MEH LAH KLIK...

Monday, September 15, 2008

siapa dzulnashriq?

*full english translation is not available

my last few entries were not written in full english. to those who only read in english, you may browse pictures in past entries. new pictures will be uploaded soon. thanks for visiting.

sebenarnya dari malam tadi lagi aku ingin menulis pasal ini. tapi akibat dari beberapa kekangan maka tak dapat lah. hanya petang ini baru aku ada peluang utk kemaskini blog ini.

ketika mula blogging dalam blogspot ini aku cuba sedaya upaya tidak mahu menulis apa2 berkaitan politik. tapi itu adalah sukar. bagaikan memisahkan sirap yang sudah tercampur dengan air. (puasa2 ni ingat pasal sirap pula...)

tapi apabila ada orang yang sudah bertanya apakah pendapat aku tentang demokrasi maka ada baiknya aku tulis dalam blog sendiri berbanding dari aku tulis komen panjang2 dalam blog orang lain. bukan apa masuk blog orang macam masuk rumah orang. kita boleh lah bercerita bersembang dan beri pendapat tapi banyak batasnya.  terima kasih kpd asriharif.blogspot.com. yang mempublish komen2 saya yg panjang dalam entry merdeka beliau.

seorang pembaca blog asriharif bernama dzulnashriq telah berikan komen kpd saya. berikut ada lah komen khas yg ditujukan kepada jlascanteen dalam entry merdeka asriharif;

To Jlascanteen:
What do you mean about "demokrasi sudah dicalar"?i'm really want to know what does demokrasi means to you?dan apakah rampasan kuasa?are you sure about rampasan kuasa akan berlaku?rampasan kuasa dengan reformasi politik adalah suatu benda yg berlainan..
who care about amerika, they are well known as big liar, we are talking about malaysia here,you got my point there.. 
you said "masalah ceremony kah apa ni?"no dude, there are no problemo about masalah ceremony, this is about correcting the fact of history, that had been manipulated by the so-called-historian..this is about the pride, the rights and voices of the people, the real MALAYSIAN, especially sabahan & sarawakian..we don't give a damn about those ceremony, bakar mercun, that costs rm500k for 15minutes, and pollute the air with those poisonous smoke..
we want to be heard, and take our rights back..

~i question everything,and learn something~


sebarang yang saya tulis dalam komen saya dalam blog asriharif adalah cuma pendapat. dan jika pembaca lain ada pendapat masing2 maka itu adalah hak anda. tapi boleh tak beri pendapat anda tu dlm 'tone' yang lebih sopan. kerana kita sedang menulis pendapat/komen dalam blog orang lain. maka perkataan seperti F-word adalah tidak perlu. 

untuk menjawab soalan dzulnashriq berkenaan dengan demokrasi. demokrasi di malaysia tidak sama dengan demokrasi amerika dan negara2 lain di dunia. tapi walaupun kita punya demokrasi cara kita, tidak juga boleh dinafikan bahawa demokrasi malaysia ini ialah saduran dari britain. apa yang saya faham dengan demokrasi kita ialah;

demokrasi beparlimen dan raja berpelembagaan. 
rakyat akan memilih wakil rakyat/MP pada pilihanraya.
ada 3 komponen utama; kabinet, parlimen, hakim. 
kerajaan yg sudah dipilih pada pilihanraya yang diadakan setiap dalam durasi 5 tahun sekali (selalunya tak sampai 5 tahun, 4 tahun+++ sudah election balik). 

ada banyak lagi. tapi saya percaya apa yang saya faham adalah fahaman standard. 

apabila dzulnashriq menulis tentang reformasi politik. saya hampir ketawa bersendirian. kerana bagi saya reformasi politik cara kita ini cuma kocakkan emosi. bila anak2 muda yang darahnya panas bukan saja kerana ada kaitan dia kerap diklasifikasi sbg mamalia. tapi kerana anak2 muda ini selalu terperangkap dengan semangat yang tenaga nya disalur keluar tanpa berfikir. 

saya pun tidak tahu apakah maksud sebenar dzulnashriq berkaitan dengan reformasi politik beliau. kerana hanya dinyatakan dalam komennya itu bahawa rampasan kuasa dan reformasi politik itu berlainan.

pendapat saya rampasan kuasa ialah bila sebuah kerajaan yang sah terbentuk melalui proses demokrasi ditumbangkan dengan kaedah bukan demokrasi atau cheat yang mencalar demokrasi. saya mula mengambil perhatian berkenaan dengan rampasan kuasa ini apabila tak lama dahulu (mungkin 1tahun-2 tahun) berlaku penggulingan kuasa di Thailand. maka dari sana saya lebih faham berkaitan rampasan kuasa. saya tahu bahawa contoh saya ialah Thailand. mungkin nanti dzulnashriq akan berkata lagi 'hey we are talking about Malaysia here, you got my point?' . lantak kau lah dzulnashriq... aku nak buat contoh thailand so kalau kau ada contoh malaysia sila kan... pernah kah ada contoh seumpamanya di malaysia? alhamdullilah tiada. (sepengetahuan aku lah...)

berkenaan dengan reformasi politik. hahahahahahahahahahahahah... mari kita tulis english.. sebab dzulnashriq ni kerap tulis english. some people especially young bloods are tangled in rhetoric and battle-cry made by an orator who his best is merely talking. these young bloods are erupting and start to mumble like they were there when our fore-fathers struggled to build Negarabangsa.

dulu indonesia diperintah oleh jeneral2 tentera. bila 1998 dengan laungan reformasi maka pemerintahan tentera (military government) ditumbangkan di Indonesia. kini kerajaan indonesia bukan pimpinan tentera. maka itu lah reformasi politik mereka dari pemerintahan tentera kepada kerajaan bukan tentera (yang biasa punya). itu lah sedang (is happening) di pakistan bila jeneral iaitu juga presiden melepaskan jawatannya. kini pakistan dalam proses mereform kerajaan mereka kepada bukan tentera. myanmar juga dahagakan reformasi politik. kerna mereka diperintah oleh junta. ada golongan demokrasi disana ingin menggantikan pemerintah tentera dengan kerajaan dipilih rakyat.

kita tiada pemerintahan tentera. maka sistem kita adalah dalam landasan yang betul. usahlah direform lagi. sebab apa yang hendak direform jika sistem kita sudah demokrasi yang standard?. jika reform juga mungkin kita akan tersilap dan mencalar demokrasi itu sendiri. 

itulah yang saya maksudkan dengan reformasi itu cuma kocakkan emosi. panjang lah lagi nak tulis. lebih panjang lebih berbelit. lebih membosankan. tapi ini adalah entry khas untuk dzulnashriq yang selalu bertanya soalan untuk belajar. siapa dzulnashriq? hahaha kau tak faham lagi tanya soalan hokeh... tapi aku cadangkan jangan guna oh damn.. f-word n watsoeva. bukan kau saja yang pandai guna kata2 nista keji dan vulgar.

dalam komen2 lain beliau.. beriya2 mendebatkan bila sepatutnya malaysia merdeka. 31 ogos atau 16 sept. untuk cerita 2 tarikh ini boleh lah baca entry panjang lebar saya yang ada gambar peta2 tu bertajuk 31 ogos dan 16 sept. 

dzulnashriq juga ada katakan bahawa dia tak peduli pasal amerika. atau dalam bahasa tulisan dzulnashriq 'who care about america?'. aku peduli pasal amerika. sebab aku terus nonton MTV yang diimport dari amerika, wayang2 dan tv show produk hollywod, E! dan juga muzik2 seperti maroon 5 dan the killers. andai dzulnashriq punya jaminan bahawa dia langsung tidak mengikuti sebarang hal berkaitan dengan amerika maka dia tidak berbohong dengan frasanya 'who care about america'. mungkin menjadi lelucon kerana dzul ini menulis komennya dalam english yang menjadi bahasa pengantar rasmi di amerika yang tidak dipedulikannya itu

i like american pop culture. sometime i read about american history and social study. just for sake of reading. but no matter how much i read about america and american it wont make me less malaysian. even though sometime my brother label me as more american than american.

salah kah kalau aku saja nak menyibuk baca wikipedia pasal george washington atau watergate scandal? kita bukan rakyat palestin tapi aku percaya ramai kalangan kita punya rasa simpati dengan palestin. tiada silapnya mengambil tahu tentang hal dunia luar. walaupun kadangkala hal dunia luar menyebabkan aku sukar melelapkan mata diwaktu malam. akibatnya aku sangat mengantuk di waktu siang. 

mungkin ada baiknya aku menjadi tak kisah atau hell dont care (mungkin ini bahasa yang lebih diprefer oleh dzul) tapi tidak boleh. macam ayat ku diatas... aku menyibuk hal dunia luar ni macam sirap yang sudah bercampur dengan air. tapi aku jamin ada limitnya kerana aku tetap menyambut hari merdeka dan hari malaysia pada 31 ogos dan 16 sept bukan pada 4th july.

untuk menutup entry panjang lebar berbelit ini aku ada satu soalan yang menerjah benak;
berapa kali kah sudah dzulnashriq mengundi dalam pilihanraya Malaysia???

siapa ada jawapan untuk soalan itu boleh lah tinggalkan komen anda. nak komen hal2 lain pun boleh.


No comments: