MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 17, 2008

Random Post

*full english translation is not available (macam ada saja orang putih kemaruk nak baca blog ni...)

i like fresh clean towel. kalau boleh tiap kali mandi aku guna towel yg baru cuci fresh masih dilipat dalam almari. oleh kerana aku tak punya towel yg banyak macam towel hotel. n aku bukan lah rajin nak basuh towel 2 kali sehari. maka aku guna saja lah towel yg ada. tapi aku akan pastikan towel aku diganti setiap minggu. towel bersih dan segar.

end.

tadi aku punya lah terdesak nak top up hp. aku lupa nak top up masa di kampung atau lebih tepat lagi malas. aku kirim topup dgn abg aku. bila aku rasa mcm lambat sgt, aku pun instant msg dia guna ym suruh cepat2 beli top up. siap mengadu2 dgn abang yang 1 lagi.pun guna ym juga. huhuhu betapa adik manja nya aku kan... tak lama lepas tu aku pun dapat lah no pin top up. baki kredit anda rm11.47 sah sehingga 24.11.2008. kata msg celcom tu. sejurus selepas itu aku terus call kakak aku. saja menyibuk kebetulan dia pun free. mcm biasa aku putuskan talian dan dia call aku balik. jimat kredit huhuhuhu... bila di kampung tak hirau aku hp ni. jgn kata kredit tak ada. bateri habis pun aku tak kisah. tp kat kf ni hp mesti berkredit. sbb memudahkan perhubungan. walaupun yg aku kontek hanyalah kosmet2 n psyarah2 berkaitan jadual2 kelas. n kadang2 pmbantu makmal. atau pun housemate n jiran sebelah tanya psl hal ehwal rumah.

end.

serangga aku bersemut. ya semut juga serangga. dan juga pest kpd koleksi serangga. malas aku nak pindahkan ke dlm kotak koleksi yg tak berapa anti perosak tu. sbb aku tak nak taruh naftalen. bukan apa sebab dah acapkali orang sekeliling beritahu naftalen tu carcinogenic. so jgn nak membebel kenapa serangga rosak dimakan perosak. sbb aku tak cegah. kenapa aku tak cegah? sebab pencegah tu agen kanser. kukuh tak alasan? beside aku tak suka bau naftalen. kotak tu pun memang dah bau naftalen. tapi tu pun tak berapa kuat sbg pendinding mengelak perosak merosak koleksi aku.

umur2 macam aku ni tak seharusnya dipaksa kumpul serangga yang terang2 bukan minat yang aku cenderung. kalau aku paksa pakar serangga kumpul halia.. nah pasti sama perasaannya dgn yang aku alami sekarang ni. bukan lah nak rebel (walaupun nampak macam) tapi aku asyik tekan kan dalam kelas lab aku bahawa, kita mesti bebas memilih apa yang kita hendak belajar. di malaysia ni kurang part yang tu. banyak yang belajar sebab kena paksa. macam tawaran masuk ipta lah... kadang2 tak minta or tak minat pun tapi pegi study juga sbb tiada pilihan. kalau tolak tak dapat masuk u.. aku rasa kamu paham apa yang aku sampaikan ni.
malangnya sampai graduate study pun masih berlaku mcm tu.

aku nak tunggu belalang besar gabak tu mati naturally. then baru aku pin. sebab etil asetat ku dah lemau. tak power utk bunuh serangga besar gabak. sebab dah abis fumenya aku sedut. ari tu aku cuba bunuh belalang daun yang boleh tahan besarnya. sampai kaki belakangnya putus2 pun dia tak mati juga. aku rasa bersalah sebab menyeksa binatang di bulan puasa. n specimen dah putus2 kaki akan dimasukan kedalam tong sampah. maknanya belalang tu mati sia2 tanpa menyumbang kepada sains.

end.

tadi kosmet ku kata ada kelas pukul 10. tp dia tak dengar panggilan telefon yg memanggil kami utk pergi kelas pada pukul 10 tu. heheheh nasib baik so x yah aku menguap2 dlam kelas. kita postpone minggu depan. lagipun hari ni hujan. malas nak keluar dan tinggalkan my warm bed. tak lama lepas tu kosmet 1 lagi msg, tanya ada boleh tak esok pagi buat kelas. aku kata esok dah booked. pagi dah ada kelas, petang aku ada lab. msg lagi, jumaat petang boleh tak?. aku kata pagi boleh petang dah booked. lepas tu kosmet kata lepas kelas 1st esok akan ada 1 kelas lagi. kami kosmet 3 orang saja. termasuk aku. oleh kerana jumlah kami bukan superior, maka keutamaan bukan dipihak kami. kesian kosmet2 ku terpaksa dealing dalam hal ehwal jadual kelas.

kelas aku ni jadual kami yang tentukan sendiri. bukan pihak jabatan akedemik. tengok betapa malasnya jabatan akedemik itu. so kiranya kelas kami on call. macam dr di hospital after ofis hour. cuma bezanya kami on call masa ofis hour.

yang aku tak berapa berkenan ialah semua orang nak buat kelas hari khamis jumaat. walaupun khamis dan jumaat ada pagi dan petang. tapi semua orang akan beriya2 nak buat kelas waktu yang sama. sudah lah aku ada lab hari khamis petang. hairan betul lah. isnin selasa rabu semua orang akan tak nak buat kelas. dan bila kami kata hari khamis jumaat dah fully booked. boleh pula buat muka sentap buat2 hairan kenapa kami tak free tym tu.

ini lah susah kalau miscommunication. aku boleh saja tuduh selfish tapi karang ada kata aku rasict (??tiba2). in the end aku akan guna magic words aku iaitu... aku sudah bayar yuran mahal beribu2 raban. so buat lah kelas properly. ni main agak2 saja bila ada lompang masa nak wat kelas. sekali lagi, aku dah bayar yuran mahal gilak. aku yang customer ni sebenar2nya. maka dalam situasi kejam customer is the boss.

end.

No comments: