MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 3, 2008

Tangan Keras


KISS MY HAND!

blogging. again.

tangan ku keras. itu lah fakta yang tidak boleh dinafikan.

buat garisan lurus pun boleh bengkok. let alone nak melukis atau melakar bagai. tulisan pun buruk. sbb tu aku suka blog sbb type guna computer. cuba buat dgn handwriting. mau histeria siapa baca blog ni.

nasib baik aku tidak belajar jadi arkitek atau jurutera atau pereka fesyen. kalau tak sudah pasti rekaan ku bengkok dan hodoh.

dan salah satu sebab aku buat lumut juga ialah lumut senang nak curate. juz masuk dalam sampul. label. letak dlm laci. siap. x payah absolut alkohol. x payah masuk oven. x payah pin2. x payah jahit. cuma yg payahnya ialah identify. mcm biasa HAZAB juga.

tadi aku cuba buat label utk specimen. bersaiz 10mmx26mm. punya lah hazab... bengkok. then try gunting2 label yang cinonit tu. hemm haram.. ntah jadi pelbagai saiz. aku gunting lah juga simpan dlm self-made envelope, yang juga berbentuk buruk sekali.

itu lah paksa lagi aku kumpul insect. then lepas kumpul wajib lah curate insect. potong kertas pun hancur, buat garis lurus pun fail. paksa lagi aku pin kan serangga kecil2 tu.

then bukan setakat tikam toraks serangga tu dgn pin. kaki2 mereka juga seharusnya dikangkang dgn elok. tadi satu2 nya hymenoptera dlm koleksiku, iaitu seekor lebah malang telah tertanggal kepalanya. dek kerana kekerasan tanganku. actually lebah mmg dah reput pun. aku lambat awet.

aku dgn teragak2 gam kan saja kepalanya tu ke badannya. sbb mana lagi aku nak cari lebah malang. silap2 aku yang malang dlm pencarian lebah itu.

bukan lebah saja tertanggal kepala. specimen lain dari order leipidoptera juga menerima nasib malang. kepak2 mereka yang cantik berwarna warni telah koyak2. kaki dan sesungut tu malas aku nak sentuh. sbb mmg tak termampu ku nak curate dgn sempurna.

odonata ku pun begitu, carik2 bulu ayam lama2 bertemu juga. carik2 kepak odonata, lama2 cari specimen lain juga. orthoptera pun sudah bnyk jd specimen tong sampah terutamanya yg berbadan kecil2. kerana aku tak mampu menolak hukum alam. bila jasad tanpa nyawa maka pastilah jasad itu reput. apa tah lagi tangan keras ku yg cuba curate belalang2 yg malang tu.

aku benci bau naftalen (ubat gegat), sudah lah bahaya utk kesihatan. bau pun terlalu abstrak utk dihurai. kotak koleksi yg berbau naftalen ku simpan di tepi pintu stor. tak hingin aku bawa masuk dlm my bedroom. tp barang2 lain e.g. polisterin, kertas buat sampul, pun semua bau naftalen. n semua pun aku letak dlm bilik. cuma bau barang2 ni x lah sekuat bau naftalen kotak koleksi.

tangan aku keras. sudahnya kerja2 berseni ku memang teruk dipandang mata.

6 comments:

ning5044 said...

umm.. ko kategorikan story ko yg 'tangan keras' ni dalam 'mengarut'??

Anyway, aku suka baca.. at least i know what you are doing in your course... best.. how to say ar???

not many people can do whatever you are doing right now, you know.. so by blogging it, SHARING IS CARING! (betul ka ayat aku tu??)..

Mimang siok!! eventhough there's some words yg aku nda faham(such, hazad, orto sumthing2...)..

My suggestion.. klu at the end of the story, ko letak la some glossary yg u think ordinary people like me, x kan faham apa itu... unless u let us know!!

Cheers... :D

Jlascanteen said...

hazab= azab= derita amat sgt.

orthoptera atau anything with -tera suffix tu means group of insect.

thanks for visisting

green apple said...

"..tikam toraks serangga tu dgn pin.."

wahhh..mengimbau kenangan lama, malam2 redah carik serangga dengan tangan sebelah pegang botol klorofom.

Jlascanteen said...

tak sabar nak semua ini tggl kenangan

trivia;
chloroform is carcinogenic. avoid frequent use.

TEAM B.I.O.N.I.C said...

ari tu aku tertelan kapur barus....
line internet ku down ndak boleh update blog!!!

Jlascanteen said...

perbanyakkan taubat jika tertelan kapur barus.