamanya. tak kan nak tunggu bengkel berbayar orang denmark baru aku nak terkocoh2 bazirkan ringgit malaysia join bengkel tu. last bengkel about remote sensing ke mapping ntah apa ntah aku tak ikut. kali ni aku nak ikut. mana tau dpt goodie bag atau pensel free.

lagipun aku memang sedang ambil paper berkaitan sem ni. dalam minggu depan agak2 konfem aku blajar hal ehwal perkara yg sama. so boley lah ya mengasah skill.

apa pun. hari ini aku tiada ke pawagam utk menonton. cuma tergolek2 atas katil kelaparan bertemankan internet. tak apa lah lapar sikit sbb aku dah stok bnyk kalori n lemak last week.

No comments: