MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 23, 2008

Tumpang semangKOK

blogger (selepas ini dirujuk sbg aku) tak berapa tahu apa yang berlaku disekitar malaysia ketika ini. tapi aku ada membaca beberapa blog bahawa ada isu makanan anjing yang paling famous dalam sejarah malaysia. tak pernah sebelum ini malaysia kisah pasal makanan anjing seumpama ini.

betapa tepunya negara kita dengan isu politik sehinggakan anjing pun terheret sekali dalam kancah ini. aku pun nak tumpang semangkuk lah untuk memeriahkan lagi political parody bersulam dgn hatred menyampah.

menurut blog saudara tikam lidah (selepas ini dirujuk tikamlidah). ada isu seorang yang berhormat a.k.a YB (selepas ini di ruj'ok sbg Tumpang semangKOK). telah merendah2kan rezeki makanan yang diberikan kepadanya. kebanyakkan maklumat yg ku dapat adalah dari tikamlidah beserta pandangan tikamlidah.

sekonyong konyong Tumpang semangKOK di hantar ke rumah pak ISA (selepas ini di ruj'ok sbg ISA) untuk menjalani pemulihan rohani dan akhlak. ramai lah yang menangis sambil mengangkat panji2 dengan cop mata lebam yahudi, kapal soyuz dan mungkin jugak bulan pornama mendesak Tumpang semangKOK dikembalikan ke rumah ibu bapanya yang terletak bersebelahan dengan mid valley megamall.

akhirnya pihak Timbang Tara pun mengembalikan Tumpang semangKOK dengan menghantar beliau ke north entrance di midvalley.

bila ditanya para penglipurlara (selepas ini di rujok sbg penglipurlara), apakah yang ISA hidangkan kepada Tumpang semangKOK. Tumpang semangKOK kata makanan di rumah ISA baik sedikit dari makanan anjing. selain memberitahu rumah ISA sempit.

penglipurlara tanya lagi. makanan mcm mana yg dimaksudkan. rupa-rupanya nasi, timun dan telur rebus.
ooo aku ingatkan dia diberikan makanan anjing import. rupanya makanan yang biasa dimakan oleh rakyat malaysia (selepas ini dirujuk sbg rakyat).

bukan kah nasi, timun dan telur rebus itu adalah lebih kurang dgn nasi lemak. hampir2 lah kan. rakyat memang kerap makan nasi lemak di malaysia ni. tak pernah pulak anjing beli nasi lemak dilaporkan oleh penglipurlara sebelum ini. asas nasi lemak ada nasi, timun, sambal, bilis, kacang, telur rebus. bezanya dengan makanan yg dikatakan makanan anjing Tumpang semangKOK ialah nasi nya tiada bersantan dan tiada sambal. tapi basicly lebih kurang saja makanan di rumah ISA dgn hidangan nasi lemak.

memanglah tak sesedap mana mungkin bagi seorang yang bertekak steak fillet maginon (sory tak tau eja french) seperti Tumpang semangKOK. almaklumlah dia kan tinggal dekat dgn mid valley. mana lah dia lalu makan nasi, timun, dan telur rebus. tambahan pula bilik rumah ISA kan kecil.

memang lah sudah nyata Tumpang semangKOK ini makhluk yang tak tau bersyukor. bukan kah dia sering menjadi champion aktivis masyarakat. kenapa dia menghina makanan rakyat sehingga membandingkannya dgn makanan anjing. sudah jelas lagi berspotlight Tumpang semangKOK ini aktivis poser, jd aktivis yg hendak meraih undi rakyat. tengok makanan rakyat pun dihinanya. aktivis apa ke jadah ini? ini namanya aktivis haram jadah. atau semangKOK haram.

adakah dia tak tahu bahawa ramai yang suka makan telur. seperti aku yang selalu mkn telur untuk bersahur kerana senang dimasak disamping murah. anak-anak rakyat pun ramai yg suka makan telur sebab telur rebus sedap dibuat sandwich telur. aku rasa Mat Mata Lebam (selepas ini di ruj'ok sbg Mata Lebam) pun suka makan telor.

timun mungkin lah tak mewah. tapi makanan kita kan rezeki pemberian Allah SWT. apakah Tumpang semangKOK terlalu sibuk memeriksa papan tanda yang ditulis dgn tulisan jawi sehingga lupa utk bersyukor selepas mendapat rezeki makanan?

lepas tu Tumpang semangKOK komplen tak diberi sudu. makan lah guna tangan. apa salahnya???. takut kuku patah??. itu lah kau kuku panjang dan jadi tempat syaitan bergayut. dah masuk rumah ISA, mestilah ikut cara ISA. aku rasa aku setuju dgn tikamlidah, hanya anjing dan seumpamanya saja tak tau makan guna tangan kerana anjing tiada tangan. nanti aku tulis pasal anjing tiada tangan tapi ada 4 kaki. dengan lebih lanjut dalam entry lain pada masa depan (kalau aku nak tulis lah).

tak kan nak suap guna kaki. suap makanan guna tangan lah. entah mungkin bila dah pangkat tinggi ni memang menjadi jahil tahap murakkab agaknya. mungkin Mata Lebam boleh tolong tarbiyahkan Tumpang semangKOK ni. tunjuk ajar sikit supaya tak nampak macam sombong dan takkabbburrr. tolong ye Mata Lebam.. Mata Lebam kan pak sheikh.

kalau Mata Lebam tak tau macam mana nak tarbiyah Tumpang semangKOK boley lah Mata Lebam ruj'ok kitab tulisan sheikh al-turkishi, atau sheikh al gusduuurri, atau pun sheikh al tokei belly dancing kelabi malami.

kesimpulannya Tumpang semangKOK memang mangkuk hayun.

2 comments:

Aznyda said...

I loveeeeeeeeeee this entry!!

Jlascanteen said...

thank you very much.

first attempt to write political parody.

datang lah selalu... yah aznyda