MEH LAH KLIK...

Thursday, September 11, 2008

perhatian kpd hep ums; khidmat bas untuk kingfisher adalah tidak memuaskan n memualkan

macam biasa lah khamis ada lab kan.

lab pukul 2 pm. tapi aku baik hari ni aku keluar awal utk pg lab tu. pukul 11.30 aku suda tggu bas. sbb aku nak pg library renew buku yg dah expired n nak pinjam buku tambahan lah kononnya. n by 1 pm aku mesti setup lab tu supaya senang pelajar nak observe specimen. apa pun bas tidak kunjung tiba sampai 12.30. aku siap bazir kredit lagi call HEP UMS tanya ada tak perkhidmatan bas hari ini disediakan. akak tu jawab nanti dia check. aku pun call my hausmet minta tolong dia antar. bila hausmet aku fetch me di bastop, bas pun sampai. sakit saja hati aku. aku dah nyusahkan org lain. sbb bas tu dtg sgt lah lambat.

pkhidmatan pangkutan awam yg lain sgt lah sukar utk ke ums. bas bandar kena tukar 2 kali baru sampai. walau pun jarak kf ke pintu gate ums cuma 10 minit saja jika pemanduan dgn kelajuan 60km/jam. walaupun lab aku di sst. yg dekat sgt dgn main gate. tapi bulan puasa ni senak lah juga nak tggu bas tepi round about tu. then nasib malang kena jalan kaki ke round about tu dulu.
nasib baik aku tak mencarut tym tunggu bas. kira banyak bersabar juga lah. kalau tak abis kurus la pahala puasa.

aku terus ke lab sebab dah pukul 1. set up2 kan specimen tu. tulis2 arahan di whiteboard. siap dalam half hour. then aku lepak lab sebelah. sembang ngan member. 1.45 aku sembahyang zohor. pelajar dah tggu dah kat luar lab. aku kata 2 pm baru masuk. aku boleh saja nak gi library around 1.30 tu tapi panas terik lah. aku x nak penat sgt so aku x pg library. nak simpan tenaga utk entertain soalan2 pelajar2 skema ayam.

then aku memekik2 suruh pelajar buat itu dan ini. lebih kepada melukis lah... banyak soal jugak. walaupun hal aku suruh tu simple jak pun. lukis n label. aku x jawab sgt pun soalan berkenaan label specimen sbb aku pun x study sgt psl tu. berbelas belas lah juga lukisan yg aku suruh mereka buat.

by 3 aku tgk lab dah tenang dan aman. semua pun busy mencoret coret. aku kasi tau pelajar, aku nak gi library kejap. jarak dari lab aku ke library tu adalah 20 minit jalan kaki pergi balik. aku renew kejap jak. ada lah 3 minit. aku siap pesan pelajar2 tu supaya jangan nakal tym aku pg library.

bila aku dtg balik lab. semua pun ok. juz ada 1 student baru sampai. overslept katanya. tak apa lah nanti2 aku diskaun saja lah markah kau. x payah marah2 save aku punya puasa.

bila dah agak2 siap 15 minutes bfore 4. chewah actually aku boleh buat saja lab sampai pukul 5. tapi bulan puasa kan... aku pun kesian dgn diri sendiri. tekak sgt lah kering. aku line up lah pelajar suruh tulis attendance, sambil aku check2 ala kadar kerja dorang. ada yang berani tulis attendance on behalf kawan dia. ceh ada lagi jadi baruarupanya. aku nak marah pun bulan puasa. but almost marah lah juga. sebab si baruai tu try buat mcm tu depan2 aku. hello lu nak mamp?. tulis attendance palsu. attendance tu bukti utk aku buat claim duit hokeh!. aku
tak maki lah.. juz suruh dia cross nama member dia yg ponteng tu.

aku dgn jahat nya boleh minta tolong (suruh sebenarnya) pelajar yg dtg lambat tu bersihkan meja. angkut semua specimen2 n kumpulkan ke meja depan. nasib kau lah jadi org suruhan hari ni. sebab kau dtg lambat. so aku rasa tak perlu lah deduct markah dia.

ada 2 lab lagi. aku rasa aku nak harung dua2 tu dalam bulan puasa juga. so after raya aku boleh tumpukan kepada kehidupan pelajaran aku pulak. asyik nak ngajar mereka ni. bukannya nak paham. dia nak melukis supaya dapat markah. bukannya nak belajar mengenal n membeza paku pakis dari pokok cili.

but i am happy with seorang girl tu beriya2 dia nak tau pasal paku pakis lah... last week pun dia beriya juga tanya mcm mana nak buat projek lumut.

aku kan dah terjerumus dalam taksonomi botani kriptogam. so agak ceria jugak lah utk mengetahui di planet ums ni ada juga org lain yg seumpama dgn aku. i mean new blood yg nak belajar pasal taksonomi tumbuhan yang amat membosankan tu.


p/s: hari ni tekak kelantan aku datang lagi. dah 3 kali puasa ni aku berbuka makan nasi kerabu. but hari ni solo lada dia tak best sangat.

1 comment: